Pages

Friday, January 31, 2014

RAFIZI AKUI PRK DUN KAJANG ADALAH PEMBOHONGAN PKR

JUMAAT, 31 JANUARI 2014
Kan IBM dah kata dulu-dulu lagi. Pengarah strategi PKR ni, Rafizi selalu gagal didalam melaksanakan apa jua strategi bagi partinya untuk melemahkan lawannya. Akhirnya, si Rafizi ini menukar strategi beliau dengan mengamalkan ilmu yang boss dia praktik dan selalu guna. Menipu. Itulah strategi baru si Rafizi ini. IBM tak tipu, tapi, itulah realitinya. Mengapalah pemimpin-pemimpin pakatan rakyat berperangai begitu. 

Semalam, Rafizi mengeluarkan kenyataan bahawa PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya. Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.


Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Betul, ituadalah permainan dari PKR katanya. Tapi, dipihak mereka (PKR) bersedia mengambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. Ia demokratik dan ia juga sadistik. Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah. Kita jelaskan dan kita dah pun minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum. Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno, kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' atau dari 'Kajang ke Sungai Buloh', yang mana satu? Hehehehe.

Apapun, sudah menjadi lumrah dunia bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni. Kalau tak menipu, tak senang duduk dibuatnya. Ada sahaja idea-idea jahat, songsang yang akan mereka ketengahkan, dan akhirnya rakyat yang jadi mangsa. Kita tinggalkan si Rafizi dengan strategi yang tak menjadi, dan kita tinggalkan sebentar akan perihal Anwar Ibrahim yang beria-ia nak jadi Menteri Besar. Biarkan Anwar dengan angan-angan Mat Jeningnya, kerana kalau satu hari tak menipu, bukan Anwar namanya. Awas orang-orang Kajang!! Dajal PKR akan turun ke Kajang bila-bila masa sahaja. Elakkan diri darinya. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TAHU KE ANWAR JIKA KHALID LETAK JAWATAN DUN SELANGOR AKAN TERBUBAR??

JUMAAT, 31 JANUARI 2014

Anwar ni tahu ke tak tahu tentang politik? Kalau tak tahu macam mana dia nak jadi Menteri Besar Selangor. Samada dia sedar atau tidak perkara 70 undang-undang tubuh Negeri Selangor? Pada dia, apa juga yang dia dengar, dan dia tahu, pesetankan itu semua. Apa yang penting dia mesti menang di PRK DUN Kajang yang akan dipertandingkan tak lama lagi. Anwar sudah naik gila, sawan kerana jiwa dan nafsunya kian memuncak untuk jadi MB Selangor wa'ema apa yang berlaku. 

Dalam perkara 70 undang-undang tubuh Negeri Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan. Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian. Itu menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar)  bahawa Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan. Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN. Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Pada pandangan beliau kalau Menteri Besar Selangor sekarang (Khalid Ibrahim) meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN. Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Menurutnya lagi, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN. Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri, katanya. Kesimpulannya, adakah Anwar tahu semua itu? atau beliau hanya buat pekak kerana beliau beranggapan boleh memujuk Baginda Sultan Selangor dan menyakinkan baginda bahawa dialah orang yang paling layak menerajui negeri Selangor. Lagi pun Anwar sudah naik syok apabila balacinya mengatakan Anwar adalah seorang pemimpin bertaraf dunia. Puiii!!

Aduhai, mengapalah manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar ni masih bernafas dalam dunia ni. Liat dan degil, malah masih boleh bernafas walaupun di humban ke dalam lumpur. Tapi, ramai pemerhati dan penganalisis politik mengatakan di Kajang inilah krier politik Anwar akan berakhir sekiranya dia tewas. Kita tunggu dn lihat sajalah. Ini  kalilah!!....Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

APA KE JADAHNYA. DUIT SURAU PUN DEPA NAK GASAK. BERAPA SEN SANGAT LE TU??

JUMAAT, 31 JANUARI 2014.

