Pages

Thursday, July 31, 2014

GEMPAR!! DALAM DAPIG PUN ADA YANG TAK SETUJU AZIZAH JADI MB SELANGOR...DAP APA CERITA?

KHAMIS, 31 JULAI 2014

KEMELUT DALAM PAKATAN BERTERUSAN....
SEDANG DAPig menyuarakan rasa marahnya apabila Khalid Ibrahim masih berdegil tidak akan melepaskan jawatan Menteri Besar, rupa-rupanya ada juga di kalangan pemimpin atasan DAP yang tidak bersetuju Wan Azizah bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Nak tahu siapa? Tu..tu..gambar yang kat atas tu. Pemimpin Melayu DAP yang terakhir kot. Apabila pemimpin-pemimpin DAP menyatakan sokongan sebulat suara ke atas rancangan PKR melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, tiba-tiba ada pulak suara pemimpin DAP yang tidak setuju. 

Perkara ini dapat di korek oleh Berita Harian apabila Naib Pengerusi DAP, Senator Ariffin Omar (Gambar atas) yang tidak bersetuju dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai usaha yang tidak masuk akal. Ini, katanya, kepentingan rakyat harus dititik berakkan dalam pelantikan mana-mana individu bagi mengisi jawatan itu. Walaupun ia adalah pandangan peribadinya, tapi ianya mempunyai makna yang mendalam dan kita boleh ambil kira bahawa tidak ada sepakatan langsung dalam DAP dan Pakatan yang kini semakin bergolak dan terus bergolak.

Adakah pandangan peribadi Senator Ariffin ini akan di ambil serius oleh Pemimpin atasan DAP dan Senator Ariffin akan di panggil atau dipecat dari parti DAP? Sama-sama kita tunggu kerana kemelut dalam Pakatan ini akan menghancurkan mereka sendiri dan dan berharap dik kerana persengketaan yang dimulakan sendiri oleh Anwar Ibrahim menjurus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana kemungkinan Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN Selangor jika diperkenankan oleh Duli Sultan Selangor. Apabila ini berlaku, IBM rasa, Khalid lah orang yang amat-amat berasa lega dan Anwarlah orang yang akan terus berduka-lara kerana 'Langkah Kajang'nya gagal dan terus gagal. Wasallam ~ IBM

Wednesday, July 30, 2014

PKR PENCIPTA BUDAYA 'RAMPASAN KUASA'?

RABU, 30 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR...
Walaupun dikecam selepas mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Terbaharu Mohd Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini. Menurut Mohd Zuhdi, sekali kita mencipta budaya baharu...turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat. Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. 

Bayangkan jika ini berterusan, kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik, katanya menerusi akaun Facebook nya hari ini, Rabu. Maka, tidak keterlaluanlah jika kita selar Anwar adalah "Bapak Rampasan Kuasa" yang ingin menjadi Perdana Menteri, tapi, kesian Nuar...cita-citanya tak kesampaian hinggakah ke hari ini. Dan...sampailah dia masuk dan jadi penghuni Penjara Sungai Buloh. Bagi pandangan IBM, Pegawai-pegawai dan ahli PAS patut sedar dan menerima cadangan dari Mohd Zuhdi kerana inilah masanya PAS mengorak langkah keluar dari Pakatan kerana selama ini PAS hanya di peralatkan oleh rakan kongsi mereka, PKR dan DAPig. Perjuangan PAS bersama Pakatan tidak dihargai oleh rakan-rakan mereka. Jadi, apa tunggu lagi. Belah sahajalah. Wasallam ~ IBM

ANWAR SEMAKIN TERDESAK. DIA TAHU PAKATAN AKAN BERPECAH. BYE..BYE ANWAR!

