Monday, January 26, 2015

BEBASKAH ANWAR AL-JUB DARI TUDUHAN LIWAT PADA 10 FEB INI? TUNGUUUUUUUUUU!!

ISNIN, 26 JANUARI 2015
RAMAI yang bertanya seperti tajuk posting diatas. Bebaskah Anwar Al-Jub dari tuduhan liwat pada 10 Februari ini? Dan ada juga yang bertanya, sudah cukup masakah Hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan membuat keputusan dan pertimbangan di dalam kes liwat Anwar Al-Jub ini yang berjalan begitu lama? Siapa yang menang dalam kes ini, cuba teka? Insyallah, semuanya akan terjawab pada 10 Februari nanti. Tapi bagi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim al-jub (tertuduh) merasa begitu yakin akan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada kesalahan kes liwatnya pada 10 Februari ini. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, berdasarkan penghujahan pasukan guamanya terhadap perincian fakta dan undang-undang yang kukuh, beliau yakin akan dibebaskan daripada kesalahan meliwat bekas pembantunya,  Mohd Saiful Bukhari Azlan. Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara. Itu hujah Anwar, maka beliau panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan beliau dibebaskan, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 
Mahkamah Persekutuan menerusi laman sosial Twitternya pada ini, Isnin menetapkan pada 10 Februari ini bagi membuat keputusan rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam rayuannya, Anwar, 67, meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya. Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu. Sebelum ini, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 
Oleh kerana kes liwat ini begitu lama tertangguh, kini, pada 10 Februari 2015 akan kita semua ketahui samada Saiful Bukhari Azlan akan menang, atau Anwar Al-Jub akan menghala ke Sungai Buloh untuk bersemayam di sana menjadi penghuni di Penjara Sungai Buloh. Memang bukan Si Saiful sahaja yang merasa berdebar-debar, malah IBM sendiri juga merasa berdebar-debar. Doa kan agar semuanya berpihak kepada Saiful. Pi jahanam dengan si peliwat tu, Anwar Al-Jub.  Dan...lepas ini tiada lagi tangguh-tangguh. Wassalam ~ IBM.

PROVOKASI, FITNAH OLEH PORTAL PRO PEMBANGKANG MENJADI-JADI. MELAYU TERUS BERKELAHI. SIAPA YANG RUGI??

ISNIN, 26 JANUARI 2015
MEMANG betul apa yang disuarakan oleh Datuk Irmohizam Ibrahim tentang kerenah Portal Pro Pembangkang yang kian menjadi-jadi ketika ini. Provokasi demi provokasi dan fitnah-menfitnah sudah menjadi 'asam garam' mereka. Kini, sudah tiba masanya pihak berkuasa harus mendedahkan dalang di sebalik Portal Pro Pembangkang supaya masyarakat tidak terus terpengaruh dengan provokasi dan agenda yang cuba mereka rencanakan. Saranan dibuat oleh Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar bawah kanan) meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera dan mengambil tindakan  terhadap portal-portal yang dilihat tidak gentar kepada undang-undang ini. Perkara ini harus dipandang serius kerana akan melibatkan isu ketidakstabilan negara oleh anasir yang membawa unsur fitnah dan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Beliau menyeru supaya portal atau media sosial bersikap lebih bertanggung­jawab dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan agar mempunyai akauntabiliti dan menjaga imej negara yang bakal mempengerusikan mesyuarat ASEAN tahun ini, katanya kepada sebuah Portal Pro Kerajaan semalam, Ahad. 

Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menegaskan tindakan Portal seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat mampu mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan rakyat. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, sesebuah Portal atau saluran berita harus memain pera­nan sebagai pembina kepada negara, bukan memecah belahkan rakyat. Pelaporan berita yang boleh mencetuskan huru-hara itu melam­bangkan cara mereka yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sumber informasi kepada masyarakat. Beliau berharap orang ramai akan sedar, jelak dan muak dengan portal-portal ini apabila mengetahui tujuan sebenar mereka yang hanya ingin mewujudkan perpecahan dan merugikan negara, katanya. Ada beberapa kemuskilan yang ingin IBM kongsikan bersama dengan para-pembaca di dalam isu ini. 