KES MAHKAMAH
Curi Duit Tabung Surau, Pencuci Pinggan Sambilan Dipenjara 12 Bulan

Gara-gara mencuri RM250 duit tabung sebuah surau di sini atas alasan mahu membeli makanan, seorang lelaki dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis. Majistret Muhammad Najib Ismail memerintahkan Shamsul Azlan Saad, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 25 Januari lalu selepas dia mengaku bersalah.  Kata Majistret Muhammad,  hukuman ini dibuat setelah mengambil kira faktor kepentingan awam. Tertuduh tiada rekod jenayah lampau. Kalau kita seorang yang betul, iman kita kuat, kita tak akan tergamak mencuri duit tabung surau.
Berkemungkinan penjenayah itu ada masalah dengan iman. Jadi, Majistret Muhammad menasihati supaya si penjenayah kaji balik hubunganya dengan Allah dan manusia. Semoga dalam tempoh beliau di dalam penjara nanti, dapat muhasabah diri beliau, kata Muhammad Najib. Tertuduh yang bekerja sebagai pencuci pinggan sambilan mencuri RM250 duit tabung Surau An Nur di Bukit Gedung, Bayan Baru pada 4 pagi, Sabtu lepas. Shamsul Azlan yang juga menghidap sawan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Apa barang le budak si Shamsul ni. Duit surau kan banyak mana pun. Baik pergi rompak duit kat mesin ATM tu. Bebaloi le sikit. Apapun lega sikit juga lah budak Shamsul ni. Masuk penjara makan ditanggung beres. Grantee tak miss punya. Hehehehe....Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

NGO ISTIHAR PERANG BANTU BN TENTANG ANWAR DI KAJANG. AMBIK KO NUAR. NAK SANGAT!!

JUMAAT, 31 JANUARI 2014
Anwar jangan takbur dan terlalu yakin akan memenangi PRK DUN Kajang nanti. Ramai yang bertekad akan mengistiharkan 'perang' terhadapnya dan tidak akan memberi laluan mudah untuknya menang di Kajang nanti. IBM dapat laporan terkini dari sebuah portal tempatan yang mendedahkan perkara ini. nampaknya Anwar tak tidur malam dibuatnya. Panas!!.

Mengikut laporan itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang menyuarakan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhasrat untuk mengadakan kempen menentang habis-habisan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah (gambar) berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar tidak membantu perniagaan kecil dan sederhana di Kajang ketika mereka memegang kuasa dan tidak layak mendapat undi mereka.

Terdapat banyak kes banyak premis perniagaan kecil dimusnahkan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Kami dan Umno yang bantu peniaga-peniaga ini, katanya. Ridzuan menambah bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan percaya ahli kaum Cina dalam parti tersebut dijadikan sebagai 'boneka' oleh Pakatan Rakyat. Ridzuan turut mempersoalkan mengenai kesanggupan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh untuk berundur bagi memberi laluan kepada Anwar.
Oleh itu, beliau mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah berlaku dalam perkara ini, katanya. Kenyataan Ikhlas itu disokong oleh anggota-anggota Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Pertubuhan Social Minda Prihatin dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia. Kalau gitu, IBM pun nak turut sama membantu NGO-NGO ni. Berbaloi melawan Anwar ni. Sebab kita orang masih pegang falasafah ini 'TIBAI'. "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim". Ada faham adik manis?. Hehehe.....Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

REMAJA 15 TAHUN (BAWAH UMUR) DIROGOL OLEH WARGA ASING...JENAYAH...OH JENAYAH!!

JUMAAT, 31 JANUARI 2014

JENAYAH


Seorang lelaki warga Libya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Bayan Lepas di sini, pada 21 Disember tahun lepas. Mahmoud M. Mukhtar Bagaeigaa, 20, mengangguk tanda faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris. Dia dituduh merogol gadis bawah umur itu di padang permainan Taman Sri Nibong, Jalan Bukit Kecil 1, Bayan Lepas di sini pada 12.30 tengah malam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Majistret Muhammad Najib Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh, manakala Mahmoud tidak diwakili peguam.

Nampaknya ke rogol dibawah umur ini agak meningkat indexnya. Dimana silapnya, salah siapa dan bagaimana untuk mengatasinya?. Dalam hal ini pembangkang dan balaci-balacinya mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan. Ini semua salah BN. Yang betul hanyalah mereka. HAMPEHH!!. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Thursday, January 30, 2014

BETUL KE KERUSI MB SELANGOR PANAS DAN BADI??