RABU, 30 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR...
DISEBALIK dia mendesak supaya Khalid Ibrahim melepaskan jawatan MB Selangor, kini dilihat Anwar pulak yang terdesak. Dik kerana krisis MB Selangor yang semakin hangat di perkatakan, dan belum ada penghujungnya, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah. Mereka kini sudah tidak mempercayai satu sama lain. DAPig tuduh PAS, PKR juga menuduh PAS, maka, demi maruah PAS yang sudah lama tercemar semasa bersama PR, berkemungkinan PAS akan keluar dari Pakatan. Apatah lagi terdapat pencanggahan dan berlainan pendapat di dalam PAS. Jika ini berterusan, berkemungkinan PAS juga kan pecah dua. 

Di pihak Anwar pula, beliau merasakan segala apa yang di suarakan oleh Presiden PAS  , Hj Hadi Awang baru-baru akan sokongan beliau terhadap Khalid Ibrahim, Anwar menggangap itu adalah perkara kecil. Katanya dia kenal siapa Hj Hadi yang komitmen begitu tinggi pada Pakatan Rakyat. Tapi, hakikat yang sebenarnya, Anwar sudah mula cuak, bimbang dan terdesak kerana Pakatan akan berpecah akhirnya. Maka, cita-cita beliau untuk mempertabatkan isteri beliau untuk menjadi MB Selangor akan berkecai. Penolakkan cadangan PKR untuk Khalid Ibrahim digantikan sebagai MB Selangor juga ditentang habis-habisan oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Jadi, mana yang dikatakan salah faham oleh Anwar baru-baru ini. Itu semua semata-mata nak tutup kelemahan beliau yang mana bunga-bunga untuk PAS menuntut 'cerai' kepada Pakatan sudah terserlah. Maka, berakhirlah 'talian hayat' Anwar dan bersiap siagalah wahai Anwar kerna Penjara SGgbuloh sedang menunggu mu. Berihatlah kamu di sana. Insyallah politik di Selangor dan negara akan aman damai tanpa kelibat mu. Kamulah punca segala-galanya yang membuat negara huru-hara demi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Tapi...sayang, tuhan tak izinkan. Maaf jugalah kerana cita-cita mu untuk menjadikan isteri mu Wan Azizah sebagai MB Selangor tidak akan kesampian. Angan-angan 'Mat Jening' le kamu wahai sang 'pembohong' no 1 negara. Wasallam ~ IBM

Tuesday, July 29, 2014

SIAPA MAT TAIB NI YANG SANGGAH HJ HADI?

SELASA, 29 JULAI 2014

KEMELUT DALAM PR BERTERUSAN...
BARU setahun jagung masuk PAS dah pandai nak sanggah orang. Ko ti siapa? Kena reject dalam UMNO, kini cuba melalak dalam PAS pulak. Ada sesiapa dalam PAS yang nak dengar suara bekas pemimpin UMNO yang kena reject ni? Ehmmmm..tak ada kot. Kalau nak di kata pengkhianat, Si Mat Taib ni lah sebenar-benarnya pengkhianat. Pengkhianat Parti, bangsa dan negara. Segala kekayaan di kaut semasa dalam UMNO. Kini UMNO pulak dijadikan musuh. Puiii!

Keputusan yang diambil oleh Hj Hadi menolak cadangan PKR untuk Khalid digantikan dengan Presiden PKR Wan Azizah adalah tepat dan muktamat. Keputusan untuk menjadi Wan Azizah menjadi MB Selangor yang baru adalah keputusan Anwar dan PKR. Jadi, tidak salah jika Hj Hadi dan PAS menolak. Maka, kepada Mat Taib, ko duduk diam-diam kerana suara ko tak laku. Ada Faham? Wasallam ~ IBM

MESEJ PAS BOCOR??

SELASA, 29 JULAI 2014
MANA silapnya? Satu paparan skrin aplikasi mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Portal Pro Pembangkang, MalaysiaKini melaporkan bahawa Mohd Zuhdi seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat. Bagi IBM itu satu usaha yang amat bagus demi untuk menyelamatkan negeri Selangor daripada konflik dan isu MB yang belum nampak ada tanda-tanda ianya akan reda. Tahniah kepada Mohd Zuhdi dari PAS yang mengsyorkan idea tersebut. Moga ianya berjaya, insyallah.

