Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tidak akan meletak calon untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan dan Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.
Ahli parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sementara ahli parlimen Pagoh disandang oleh Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Zaid berkata walaupun KITA mahukan perubahan kepada rakyat, ia hanya akan meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya.
"Ini bererti KITA tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kapada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan.
"Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut," tambahnya.
Beliau berkata KITA akan mengumumkan calon secara berperingkat dan akan menumpukan untuk bertanding di kawasan di mana pengundi tidak berpuas hati dengan wakil rakyat sedia ada.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MANA ORANG NAK PERCAYA KAT KAMU LAGI ZAHID OII. DULU KAMI DAH DIBERI PELUANG, MENJAWAT JAWATAN MENTERI PENUH PULAK TU. ENTAH HANTU RAYA MANA YANG HASUT KAMU, KELUAR DARI UMNO, LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI DAN MASUK PKR. LEPAS TU KELUAR PKR DAN SERTAI KITA. ADUHAI....SUSAH LE KAMU NAK BERTANDING KALI INI ZAID, SIAPA NAK KAN KAMU LAGI?...PESAN IBM, KAMU DUDUK DIAM-DIAM, TAK HABIS DUIT DAN TAK BUANG MASA. IKHLAS DARI SAYA : IBM