KHAMIS, 30 JANUARI 2014
KETIKA negara bersiap sedia untuk berdepan dengan satu lagi pilihan raya kecil, kali ini dicetuskan oleh satu langkah taktikal PKR, spekulasi sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor semakin hangat diperkatakan. Jika Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil DUN Kajang dan menggantikan Abdul Khalid sebagai MB, maka Abdul Khalid bukanlah MB Selangor yang pertama diminta memberi laluan atas sebab-sebab politik. Terdapat sekurang-kurangnya empat MB sebelumnya yang terpaksa mengosongkan jawatan mereka berikutan kontroversi dan tekanan daripada parti politik mereka sendiri.


Datuk Harun Idris (1964-1976) :
Setelah berkhidmat sebagai MB selama 12 tahun, Datuk Harun Idris terpaksa melepas jawatannya apabila beliau berdepan dengan tuduhan rasuah. Peranan Harun dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah beberapa kali dipersoalkan, tetapi beliau terselamat daripada gelombang tekanan pesaingnya untuk kekal sebagai MB bagi penggal kedua. Tetapi pada tahun 1976, beliau telah dipecat dari Umno dan kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah kerana didakwa menyalahgunakan wang negeri. Berikutan itu, beliau menjalani hukuman penjara enam tahun dan mendapat pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong tidak lama kemudian. Beliau merupakan MB Selangor yang paling lama berkhidmat.

Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali (1982-1986) :
Ipar kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Ahmad Razali, merupakan seorang tokoh yang tidak popular dalam Umno Selangor dan hanya bertahan satu penggal sahaja selepas dilantik sebagai menteri besar oleh Mahathir sendiri Penggal pentadbirannya dicemari oeh satu insiden yang dilaporkan berlaku semasa satu mesyuarat Umno di Kampung Pandan di mana seorang perwakilan membaling kerusi ke arahnya. Pada tahun 1983, setahun selepas mengambil alih jawatan MB, pentas tempat beliau melancarkan perayaan Thaipusam di Batu Caves roboh, dan mencederakan 34 orang. Beliau meletak jawatan pada 1986 selepas empat tahun menjadi MB untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muhammad Muhammad Taib .

Tan Sri Muhammad Muhd Taib (1986-1997) : 
Seorang tokoh yang sangat popular dalam Umno Selangor, walaupun dibelenggu pelbagai kontroversi, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi MB selama 11 tahun sehinggalah beliau didakwa di Australia kerana tidak mengisytiharkan wang yang dibawanya berjumlah RM3.8 juta. Muhd Taib meletak jawatan selepas beliau didakwa walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah, berdasarkan hujah bahawa beliau "tidak faham bahasa Inggeris" dan dengan itu tidak tahu tentang undang-undang yang tidak membenarkan wang tunai dibawa masuk ke Australia. Muhd Taib juga dilaporkan kahwin lari dengan anak perempuan Sultan Selangor ketika beliau menjadi MB dan mereka didakwa berkahwin di Thailand. Pasangan itu telah bercerai. Menjelang pilihan raya umum ke-13, beliau menyertai PAS dan berkempen untuk parti pembangkang.

Datuk Abu Hasan Omar (1997-2000) :

Datuk Abu Hasan Omar mungkin mempunyai cerita yang hampir sama dengan keadaan semasa di Selangor. Seorang menteri persekutuan ketika itu, Abu Hasan bertukar tempat duduk dengan Jamaludin Adnan untuk bertanding kerusi DUN Permatang , dan dengan itu memaksa dua pilihan raya kecil diadakan - Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor. Anehnya, beliau juga ketika itu menggesa pembangkang  supaya "tidak bertanding " kerusi Permatang bagi mengelak pembaziran masa dan wang. Bagaimanapun, beliau tidak lama menjadi menteri besar Selangor dan meletak jawatan pada 2000 selepas dikaitkan dengan dakwaan satu skandal seks. Mahathir mengakui ketika itu bahawa Abu Hasan terpaksa berundur bagi menghalang "fitnah dan pembohongan" terhadap MB parti itu .