Tapi....bagaimana dan siapakah yang membocorkan mesej (WhatApps) tersebut. Adakah dari ahli-ahli PAS itu sendiri?  Susah nak membuat tuduhan. Memanglah nak buat kebaikan bukannya senang, ada sahaja yang menentang. Wasallam ~ IBM

Monday, July 28, 2014

KAKI BODEK INDIA SEKO NI KATA PENCALONAN WAN AZIZAH SAH. CARI MAKAN BEB!

ISNIN, 28 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....
BAGI seorang kaki bodek yang dah tak ada kerja lain dan ingin mendapatkan sesuatu, memanglah apa yang dibuat oleh bossnya semuanya betul. Walaupun tiada dalam perlembagaan parti, baginya semua betul. Apa yang di laporkan oleh Antarapos ini jelas menunjukkan kemelut dan pertelengkahan dalam Pakatan begitu meruncing dan di khabarkan ada diantara rakan kongsinya akan keluar dari Pakatan.Tapi, kaki bodek ini mempunyai cerita yang lain bagi mempertahankan bossnya.
KERATAN DARI ANTARAPOS :
TAK DAPAT JADI PM ISTERI JADI MB PUN JADILAH - ANWAR
Bayangkan keputusan pemilihan PKR masih lagi belum selesai dn diumumkan lagi, mereka dah berkira-kira dan membuat keputusan mencalonkan Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor bagi mengantikan Khalid gagap. Tapi, sumber menyatakan, Khalid tetap tidak akan melepaskan jawatan MB tersebut sehingga PRU akan datang. Itu satu perjanjian dan janji beliau sendiri. Namun, team Anwar masih mahu menggugurkan Khalid. Bagi Khalid, beliau cuma ada satu pilihan bagi mengaggalkan cita-cita Anwar untuk melantik Isterinya menjadi MB Selangor. Bubarkan DUN Selangor.

Adakah Khalid akan berbuat demekian? Sama-sama kita tunggu dan adakah si India kaki bodek ini akan mengeluarkan fakta yang lain pula demi untuk menyelamatkan bossnya, Anwar dan Wan Azizah. Kita tungguuuuuuu. Wasallam ~ IBM

CUBA TEKA. PADA SIAPA AZMIN TUJUKAN TWEETNYA INI...?

ISNIN, 28 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....
Salam dan salam Aidilfitri kepada semua. Ini bukan nak cari salah sesiapa, tapi cukup sekadar kita kongsikan bersama dan kita fikirkan bersama bahawa kemelut jawatan MB Selangor sudah sampai ke kemuncaknya. Kini sudah terserlah demi politik, demi pangkat, yang dahulunya kawan, kini sudah jadi lawan. Dulu dalam kem A, kini beralih ke kem B. Itulah perkembangan politik di Selangor ini. Sepatutnya kita menyambut hari lambaran ini penuh dengan kegembiraan dan ketenangan, tidak seperti saudara kita di Gaza yang  nyawa mereka setiap detik di ancam dan diambang maut.

Tapi, di Selangor ini ianya menjadi hura-hara dik kerana berebut jawatan dan asyik 'berpolitiking', kerja dan janji pada rakyat di abaikan. Pendekkan cerita, seperti yang IBM paparkan di atas. Agak-agak korang semua le pada siapa si Azmin ingin tujukan 'tweet'nya itu? Atau melepaskan geram kerana peluangnya untk menjadi MB Selangor yang baru agak tipis. Hahaha...memang Pakatan di Selangor ini sudah tongang-langgang. Menunggu masa untuk lingkup dan tutup kedai. Besar kemungkinan ada rakan kongsi mereka kan keluar dari Pakatan. Tunggu sajalah. Wasallam ~ IBM

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H

AHAD, 27 JULAI 2014

ASSALAMUALIKUM SEMUA.

