Friday, October 24, 2014

RON95 : TIADA LAGI PERTOL SUBSIDI UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI..HUHUHU!

JUMAAT, 24 OKT 2014
SAMADA betul (tepat) atau tidak tindakkan Kerajaan kepada isu yang diatas itu, terpulang kepada rakyat untuk menilainya.Sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengatakan Kerajaan bersikap tidak adil dan berbagai-bagai lagi. Apa yang penting, golongan rakyat berpendapat rendah akan dapat menafaat di atas tindakan/keputusan Kerajaan itu. Jesteru, Kerajaan mengambil langkah bagi golongan berpendapatan tinggi perlu mula membayar petrol RON95 dengan harga pasaran, manakala mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah akan terus menikmati kadar subsidi semasa apabila mekanisme rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan pada Jun. Kadar pasaran semasa bagi RON95 adalah RM2.58 seliter, manakala harga subsidi ialah RM2.30 seliter. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar bawah) berkata, mekanisme tersebut, yang mungkin melibatkan penggunaan MyKad atau kad-kad lain, masih diperhalusi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 


Bagi golongan berpendapatan sederhana, ada di antaranya masih akan menikmati kadar subsidi, katanya pada sidang akhbar selepas taklimat Bajet 2015 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi berkaitan, Khamis. Beliau berkata adalah tidak masuk akal apabila orang yang memandu kereta mewah menikmati 75 liter petrol subsidi manakala golongan berpendapatan rendah memiliki 7.5 liter setiap kali mengisi bahan bakar. Apabila sistem untuk diesel subsidi bermula pada bulan Januari, kad fleet akan digunakan untuk pembelian, katanya.  Tambahnya, kerajaan membelanjakan RM23.5 bilion subsidi bahan api pada tahun 2009. Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan subsidi secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia sehingga penggunaan tertentu dengan mengambil kira negara ini adalah negara penghasil minyak, beliau berkata masih ada masa untuk membuat kajian mengenainya dan keputusan akan diumumkan kemudian. Beliau berkata Malaysia mengeluarkan 700 tong minyak berkualiti tinggi sehari untuk eksport manakala mengimport 600 tong minyak biasa untuk kegunaan umum. 

Sementara itu, beliau berkata, kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 1.08 peratus dari kadar semasa 3.3 peratus (berdasarkan Indeks Harga Pengguna) selepas GST dilancarkan pada bulan April, tetapi akan turun kepada 2 peratus atau 3 peratus pada akhir tahun 2015 atau pada tahun 2016, seperti yang diramalkan oleh Bank Negara. Alasan peningkatan sementara itu kerana cukai jualan 10 peratus ke atas stok lama ditambah dengan GST 6 peratus. Apapun, masih terlalu awal untuk dipertikaikan. Pihak yang berpendapatan tinggi masih belum buat komen apa-apa. IBM yakin, mereka (pendapatan tinggi) akan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Dan, sejauh mana keberkesananya terhadap golongan yang berpendapat rendah, kita tunggu. Wasallam ~ IBM

PASMA DITUBUHKAN UNTUK MENUMBANGKAN UMNO & BN? TAPI, AHLINYA BERCELARU, BERPERANG SESAMA SENDIRI...HUHUHU!

JUMAAT, 24 OKT 2014
APA sebenarnya misi PAS menubuhkan badan NGO yang bergelar 'PASMA"?Perkara ini dipertikaikan oleh sesetengah ahli-ahli PAS. Mereka buntu dan tak faham apa tujuan penubuhan PasMa sebenarnya, untuk apa? Sementara itu, IBM di fahamkan, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad@Khalid Gereja terus bersikap seperti duri dalam daging kepada kepemimpinan PAS apabila mempertikai pendirian parti tersebut yang melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Beliau yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi berkata, PAS sepatutnya menyokong PasMa dan bukannya melarang ahli menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana matlamat kedua-dua organisasi sama iaitu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Kenyataan Khalid gereja yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim al-jub, dilihat sebagai membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama sendiri selaku badan tertinggi dalam PAS yang mahu ahli-ahli parti menjauhi PasMa.Maklumlah, PasMa ini diterajui oleh Anwar al-jub itu sendiri. Matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi adalah untuk memastikan PAS kekal bersama pakatan. Sekiranya matlamat ini selari dengan PAS, mengapa perlu menentang dan melarang ahli bersama PasMa? Oleh kerana matlamat PasMa adalah selari dengan matlamat PAS seperti diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama pakatan, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya, katanya menerusi laman blognya, www.khalidsamad.com. 