Beliau telah digantikan oleh Dr Mohd Khir Toyo (2000-2008), yang kemudiannya didakwa atas tuduhan rasuah, walaupun selepas Selangor jatuh ke tangan  Pakatan Rakyat pada 2008.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2008 - ?) :

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - yang kini lapan bulan menjadi MB bagi penggal kedua - berdepan dengan saingan dan cabaran sengit dari dalam partinya sendiri sejak beliau menyandang jawatan tersebut lima tahun lalu. Bagaimanapun, serangan terhadapnya semakin kerap selepas pilihan raya umum tahun lepas . Selepas satu spekulasi hangat, ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba awal minggu ini, dan membuka laluan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil bagi mengisi kerusi tersebut - dipercayai dengan hasrat untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai MB.

SENARAI NAMA-NAMA MENTERI BESAR SELANGOR DAHULU DAN KINI 


Ironinya, Anwar telah meminta BN supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Apa Anwar ingat Selangor ni bapak dia yang punya? Tapi..sekiranya beliau berjaya menjadi MB Selangor, mungkinkah beliau akan menerima nasib yang sama dik kerana BADI di Selangor ini terlalu kuat. Hehehehehe....bunyi macam tahyol je. Apapun kita tunggu dan lihat selepas keputusan dibuat oleh rakyat Selangor di DUN Kajang pada PRK yang akan datang ini.

Berjayakah Anwar mencapai cita-citanya, dan adakah Khalid gagap akan terus menjadi pilihan rakyat Selangor untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar? Sama-sama kita tunggu. Badi ke atau tidak itu perkara kedua. Pakatan Rakyat tidak kisah semua itu. Yang penting mereka terus kekal memerintah Selangor dan kata mereka PRK DUN Kajang adalah jalan merintis untuk ke Putrajaya. Kepala otak depa!!. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

BUKAN LAMBARAN BARU ~ ITU HARAPAN KAUM CINA PADA TAHUN KUDA

KHAMIS, 30 JANUARI 2014
TRAGEDI Lembah Bertam tahun lepas melakar sejarah hitam bagi masyarakat Cina terutama di kawasan tragedi namun mereka berharap kehadiran Tahun Kuda membuka lembaran baru hidup mereka.  Kenangan pahit dalam tragedi banjir kilat yang mengorbankan empat nyawa, merosakkan 80 buah rumah serta 100 kenderaan pada awal pagi 23 Oktober 2013 menjadikan Tahun Ular begitu malang untuk mereka.  

    
Mereka berharap kehadiran Tahun Kuda mengikut Kalendar Lunar yang bakal disambut ini akan mengikis kenangan ngeri yang pastinya terlalu sukar untuk dipadamkan dalam kenangan. Walaupun terdapat ramalan Tahun Kuda akan penuh dengan cabaran namun mereka berharap dapat mengumpul semula kekuatan untuk membina kehidupan sebagaimana kekuatan dan kegagahan seekor kuda.

Disini, IBM mengambil kesempatan mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua kaum cina di Malaysia ini. Moga tahun ini (2014), tahun Kuda lebih baik dari tahun (2013) tahun ular. Dan, kepada yang berpolitik tu, berpada-padalah. Jangan terlalu emosi, lantang hingga boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara juga sensitiviti antara kaum. Kita 1 Malaysia. Malaysia boleh. Selamat tahun baru cina!!

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

BERITA YANG MEMBUAT ANWAR BENGGANG DAN GILA HABIS DENGAN SPR!!

KHAMIS, 30 JANUARI 2014

MENJELANG PRK N25 DUN KAJANG :