DISINI IBM ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca dan pengemar Blog. IBM menyusun jari 10 mohon ampun dan maaf sekiranya selama ini IBM terlanjur kata, terkasar bahasa di dalam penulisan di Blog IBM. Al-maklumlah IBM manusia biasa tidak lari dari membuat kesilapan. Kesempatan ini juga IBM mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan dan sokongan kalian kepada Blog IBM. Teruskan membaca dan berilah komen demi untuk memperbaiki lagi penulisan IBM kerana IBM masih lagi belajar dan terus belajar demi untuk menjadi seorang blogger yang berjaya.

Sekian. Kita jumpa kembali pada hari raya kedua kerana IBM ingin berihat sebentar kerana dah penat menulis dan ingin bersama-sama keluarga IBM di Kampung. Wasallam. Ikhlas dari saya : IBM 

Saturday, July 26, 2014

MESEJ DARI ZAHID UNTUK AMBIGA : " NEGARA KU" TAK BOLEH DIDAFTAR. ADA FAHAM?

SABTU, 26 JULAI 2014
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberitahu tiada sebarang permohonan daripada Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Justeru, Menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Negara-Ku adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.   "Oleh yang demikian, JPPM menegaskan bahawa ia adalah sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KDN hari ini.  Negara-Ku dilancarkan baru-baru ini lalu diketuai aktivis Zaid Kamaruddin sebagai usaha memulihkan Malaysia‎ dan memberi harapan susulan daripada beberapa insiden mengugat keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan Datuk A. Samad Said dilantik sebagai penaung manakala Zaid merupakan naib presiden pertubuhan Islam, Ikram. Terdapat 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Negara-Ku yang mensasarkan ‎menggerakkan kembali dan memperkasakan pengetahuan rakyat mengenai asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara. Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa mana-mana pertubuhan yang ingin menjalankan kegiatan mengikut undang-undang perlu didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Malah bukan itu sahaja, ujar beliau penggunaan nama Negara-Ku adalah tidak bersesuaian kerana ia adalah hak milik negara Malaysia dan bimbang akan mengundang kekeliruan. "Ini kerana Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.  "Ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ianya tidak wajar didaftarkan," katanya.

P/S  ~ Apa tujuan si Ambiga ni nak tubuh "Negara-Ku"? Jawapanya senang sahaja. Nak memporak-perandakan negara dan mengheret rakyat ke jalanan bagi memenuhui nafsu politk jahat mereka sekali gus untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada. Memang jahat dan bahaya tujuan penubuhan tersebut. Hati-hati supaya kita rakyat tidak keliru dan masuk perangkap mereka. Kata perpatah, 'Kesal dahulu pandapatan, kesal kemudian tak ada gunanya. Ibarat "nasi nasi dah jadi bubur'. fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

ISU MB SELANGOR : SIAPA YANG TERTEKAN, ANWAR ATAU KHALID IBRAHIM??

SABTU, 26 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR..
MARI kita renung-renungkan siapa diantara kedua-kedua pemimpin PKR ini yang tertekan di dalam isu dan kemelut jawatan Menteri Besar yang Baharu? Anwar atau pun Khalid?  Kalau kita baca seperti apa yang dilaporkan oleh portal Antarapos di bawah ini, jelas menunjukkan bahawa Tan Seri Khalid terus mendapat sokongan yang padu dari rakan kongsinya, iaitu PAS. Pemimpin-pemimpin PAS negeri menyokong penderian Presidenya supaya Khalid terus kekal menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Dari situ kita dapat lihat bahawa cita-cita Anwar untuk mengangkat atau menjulang isterinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru tidak mendapat tempat di kalangan rakan kongsinya dalam Pakatan. Cuma DAPig sahaja yang kononnya begitu kecewa kepada Khalid yang tak mahu berundur sekali gus melepaskan jawatan Menteri Besar. Namun, DAP tidak berbuat apa-apa hanya melalak di dalam portal pro mereka.