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura Ulama PAS menerusi setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh meminta semua ahli PAS jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan PasMa kerana tindak-tanduk NGO berkenaan boleh memecah-belahkan parti. Jelas Nik Muhammad, langkah berkenaan selaras dengan peringatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan ‘jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti’. Dalam pada itu, Khalid juga tidak ketinggalan mengulas mengenai dakwaan bahawa penubuhan PasMa adalah platform untuk menjatuhkan Abdul Hadi dengan menafikan perkara tersebut tetapi ulasan yang diberinya menimbulkan pelbagai persoalan. 

Ada kata hasil usaha PasMa, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ia tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi, katanya. Kalau tiada PasMa sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku. Khalid gereja yakin Presiden boleh menghadapi siapa juga pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa, soal Khalid tanpa menyatakan jawapan.Apapun perancangan yang dibuat oleh PAS dan PasMa, tiada halangan buat UMNO/BN terus berkuasa dan mendampingi rakyat, kerana UMNO/BN adalah untuk semua rakyat. Tidak menjadi kudis sekiranya PasMa ditubuhkan untuk menumbangkan UMNO/BN. Kita tunggu dan lihat siapa yang tumbang nanti. Wasallam ~ IBM

Thursday, October 23, 2014

PRESIDEN INDONESIA YANG BAHARU MAHU DI PANGGIL 'JOKOWI' SAHAJA, KALAU ANWAR JADI PM MAHU DI PANGGIL APA YE??

KHAMIS, 23 OKT 2014

BEGITU baiknya budi perkerti pemimpin Indonesia ini yang sudah bergelar 'Presiden'.  Katanya, walaupun sudah bergelar presiden, beliau, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini - 'Jokowi'. Beliau merasa jangal atau lebih rasa aneh jika beliau dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo. Justeru, cuma panggil beliau Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya, katanya. Begitu mulianya hati Pak Jokowi ni. Tidak seperti seorang pemimpin negara kita yang begitu mengidam untuk menjadi 'Perdana Menteri', tapi, masih belum berhasil. Agaknya, apa lah gelaran yang beliau mahu jika beliau menjadi Perdana Menteri?. Mr Anwar Ibrahim, Pak Shaikh Anwar Ibrahim. Tapi, bagi IBM, Anwar Al-Jub lah yang sesuai. Berbalik kepada al-kisah Presiden Indonesia ini,apabila ditanya oleh media mengenai panggilan yang sesuai untuknya selepas mengangkat sumpah jawatan Isnin lalu, Pak Jokowi tidak merasa janggal apabila ada orang menyapa hanya dengan Joko sahaja. 



Mengamit kembali sejarah hidupnya yang bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta., maka dengan memanggil beliau Jokowi sudah cukup enak, katanya. Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu. Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi ‘orang lain.’ Beliau tidak akan lupa diri dan lupa daratan. 

Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu. Sebelum ini, beliau pernah menetap di bangunan lama di Solo. Istana Presiden ini juga bangunan lama dan bagi Jokowi, beliau tak ada masalah, katanya. Kesimpulannya, adakah Anwar si al-Jub ini mempunyai ciri-ciri merendahkan diri seperti Pak Jokowi ini sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri? Ops!....tidak mungkin...tidak mungkin Anwar Al-Jub jadi Perdana Menteri kerana pada 28 Okt ini Anwar akan di hukum penjara 5 tahun dan akan di sumbat ke penjara Sungai Buloh. Jadi, tidak ada nama atau gelaran untuk Anwar....huhuhuhu! Wasallam ~ IBM

ANWAR AL-JUB RAYU JANGAN PUKUL DIA LAGI JIKA DIPENJARAKAN. HUHUHU..!!

KHAMIS, 23 OKT 2014
ANWAR Al-Jub kian takut dan gelisah. Anwar sudah nampak tangan-tangan melambai-melambai dari Penjara Sungai Buloh memanggilnya. Dan, beliau tahu beliau akan di penjarakan di atas kesalahan kes liwat II nya. Ekoran dari itu,  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar kejadian 'mata lebam' (gambar bawah) tidak berulang sekiranya beliau dipenjarakan sekali lagi selepas rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat pada 28 Oktober ini. Anwar berkata, jika beliau ditakdirkan dipenjarakan sekali lagi, "tolong jangan pukul saya lagi." Ketua pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah di hadapan 2,000 orang di Seberang Jaya malam tadi bagi mengimbau kembali insiden mata lebam ketika di Penjara Sungai Buloh. Mengimbas kembali kejadian tersebut, Anwar berkata, bekas Presiden Indonesia Habibie JB menelefon Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangan beliau. Habibie, katanya, telah dimaklumkan oleh pihak intelligentsia beliau bahawa beliau (Anwar) teruk dipukul dalam penjara. Betul ke teruk?