Anwar  Boleh Bertanding Di Kajang Tetapi Tidak Boleh Mengundi - SPR

Ini berita yang akan membuat Anwar Ibrahim benggang habis. Beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak untuk bertanding pada pilihan raya DUN Kajang dengan menukar alamat MyKad ke mana-mana lokasi di Selangor, tetapi beliau tidak dapat mengundi, itu kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Untuk membuang undi pada pilihan raya kecil, Anwar perlu memohon kepada suruhanjaya untuk menukar alamat mengundi beliau, yang mana proses tersebut hanya boleh selesai pada Mei, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar bawah).
Katanya, walaupun proses untuk mengemaskini alamat MyKad seseorang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh dilakukan dalam masa beberapa hari, pertukaran alamat mengundi seseorang memerlukan lebih banyak masa kerana ia hanya dilakukan pada setiap suku tahun. Anwar tidak akan dapat membuang undi dalam pilihan raya kecil itu walaupun beliau memohon hari ini untuk menukar alamat mengundi di Kajang, daftar pemilih pada masa ini bagi suku pertama tahun ini hanya akan dikemaskini pada Mei, kata Abdul Aziz.
Difahamkan bahawa Ahli parlimen Permatang Pauh berusia 66 tahun itu telah memohon untuk menukar alamat MyKad kepada sebuah rumah di Country Heights, Kajang, yang dimiliki oleh saudaranya. Jurucakap JPN enggan mengesahkan perubahan alamat kediaman Anwar. Sumber berkata pemimpin pembangkang, yang dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, itu membuat permohonan untuk menukar alamat di JPN pada Isnin, hari yang sama Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan.
Menurut Perkara 53 perlembagaan negeri Selangor, mana-mana pemastautin Selangor yang berusia 21 tahun atau lebih layak untuk bertanding sebagai anggota Dewan Undangan Negeri dengan syarat dia tidak hilang kelayakannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang lain. Abdul Aziz berkata mereka yang bertanding kerusi Parlimen tidak perlu berada di kawasan pilihan raya dan hanya perlu mempunyai suatu alamat di dalam negara ini. Pencadang dan penyokong untuk kedua-dua calon kerusi Parlimen dan negeri bagaimanapun mestilah pengundi di dalam kawasan di mana calon mendaftar untuk bertanding.

Hahahaha...satu lagi episod yang menjurus kepada kemarahan Anwar dan beliau akan menuduh dan menunding jari bahawa itu semua salah BN dan SPR.  Meroyan lagi si gila pangkat ni. Grantee punya. Kalau tak percaya tunggguuuuuu!. Wasallam
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, January 29, 2014

TUN MAHATHIR BIDAS SI BODOH RAFIZI. BODOH MACAM LEMBU!!

RABU, 29 JANUARI 2014
Padan muka si Rafizi tu. Lain kali kalau nak tembak ke apa ke, tengok orang dulu. Ini bekas Perdana Menteri ko nak tembak. Silap orang le lu. Tun Mahathir makan garam dahulu dari ko. Jadi, stretagi si Rafizi yang cuba menabur fitnah dan memperlekehkan Tun tidak menjadi. Sebaliknya dia yang kena tempelak oleh Tun. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Dalam statementnya, Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika Perdana Menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada beliau jadi PM pun, kata Tun.

Jelas Tun lagi, memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah, itulah kerja depa katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. Kepada Rafizi, elok le cari cerita yang lebih berfaedah. Jangan asyik nak tembak atau fitnah orang. Ada baiknya ko jaga parti PKR ko yang sedang bergelut dengan masalah. Sebagai seorang Pengarah Strategi, carilah strategi bagaimana nak jadi Presiden PKR satu hari nanti.

Takkan selama-lamanya nak jadi baruah si Anwar tu. Memang bodoh macam lembu le ko ni. Nama je Pengarah Strategi, tapi semua strategi ko tidak berjaya. Ada juga manusia seperti si Rafizi dalam dunia ni ye. Hehehehehe. Wasallahm.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MASIH ADA YANG SAYANG KAT KHALID GAGAP NI RUPANYA. TAK CAYA??

RABU, 29 JANUARI 2014
BANYAK peminat rupanya si Khalid gagap  ni.  Kalau korang baca paper The Star edisi hari Selasa yang lepas, satu undian telah dibuat terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tentang popularity beliau di negeri Selangor dan cara beliau mengendali negeri Selangor sejak dari tahun 2008. Walaupun desas-desus yang beliau akan ditendang keluar dan didesak untuk berundur dari menjadi Menteri Besar, namun apabila undian itu dibuat Khalid terus mendapat tempat dihati rakyat Selangor dan peminat-peminatnya. Apa ilmu yang si gagap ni pakai ye?

