Tuesday, November 22, 2011

SUDAH TIBA MASANYA "KEPALA PAIP" DI KELANTAN DITUKAR..


ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


Siapa yang tidak tahu tentang masalah bekalan air bersih di Kelantan? Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan kemelut yang dihadapi oleh masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut yang sudah berlanjutan sejak sekian lama.
Namun apa yang dikesalkan, masih belum ada penyelesaian tentang masalah tersebut.
Dua tiga hari lepas, akhbar nombor satu negara iaitu Utusan Malaysia telah membuat laporan tentang isu air di Kelantan.
Kasihan juga apabila memikirkan masyarakat Kelantan terpinggir dari menikmati bekalan asas yang sempurna di bawah pentadbiran Pas, namun apa boleh buat.., itulah yang mereka pilih selama ini.
Dan pastinya segala apa yang dilaporkan mengenai air tercemar di Kelantan oleh Utusan Malaysia itu tak akan dibaca oleh totok-totok Pas Kelantan dan juga penyokong taksub Pas di seluruh negara. Bagi mereka, Utusan hanya tahu melaporkan fitnah, yang tak fitnah hanyalah Harakah dan MalaysiaKini sahaja.
Tetapi, logikkah akhbar milik parti seperti Harakah dan juga portal upahan pembangkang seperti MalaysiaKini mahu melondehkan ketidak adilan di dalam kumpulan mereka sendiri?
Dan tak perlulah mengharapkan media pembangkang tersebut melaporkan isu air Kelantan ini kerana mereka telah dibayar untuk tutup mulut dan mata.
Dan tak perlulah mengharapkan media pembangkang tersebut melaporkan isu air Kelantan ini kerana mereka telah dibayar untuk tutup mulut dan mata.
Padahal, hakikat sebenar mengenai kelemahan serta kecuaian Nik Aziz di dalam memberikan kemudahan asas seperti air bersih itu bukan lagi satu rahsia.
Jika Utusan tak melaporkannya didalam akhbar mereka, penduduk Malaysia sendiri tahu realiti tersebut apabila mereka berkunjung ke Kelantan. Tak ada apa lagi yang hendak disembunyikan sebenarnya.
Rakyat Kelantan telah lebih 20 tahun dimomokkan dengan ungkapan “terima apa yang diberi seadanya..” oleh pemimpin-pemimpin Pas Kelantan. Barang siapa yang ingkar dengan ketentuan tersebut, maka dia bolehlah dianggap kufur terhadap apa yang dikurniakan kepadanya oleh kepimpinan utama Kelantan iaitu Nik Aziz.
Ulama junjungan Pas itu lah yang menentukan segalanya sama ada rakyat Kelantan boleh minum air bersih, atau hanya sekadar menghirup air kekuningan akibat ketololan pentadbiran kerajaan negeri. Alasan yang paling popular, redha itu menjadi syarat utama di dalam menentukan kesetiaan kepada parti.
Yang paling menarik, penyokong-penyokong tegar Pas di Kelantan pula disarankan untuk meminta bantuan Allah di atas segala permasalahan hidup. Penyokong Pas Kelantan diajar bahawa semuanya akan selesai apabila bantuan dari langit tiba.
Sebab itulah pemimpin Pas sering menyeru penyokong mereka di dalam setiap ceramah supaya memperbanyakkan doa serta derma bagi menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul.
Jika air yang tercemar, hanya doa saja cukup untuk menukarkan air tersebut jadi bersih mengikut kepercayaan penganut-penganut agama Pas.
Yang pengikut Pas Kelantan lupa ialah, jika kepala paip kotor serta tersumbat, doa saja tak mampu untuk menjadikan kepala paip tersebut bersih dan berfungsi sepenuhnya.
Kepala paip tersebut perlu “ditukar” dengan yang baru bagi menjamin kualiti air serta kebersihannya.
Rakyat di negeri lain hanya boleh memberikan simpati, tetapi rakyat Kelantan sendiri perlu memilih sama ada masih mahu menggunakan kepala paip usang serta uzur, atau menukarkannya dengan kepala paip baru di Piliharaya umum akan datang.
Apa yang pasti, doa saja tak cukup.., usaha itu lebih utama.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEMANG PATUT DI TUKAR. DAH LAMA. AIR TU PUN DAH BERKARAT, TIDAK BERKHASIAT LAGI. HARAP-HARAP RAKYAT KELANTAN, FAHE, FAHE JE LE. HEHEHEHE. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...