Pertama, mengapa harus bekas-bekas Menteri (tak payah sebut nama) yang telah bersara dan kini mengecap kekayaan, hidup senang lenang, tetiba berperangai seperti seorang tidak profesional atau dengan erti kata lain, seperti orang tak pergi Sekolah menghentam Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, seolah-olah ada komplot untuk menjatuhkan DS Najib. Kedua, kenapa segala ketidak puasan hati mereka dengan pentadbiran DS Najib mereka gunakan Portal Pro Pembangkang seperti di malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa portal lagi untuk mencurahkan segala kekecewaan mereka. Apabila ditanya, kata mereka, mereka hanya ingin mengingat dan menasihatkan Perdana Menteri supaya ubah cara pentadbirannya dengan lebih baik lagi. 

Tapi, IBM berangapan, apa betulkah caranya itu? Malah, apa yang IBM nampak, Pak-Pak Menteri ini yang satu ketika adalah orang kuat Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sengaja mencari jalan untuk menjatuhkan DS Najib. Untuk apa? Balas dendam? Maka, itu sebab Portal Pro Pembangkang begitu berani dan ghairah, terus-menerus menghentam, membuat provokasi dan menabur fitnah agar rakyat terus membenci pentadbiran yang ada sekarang dan ada yang bergembira bila DS Najib jatuh kelak.  Dalam hal ini, IBM nak tanya, siapa yang untung dan siapa yang rugi? Korang fikirlah sendiri. Wassalam ~ IBM

Saturday, January 24, 2015

JAKIM PERTIMBANG UNTUK SAMAN ERIC? KENAPA NAK PERTIMBANG DAN TUNGGU APA LAGI? SAMAN JANGAN TAK SAMAN!!

SABTU, 24 JANUARI 2015
KADANG-KADANG naik menyampah dan meluat pun ada. Cakap tak serupa bikin. Pada peringkat awal, apabila dikecam, dihina di akhbar-akhbar dan alam media sosial,  bersemangat sungguh. Buat laporan Polis dan berbagai lagi. Lepas itu buat kenyataan di akhbar nak saman kepada pihak yang membuat fitnah. Itulah yang berlaku di negara kita ini. Peghinaan demi penghinaan terhadap Jabatan Kerajaan dan juga Jabatan Agama Islam secara terbuka menjadi-jadi yang dilakukan oleh kaum yang terlalu 'ekstrem' dan 'anti Islam'. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak terkecuali didalam hal penghinaan ini. Maka, Jakim berpendapat dan  mempertimbangkan untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya baru-baru ini. Isu ini tersebar luas dan hangat di perkatakan. Maka, bermacam-macam pandangan di beri kepada Jakim dan yang terbaru dari Peguam kanan mereka (Jakim) Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar bawah kanan) yang berkata Jakim boleh memfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum. 

Hafarizam yang banyak mengendalikan kes saman fitnah berkata bagi mendukung kesucian Islam, selain pendakwaan kerana menghasut atau menghina Islam, tindakan saman juga boleh dilakukan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu. Semua pihak yang berkepentingan contohnya kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil  dan rakyat perlu lebih bertanggungjawab, sensitif, peka dan prihatin tentang isu agama. Undang-undang, sebagaimana canggih dan mencakupi segalanya pun, tidak akan ada maknanya jika tidak dipatuhi, katanya ketika ditanya mengenai tindakan individu yang menghina Islam seperti yang dilakukan Paulsen, yang juga pengarah eksekutif Lawyers For Liberty. Paulsen membuat catatan itu dalam bahasa Inggeris pada 9 Januari lepas, dan beliau memadamnya selepas kecaman pelbagai pihak. Paulsen kemudian ditahan di Brickfields dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Ekoran dari itu, pada 14 Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kertas siasatan berhubung kes Paulsen akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman dua hari. 

Hafarizam berkata selain itu pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai satu daripada subjek kecenderungan menghasut hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mencegah gejala menghina agama Islam di negara ini yang semakin menjadi-jadi. Beliau berkata ada banyak lagi akta yang boleh diambil kira untuk pindaan seperti Kanun Keseksaan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap agama. Namun, kesudahan yang ingin dicapai ialah keharmonian antara kaum atau penganut agama dan toleransi yang mampan. Ini memerlukan pelaksanaan strategik yang menyeluruh contohnya Parlimen, Eksekutif, Kehakiman, Polis, ahli Akademik dan rakyat, katanya. Hafarizam juga menyarankan supaya kesedaran yang lebih luas dan mendalam berkenaan ajaran Islam perlu diperhebat oleh Jakim dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan kepada semua bangsa, tidak terhad kepada beragama sahaja. Katanya, ini tidak menyalahi undang-undang kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang memberi penerangan atau pendedahan tentang ajaran Islam. 