Wajah-wajah penyamun terbus di Selangor (berebut jawatan):
Yang Mana Satu Pilihan Rakyat Selangor?

Jesteru, pelbagai pihak masih mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa. Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan. Khalid telah mentadbir dengan baik, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh pemimpin di negara ini. Maka, beliau perlu terus menjadi menteri besar walaupun terdapat gesaan daripada pengkritiknya, kata salah seorang pengundi dan ahli tegar PKR. Kata Seorang lagi peminat, Abdul Khalid merupakan seorang yang memahami masalah ekonomi dan lebih baik dari orang lain.

Berintegriti, jika orang Selangor tidak mahu beliau sebagai menteri besar, kami orang Terengganu mempelawa Abdul Khalid dengan tangan terbuka untuk menjadi menteri besar, katanya. Manakala, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi. Ahmad Rasydan dari Kerteh Terengganu berkata, Rafizi merupakan rakan sekolahnya dan beliau adalah calon terbaik untuk menjadi menteri besar Selangor. Walaupun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak tepat tetapi kesalahan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh pemimpin lain. 
Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi. Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan. Anwar mesti benggang habis bila baca  laporan The Star yang dia not wanted oleh rakyat Selangor. Tapi, dik kerana muka tebal, IBM rasa dia akan teruskan juga niatnya untuk menjadi MB Selangor. 
Disamping itu, rupa-rupanya masih ada yang sayang kat si Khalid gagap ni ye. Nampaknya, senario politik Pakatan Rakyat di Selangor ini, terutamanya PKR semakin Complicated dan meruncing. Pening kepala DYMM Sultan Selangor memikirkannya nanti. Apapun, kita tunggu dan lihat saja lah. Yang penting, kita bersedia bagi menghadapi PRK DUN Kajang dan pastikan Anwar tidak menang. Masalah kemelut dalaman parti depa, jangan kita nak sibuk-sibuk.  Menang atau tidak di Kajang nanti, fokus kita yang sebenarnya ialah PRU ke-14. Kita rampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat. Kerana, BN boleh!!. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

'AWAN KUDA' MUNCUL DI KOTA KINABALU?

RABU, 29 JANUARI 2014
Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara. Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda. Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.


Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang. Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.

Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut. Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan. Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda. Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.

Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.
- sumber ~  Hangit blog. Terima kasih
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PKR PANAS BUNTUT. PAS BERI AMARAN JANGAN 'SENTUH' KERUSI MB SELANGOR!!


RABU, 29 JANUARI 2014
PKR kini panas buntut. Cita-cita mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau memenangi Pilihanraya Kecil  (PRK) DUN Kajang yang akan diadakan nanti ditentang mati-matian oleh parti PAS. Begitu juga dengan Pemuda PAS yang mengancam untuk memboikot semasa berkempen nanti. Nampaknya krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor begitu meruncing sekali. Mereka sudah hilang pertimbangan dan tidak lagi menghormati sesama sendiri, tiada lagi sepakatan seperti apa yang mereka beritahu rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti gabungan yang membela rakyat. Tapi,  semuanya itu bohong semata-mata. 

Dengan itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar. Menurut Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman (gambar) berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor. Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

Katanya lagi, PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN. Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secara tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Selang beberapa hari (semalam) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari. Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14. Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur. Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja, katanya. Sekiranya PKR meneruskan hasratnya melantik calonnya mereka untuk menjadi Menteri Besar Selangor, PAS tidak teragak-agak menentang dan juga akan menghantar calonnya bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor dan tidak akan memberi laluan mudah pada Anwar Ibrahim. Itu amaran keras dari PAS. 
Kepada rakyat dan pengundi di Kajang, ambilah aktibar bahawa korang semua di tipu hidup-hidup oleh parti Pakatan Rakyat yang kononnya sebuah parti yang membela nasib rakyat. Tapi, itu hanya dusta. Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat. Pemimpin-pemimpin pakatan rakyat hanya mementingkan diri mereka sendiri. Mereka berpolitik semata-mata untuk menjaga periuk nasi mereka sahaja, bukan untuk rakyat. Oleh itu, berfikirlah masak-masak, gunakan akal yang ada dan jangan salah undi semasa nak mengundi nanti. Ingat, jangan pisang berbuah dua kali. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, January 28, 2014