Katanya, Mahathir menjawab bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan dia tahu bagaimana mengendalikan urusan dalaman negara. Walaupun dalam keadaan hujan renyai, orang ramai menunggu mendengar ucapan 'selamat tinggal' Anwar sekiranya beliau akan ke penjara minggu depan. Pada tahun 2006, Anwar dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana sabitan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan tuduhan liwat pertama terhadapnya. Anwar telah disabitkan terhadap pertuduhan liwat kedua dan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara itu dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan itu pada 28 dan 29 Oktober ini. Anwar berkata jika beliau dipenjarakan, Permatang Pauh akan menyaksikan pilihan raya kecil dan PKR akan meletakkan calon yang akan mendapat sokongan besar. Beliau berharap semasa pilihan raya itu, pengundi tidak akan melepaskan peluang untuk menegakkan prinsip-prinsip Pakatan iaitu keadilan untuk semua. 

Menurutnya, pemimpin datang dan pergi, tetapi hubungan Pakatan mesti stabil dan diperkuatkan. Anwar juga memohon doa dari rakyat untuk memberinya kekuatan tetapi berkata beliau yakin mampu menghadapi apa pun keputusan mahkamah nanti. Dari berita yang di atas ini, terdapat ciri-ciri untuk mendapat simpati dari orang ramai oleh Anwar al-jub ni. Memang licik dia ni. Cara Anwar bercakap di hadapan penyokong-penyokongnya, beliau mengharapkan agar penyokong-penyokongnya bangkit dan akan ke Putrajaya untuk membuat demonstrasi walaupun Anwar tidak memeinta dengan cara terang-terang. 

Tapi, ucapan dan isi hatinya memang mengharapkan sokongan dari mereka. Kepada Anwar al-jub, janganlah nak main wayang lagi. Kemana kamu nak lari? Cukur...cukuplah rakyat kamu heret ke jalanan dik kerana perbuatan 'keji' kamu. 'Bertaubat' lah Anwar. Duduk diam-diam kat dalam penjara Sungai Buloh tu, muhasabah dan dekatilah diri kamu dengan Allah SWT. Soal kamu kena pukul ke atau tidak itu bukan urusan Kerajaan. Kalau ada sesiapa yang nak pukul kamu, bila keluar nanti, saman je. Kan saman-menyaman tu hobi atau kesukaan kamu. Wasallam ~ IBM

AZMIN BUAT PUSINGAN 'U'. PERJANJIAN AIR SELANGOR DENGAN KERAJAAN PUSAT KEKAL. ANWAR AL-JUB TAK BANTAH KE?..HUHUHU!!

KHAMIS, 23 OKT 2014

APAPUN, tahniah le pada Azmin. Ingatkan Azmin akan ikut telenjuk Anwar al-Jub untuk tidak menerima perjanjian 'Air Selangor' yang telah dipersetujui dan di tandatangi oleh mantan Menteri Besar yang lepas, Khalid Ibrahim. Menurut kata Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali mahu melihat keberkesanan dan bekalan air berkualiti di Selangor serta tiada hasrat untuk membatalkan perjanjian antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu. Katanya, beliau tidak akan membatalkannya. Beliau mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat boleh menikmati bekalan air yang mencukupi pada masa depan, katanya. Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau akan terus mendesak Putrajaya supaya mendedahkan butiran mengenai perjanjian tersebut. Itu tak hal le Azmin. Perkara itu kecik je. 

Kata Azmin lagi, beliau dan pentadbiran baharu akan mempertahankan keputusan yang diambil terhadap projek itu sekiranya pentadbiran beliau tidak dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai terma dan syarat, kadar tarif yang akan digunakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna. Alahai Azmin, ingatlah, kerajaan pusat bukannya kerajaan yang kejam seperti mana yang di heboh-hebokan oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat. Terdapat kepentingan peribadi di sebalik perjanjian 'Air Selangor' yang di tangguhkan begitu lama. Tapi, demi rakyat, gunakan lah buah fikiran kamu yang waras tu. Kepentingan rakyat itu amat-amat penting. Jangan jadi Menteri Besar 'kawalan jauh' kerana ramai mata-mata yang sedang mengintai dan meneropong kamu dari jauh. Ehmmm..ehmmm..faham-faham je le ye. Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...