Sementara itu Ketua kluster governans, perundangan dan pengurusan awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (gambar kanan) pula berkata saman itu boleh difailkan sekiranya Jakim pasti terdapat elemen fitnah dalam kenyataan peguam itu kepada agama Islam. Beliau (Eric)  boleh ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Oleh itu kenyataan beliau (Eric) mestilah yang akan membawa kebencian kepada kerajaan atau permusuhan kaum, katanya. Selain itu, katanya, pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 dengan memasukkan kesucian agama Islam sebagai salah satu subjek kecenderungan menghasut perlu dilakukan kerana tiada peruntukan khusus berhubung penghinaan agama Islam dalam Akta Hasutan itu dan sekiranya dimasukkan ia akan memantapkan lagi akta tersebut. Oleh itu pindaan nanti perlu dimasukkan perkara ini, katanya. Nik Ahmad Kamal berkata bagi kesalahan menghina agama atau mengganggu keharmonian antara agama, Akta Hasutan memperuntukkan hukuman denda atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan manakala di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, ia memperuntukkan hukuman penjara dua tahun hingga lima tahun. 

Beliau mengambil contoh kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan mengikut Seksyen 298A yang memperuntukkan hukuman lebih tinggi. Oleh itu, dalam hal yang sensitif ini, IBM ingin memperingatkan Jakim dan peguamnya, jangan tunggu lama-lama. Oleh kerana ramai yang memberi pendapat bahawa Jakim boleh dan berhak saman Eric Paulsen kerana memfitnah, maka mulakan saman. Saman, jangan tak saman kerana penghinaan terhadap agama Islam dan orang-orang Islam sudah sampai ke tahap yang membimbangkan. Haram jadah Cina seko ni harus di ajar. Tapi, jangan 'hangat-hangat tahi ayam' pulak. Islam tidak pernah menghina dan memperlekehkan agama lain di negara ini. Jadi, kenapa Islam dijadikan sasaran? Fikir-fikirkan. Wassalam ~ IBM 

13 MEI BOLEH BERULANG, KATA HAJI HADI...

SABTU, 24 JANUARI 2015
IBM setuju dengan pandangan yang bernas yang telah diluahkan oleh Presiden PAS Hj Hadi Awang. Saranan Hj Hadi tu ada faktanya dan ianya harus di pandang serius. PAS mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan sekutunya, DAPigs akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar bawah kanan) berkata, ketegangan seperti itu juga dibimbangi boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara. Tegasnya, pilihan raya PBT itu adalah kesilapan kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar untuk menang pilihan raya dalam jangka masa sangat pendek, sekali gus bertentangan dengan aspek politik mengendalikan bandar yang mewajibkan untuk mengambil kira kepentingan semua pihak dan lapisan masyarakat dalam memakmurkan sesebuah bandar itu. Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang majoriti kaum Cina. 

Hj Hadi memberi contoh yang harus kita pertimbangkan. Katanya,  lihat sahaja jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding RM50 juta di majlis daerah kawasan desa di Selangor yang majoritinya pula satu kaum lain. Akhbar semalam melaporkan dakwaan DAP bahawa PAS tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu. Setiausaha Organisasinya, An­thony Loke berkata, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng telah menghubungi sendiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali melalui telefon bagi mendapatkan pandangan mereka tentang perkara tersebut. Menurut beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu tidak membantah hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012. 

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan DAP agar tidak melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar. Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang, kata Hj Hadi. Bagi IBM, itulah caranya DAP untuk mengembangkan pengaruh politiknya. 

Tidak dapat jadi pemerintah, tak apa, tapi, dari segi ekonomi, suara dan kuasa, DAP kian hampir mendapatkannya. Maka, apabila ini benar-benar berlaku kelak, apa tindakan kita orang-orang Melayu? PAS dan UMNO? kemana hala tuju kita semua? Dan....adalah peringatan dari Hj Hadi Awang bahawa kemungkinan sejarah hitam 13  Mei akan berlaku kembali, dan adakah itu yang kita semua mahu? Fikir-fikirkan, kerana apabila berlaku perkara tersebut, jangan cuba-cuba nak salahkan satu sama lain kerana kesilapan tersebut berpunca dari diri kita (orang-orang Melayu) sendiri. Melayu tidak bersatu. Manakala PAS disarankan supaya cepat-cepat berambus dari Pakatan Rakyat, kerana ianya bukanlah sebuah parti pakatan yang membawa menafaat kepada rakyat dan negara. Harap maklum!! Wassalam ~ IBM

Thursday, January 22, 2015

DAIM NASIHAT PM BELAJAR DARI TUN M : IKHLAS KAH TEGURAN DAIM ATAU SEBALIKNYA??