SPEKULASI KE ATAU TIDAK, MEMANG ITULAH YANG ANWAR HENDAK. TETAP MAHU JADI MB SELANGOR

SELASA, 28 JANUARI 2014
WALAU apa pun alasan yang diberi oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim samada semuanya itu adalah spekulasi, itu adalah wajah Anwar yang sebenarnya. Kalau tak berbohong atau putar-belit bukan Anwar Ibrahim namanya. Sekarang sudah jelas. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim@Khalid gagap telah pun mengumumkan bahawa calon pilihan raya kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Jadi, mana yang dikatakan itu hanya spekulasi? dan apa pula motif dan tujuan PKR meletak Anwar sebagai calon mereka?

Apabila ditanya oleh pemberita hari ini (Selasa) setelah nama beliau  diumumkan sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang , Anwar menolak dakwaan ia adalah untuk memberi laluan kepadanya menjadi menteri besar Selangor kemudian. Beliau yang akan bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perkara itu hanyalah spekulasi dan pada masa kini hanya akan memberi tumpuan untuk menang di Kajang. Isu untuk (jadi MB) hanya spekulasi. Kita nak tumpu menang pilihan raya. Harapan beliau kalau boleh bila kerusi itu adalah kerusi untuk Pakatan Rakyat jangan ada pembaziran untuk belanja pilihan raya dan bagi ruang untuk kita uruskan kerja mereka, katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Anwar berkata demikian selepas namanya diumumkan sebagai calon bagi DUN Kajang yang dikosongkan oleh penyandang sekarang Lee Chin Cheh semalam tanpa sebab. Pengumuman mengenai keputusan untuk meletakkan Anwar bertanding di kerusi DUN berkenaan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media yang sama. Anwar berkata, Abdul Khalid akan menjalankan tugasnya sebagai menteri besar Selangor sepertimana biasa. Jelas Anwar lagi, beliau membuat keputusan untuk bertanding selepas namanya dicadangkan dan dipersetujui dalam perbincangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. 
Apapun, itu perihal dan masalah dalaman PKR. Bagi kita, siapa pun calon yang PKR letak untuk bertanding di DUN Kajang, tidak menjadi masalah. Kita tetap akan meletakkan calon kita yang berwibawa. Pastikan kita kerja kuat untuk mempastikan calon kita menang dan sekali gus mengaggalkan cita Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Setelah cubaan demi cubaan gagal untuk menjadi Perdana Menteri, kini Anwar beralih pula pada jawatan Menteri Besar. Jadilah, katanya. Itulah fahaman Anwar yang berpolitik songsang semata-mata kerana nafsu, dan ingin membalas dendam. Kini semuanya sudah terjawab. Ayuh rakan-rakan seperjuangan, bersiap-sedialah kita bagi menghadapi PRK DUN Kajang ini.
Dengar cerita, angkatan muda Pas (pemuda) tidak akan menyertai PRK kali ini. Betul ke ni? kenapa dan mengapa pula jadi lagu tu. Rojak..rojak...memang dah jadi rojak Pakatan Rakyat Selangor ni. Bila le mereka nak bungkus untuk selama-lamanya? Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

'PELAN DAMAI' ANWAR PERLU DITOLAK. ITU HANYA SANDIWARA.....

SELASA, 28 JANUARI 2014
SEMALAM berita di TV, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjelaskan bahawa  beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama Jemaah Menteri. Perdana Menteri berkata yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Tapi, ramai pemerhati dan pengamal politik diluar sana menyuarakan perkara yang berbeza. Rata-rata ramai yang menentang dan memberi amaran supaya kerajaan BN berhati-hati kerana itu adalah sandiwara dari Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal Anwar Ibrahim yang mempunyai banyak watak. Salah satu watak yang sudah menjadi darah dagingnya ialah penipu. 

