ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
POLITIK ni kadang-kala melucukan. apa tidaknya. Baru-baru di dada akhbar-akhbar dan Blog mempaparkan populariti pemimpin-pemimpin Pembangkang merosot dan menjurunam jatuh jika hendak dibandingkan populariti pemimpin Barisan Nasional (BN).
Ini yang membuat juak-juaknya begitu marah sekali dan meragui kajian yang telah di buat oleh UIAM baru-baru ini.
Di Kota Bharu, sumber yang IBM dapat, PKR negeri Kelantan tidak menerima sepenuhnya kajian rambang populariti pemimpin yang dilakukan oleh UIAM kerana kononnya kredibiliti responden yang terbabit dalam kajian itu amatlah diragui. Bagaimanapun beberapa pemimpin-pemimpin PKR negeri Kelantan menyatakan kajian akan dibuat dan dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) walaupun kajian berkenaan menunjukkan populariti pemimpin mereka merosot.
Disamping itu, mereka mengaku antara faktor kemerosotan populariti pemimpin PR kerana disebabkan tiada KESEPAKATAN antara mereka dalam beberapa isu. Walauapapun, kata mereka itu perkara biasa yang perlu dihadapi dan akan dibereskan.
Bagaimanapun, tiga pemimpin utama pembngkang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz, dan ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng, menyaksikan populariti mereka semangkin merosot akibat isu-isu semasa dan gagal capai kesepakatan dalam banyak perkara. Kesimpulan, ini adalah realiti yang sedang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR).
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JELAS, PR SEDANG MENGHADAPI KRISIS YANG SERIUS. TAPI...PERKARA INI MEREKA SEMBUNYIKAN BUAT SEMENTARA KERANA HENDAK MENGHADAPI PRU YANG AKAN DATANG SUPAYA RAKYAT BERANGGAPAN BAHAWA PR SEBUAH PARTI YANG SEMPURAN DAN MEREKA LAH JUARA RAKYAT DAN MEMBELA NASIB RAKYAT. MEMANG SETIAP APA YANG KITA KOMEN TENTANG MEREKA, PENGIKUT-PENGIKUTNYA AKAN NAFIKAN DAN MELENTING TAH TENTU PASAL, MAKA MEREKA MENYALAHKAN BN DAN MEDIA-MEDIA PRO BN. ITULAH PEMBANGKANG YANG BAKAL DITOLAK OLEH RAKYAT PADA PRU KE-13 NANTI. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------