KHAMIS, 22 JANUARI 2015
IBM bukan nak memandai-mandai atau memihak kepada mana-mana pihak. Tegur menengur ni memanglah amalan yang baik. Apatah lagi kalau ianya melibatkan pentadbiran negara, masalah rakyat dan yang lain-lain juga.  Dan, sudah semestinya nasihat tersebut merupakan nasihat yang amat-amat berguna kerana nasihat atau teguran tersebut datangnya dari seorang bekas Menteri yang satu ketika amat-amat berpengaruh. Tapi, sayang teguran tersebut seperti tidak jujur, tak kena pada tempatnya, juga seperti ada suara-suara ghaib yang mendesak supaya Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di asak dan akhirnya menjadi gawat. Nasihat bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin tu bukanya tak elok yang mana menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempelajari cara Tun Dr Mahathir Mohamad menguruskan krisis, tapi, IBM berpandangan caranya tidak betul dan tidak kena pada tempatnya. Kenapa Tun Daim mengambil sikap terburu-buru dan berbicara pula secara terbuka dengan sebuah akhbar China Press hari ini? 

Apa tujuan Daim berbuat demekian? Dan..kenapa tidak bersemuka empat mata secara tertutup dengan PM. Berbincang dan beri pendapat, pandangan, nasihat atau kalau nak bergaduh ke biarlah di dalam bilik mesyuarat yang tiada orang luar bersama? Mengikut sumber, Daim berkata, DS Najib sepatutnya merujuk kepada bekas Perdana Menteri itu ketika menangani bencana banjir besar baru-baru ini. Dalam wawancara yang disiarkan akhbar China Press hari ini, Daim berkata beliau ada bertemu Najib baru-baru ini dan menggesa Perdana Menteri menunjukkan prestasi lebih baik dalam menangani bencana itu. Beliau kata, 'dalam pengurusan krisis', DS Najib perlu lebih cekap. Mahathir tunjuk prestasi bagus dalam menangani krisis dan anda patut belajar daripada beliau', kata Daim. Katanya, negara lain akan mengisytihar 'darurat' kerana terdapat banyak kematian dan kesan lain. Betul le kata Daim tu, tapi, sekali lagi IBM muskil. Kenapa harus di war-warkan di dalam akhbar China Press? Nak cari publisiti ke atau nak memalukan atau strategi untuk menjatuhkan DS Najib? Maaf cakap. Kerana cara Daim ini sekali gus memberi ruang untuk Pembangkang menghentam dan mencari kelemahan pemerintahan Barisan Nasional (BN). 

Persolanya, adakah DS Najib langsung tak kisah dan tidak mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang 'luar biasa' melanda di beberapa negeri kali ini? Mungkin semasa era zaman Tun Mahathir berbeza bila berlakunya banjir. Kita semua tahu apabila tiba bulan November , Disember, banjir kan melanda di negeri-negeri Pantai Timur. Tapi, itu banjir biasa. Tiba-tiba kali ini banjirnya agak luar biasa sekali. Tak payahlah IBM nak huraikan satu-persatu akan apa yang berlaku. Jadi, apabila Daim mengatakan DS Najib tidak bertindak, itu satu fitnah. Apabila banjir semakin buruk, itu bukan salah DS Najib. Itu ketentuan dari Allah SWT. 

Kita kena redho kerana ada hikmahnya di sebalik musibah tersebut. Dalam hal ini, IBM tak setuju langsung dengan pandangan  Daim yang menuduh bahawa DS Najib gagal, dan menyarankan supaya Perdana Menteri  tunjuk lebih kewibawaan semasa menangani krisis. Apa, dia tu (Daim) pandai sangat ke? Dalam soal itu kata Daim, Tun Mahathir menunjukkan prestasi paling baik, katanya. Kepada Daim, 'lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang'. Harap Daim faham akan peribahasa tersebut. Kalau tidak faham 'go back to school' (Sekolah orang dewasa).  Huhuhu! Wassalam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...