Maka, kerajaan perlu menolak dengan tegas pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang soal permuafakatan nasional. Ini disuarakan oleh bekas sahabat karib Anwar yang dulu amat berpengaruh dalam parti PKR yang kini menjadi Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor (gambar). katanya, Anwar sendiri sebenarnya sudah bankrap idea dalam berpolitik dan atas sebab itu beliau secara tiba-tiba membangkitkan soal permuafakatan nasional bagi meraih perhatian. Anwar memang sudah bankrap dari segi moral dan politik tetapi dia masih hidup kerana kita sendiri lemah dan lembab dalam bertindak, kata Ezam menerusi laman Twitternya hari ini. Pada Ahad lalu, Anwar menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan kononnya demi kepentingan rakyat.

Persoalan yang sama IBM ajukan pada entri IBM yang lepas. Ramai yang bersependapat dengan IBM. Kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru Anwar inginkan 'pelan damai' sedangkan beliau telah banyak menyusahkan rakyat dan memburuk-burukan pentadbiran kerajaan yang sedia ada semata-mata pakatan rakyat tewas di dalam PRU ke-13 yang lepas sekali gus melenyapkan impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau apa yang IBM kata ini salah, harap maaf kerana bukan IBM sahaja yang berkata demekian malah ramai lagi termasulah YB Senator Ezam Mohd Noor sendiri. Ini masalah negara, maruah bangsa dan agama. Damai  seperti mana yang Anwar mahukan? Tuhan dan Anwar sahaja yang tahu......Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Monday, January 27, 2014

SESUAIKAN DIRI JIKA MAHU KEKAL RELEVAN, KATA PM

ISNIN, 27 JANUARI 2014
Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa untuk kekal relevan di mata rakyat. Beliau mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini, Isnin ketika merujuk kepada pautan satu berita Bernama semalam. Dalam laporan berita itu, Najib dipetik sebagai berkata Umno perlu bijak meneliti perubahan demografi serta melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya. Ia bertujuan mengelakkan parti itu daripada ditolak masyarakat bandar dan dilihat hanya sebagai sebuah parti untuk orang luar bandar.


Kepada pemimpin-pemimpin Umno diluar sana tu, dengarlah nasihat daripada Presiden kita ini. Jangan hanya pandai berpolitiking. Rakyat sekarang sudah matang.  Mereka tahu menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Silap langkah, kita akan dihukum pada PRU ke-14 yang akan datang. Oleh itu, jangan leka dan tidur lagi kerana rakyat akan menghukum kita sekiranya kita masih lagi tidak pandai mengambil hati mereka dan menyesuaikan diri seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib itu. 

Untuk itu, marilah kita sama-sama membawa parti Umno, parti keramat ini ketahap yang lebih tinggi sekali gus meneruskan perjuangan yang masih belum selesai dan sama-sama kita buktikan bahawa parti Umno ini masih relevan dan akan terus membela nasib rakyat. Ingat, kalau kita masih menabik dada, tidak turun padang, padah akan menanti kita. Fikir-fikirkanlah. Ini bukan satu amaran, tapi ianya sebagai azimat buat kita untuk menyakinkan rakyat agar mereka akan terus menyokong kita, iaitu parti Umno. Tidak ada lagi istilah bahawa Umno itu 'kebal'. Itu cerita lama.....cerita dulu-dulu.....Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERSEBAR LUAS ANWAR AKAN JADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU? BIAR BETULLL!

ISNIN, 27 JANUARI 2014
WALAUPUN belum ada kesohehan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, cerita hangat dan menarik ini sudah tersebar luas di merata negeri.  Dan seperti biasa, Anwar dengan penafiannya, kata itu hanya "spekulasi". Itu jawapan bersahaja dari Anwar ketika ditemui hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada  pagi ini (Isnin). Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media. Beliau bertemu dengan (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa mereka bertemu samada di pejabat atau di rumah, kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.

Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja. Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar. "Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.
Sebelum itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini. Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini. Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar. Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.
Kononnya, Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad. Kalau perkara ini betul-betul jadi, maka tak salahlah kalau kita cop si Anwar ini gila jawatan. Tak dapat jadi Perdana Menteri (PM), jadi Menteri Besar (MB) pun tak apalah. Asalkan krier politik jahatnya berterusan. Dan....apa jadi dengan si Azmin pulak? tidakkah beliau rasa kecewa kerana beliau juga ada bercita-cita nak jadi Menteri Besar Selangor? Rojak...memang rojak PKR Selangor ni........
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"