Oleh itu,  Anwar harus mengambil iktibar, bukan semua yang telah beliau rancangkan beroleh kejayaan dan bukan semua langkah yang beliau aturkan seperti "langkah Kajang' akan berjaya. Segala kehendak peribadinya selama ini tidak direstui oleh rakyat dan juga Allah SWT. Maka, wahai Anwar, cepat-cepatlah kamu bertaubat. Jangan kamu memperalatkan isteri kamu yang terang-terang kamu gunakan sebagai 'papet' gara-gara kerana kerenah dan 'nafsu' politik kamu dan agenda tersirat kamu yang mana telah banyak memporak-perandakan negara dan rakyat jelata.

Apabila cita-cita kamu untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampian, satu negara kecoh kau buat. Kamu ajak rakyat ke jalanan untuk berdemo. Kamu salahkan SPR bila kamu tewas. Tapi, kali ini adalah penghujung 'talian hayat' mu kerana penjara Sungai Buloh sedang menanti mu. Berbalik kepada isu Menteri Besar Selangor yang hangat di perkatakan sekarang ini, memang ianya amat-amat meloyakan. Setiap hari dipaparkan di Portal-portal tempatan, surat-surat khabar dan juga blog-blog tentang masalah dan kemelut jawatan Menteri Bear ini. Sampai bila isu ini akan selesai?

Kalau amat-amati betul-betul dan kita lihat suasananya sekarang ini, memang ada pihak yang begitu konfiden bahwa pihaknya akan berjaya dan Khalid akan akur serta tunduk kepada kehendak mereka. Tapi, bagi pihak Khalid pulak, dia merasakan bahawa dia juga berhak mempertahankan jawatan tersebut yang telah beliau sandang selama dua penggal. Kesimpulnya, siapa yang tertekan sekarang ini? Anwar atau Khalid Ibrahim? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

MH17 : WHITE HOUSE DAKWA PUTIN, RUSSIA 'BERSALAH'

SABTU, 26 JULAI 2014

TRAGEDI NAHAS MH17..
WASHINGTON : Jurucakap White House Josh Earnest semalam mendakwa Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine. Malah beliau juga mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.    Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh, mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine. "Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di White House.

"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya. Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House. "Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu kenyataan. "Presiden Poroshenko juga memaklumkan Naib Presiden bahawa Rusia terus membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di sebelah sempadan Rusia," katanya.

Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak bertanggungjawab di Ukraine."

P/S ~  Jangan cakap banyaklah USA. Tunjukan bukti, jangan asyik nak menunding jari pada orang lain. Bagaimana dengan kehilangan MH370? ada sumber mengatakan bahawa dalangnya ialah CIA...sungguh licik Amerika Syarikat ni. Ibarat 'baling batu sembunyi tangan'. Ohhhh..bahaya, banyak bahaya. Sendiri fikirlah....Wasallam ~ IBM

DAPIG BENGGANG HABIS DAN HILANG SABAR PADA KHALID GAGAP. HAHA..APA PUNYA 'FUCKATAN DAH'!

SABTU, 26 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR :
PUNYA lah marahnya DAP pada si Khalid gagap ni dan mereka sedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon Menteri Besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mengikut sumber dari portal pro pembangkang itu sendiri, Malaysiakini, DAP Selangor telah sampai ke satu peringkat di mana mereka terlalu kecewa dengan kepimpinan Khalid di mana mereka tidak lagi membezakan sama ada untuk memilih Wan Azizah atau pemimpin PKR lain yang dikatakan mahu kepada jawatan itu, termasuk Azmin Ali. Mereka (DAP) sampai kepada satu peringkat di mana mereka tidak lagi boleh berkomunikasi lagi dengan MB, kata pemimpin kanan DAP peringkat bahagian kepada Malaysiakini semalam.

Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang berbeza sebagai satu masalah. Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya. Kesimpulan yang boleh IBM kongsikan bersama-sama para pembaca sekalian, DAPig tidak dapat 'habuan' seperti yang mereka rancangkan atau dijanjikan oleh si Khalid gagap. Ditambah pulak dengan racun oleh Anwar Brahim, maka DAPig terus naik berang dan hilang sabar. Itu sahaja. Tak sabar nak tengok 'Fuckatan' hancusss!. Wasallam ~ IBM

Friday, July 25, 2014

RISIKAN OLEH SELANGORKINI : 80% RAKYAT SELANGOR MAHU KHALID KEKAL MB. TOLAK WAN AZIZAH..CAMPAK NUAR KE SG BULOH!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..

LAMAN Portal Selangorkini telah memberi isyarat kepada 'Parti Kelentung Rakyat' (PKR) bahawa rakyat Selangor masih kekal memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim@Khalid gagap selaku Menteri Besar Selangor. Menerusi undian di poll.pollcode.com, setakat malam semalam. Khalid dikatakan mendapat undian yang paling tinggi sebanyak 81 peratus (4,216). Jumlah itu sekaligus mengatasi dua pemimpin yang diletakkan sebagai pesaing Khalid iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 10% (505 undi) dan Azmin Ali sebanyak 2% (97 undi).

Manakala baki 7% (348 undi) pula memilih agar Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) dibubarkan. Khalid yang telah memimpin Kerajaan Negeri selam dua penggal dilaporkan terus mendapat sokongan rakyat berdasdarkan kecemerlangannya dalam mempertahankan Kerajaan Negeri di samping bersifat terbuka dalam mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Pusat. Dengan laporan ini, menambahkan lagi duka-lara dari kem disebelah sana, iaitu kem Anwar Ibrahim yang terlalu dahagakan jawatan Menteri Besar untuk isteri beliau, Wan Azizah. Anwar terus menanggis tak berlagu. Wasallam ~ IBM

PANAS TELINGA NUAR BILA DENGAR HADI AWANG KEKAL DAN KONSISTEN SOKONG KHALID!!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. Beliau telah pun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya beliau dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila hari ini, Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.


DEMI POLITIK SONGSANGNYA, ANWAR MERAYU ISTERINYA UNTUK JADI MB

Walaupun sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. Bagi Hj Hadi, itu bukan keputusan dalam Pakatan, cuma PKR sahaja yang merancang. Jadi, belum pasti Wan Azizah akan dilantik sebagai MB Selangor yang baru bagi mengantikan Khalid. Lagi pun, pihak Istana belum pasti samada menerima Wan Azizah atau tidak.

Maka, menanah le air mata Nuar bila mendengar perkhabaran yang tidak berpihak kepadanya. Apatah lagi, anggatan Pemuda PAS juga telah membuat keputusan untuk menyokong Khalid untuk terua menerajui negeri Selangor. Kalau ini berterusan, nampak nya 'Langkah Kajang' Anwar sekali lagi tidak menjadi. Nak jadi Perdana Menteri (PM) tidak kesampaian, kini, nak letak isterinya pula jadi MB Selangor. Nampaknya 'berputih mata' le si Nuar ni. Hidup Nuar terus di landa kegagalan dan akan terus gagal sampai dunia kiamat. Nasib Nuar lebih 'malang' daripada al-kisah 'Lebai malang'. Wasallam ~ IBM

TERKINI! BEBERAPA KAWASAN DILEBUHRAYA UTARA-SELATAN MULAI SESAK

JUMAAT, 25 JULAI 2014

TRADESI BALIK KAMPUNG..
Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai dilaporkan sesak di beberapa kawasan tengah hari Jumaat. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik menghala ke utara dilaporkan bergerak perlahan dari Gopeng menuju Simpang Pulai akibat lori terbakar di kilometer 294.4 dan dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

Bagi hala selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Sedenak menuju ke Pulai Jaya akibat satu kemalangan di kilometer 32.6, katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. Sementara itu, bagi laluan ke Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia pula berkata trafik mulai bertambah di Plaza Tol Gombak, tetapi masih lagi terkawal. “Sedikit kesesakan berlaku di Plaza Tol Jabur di laluan lorong tunai,” katanya.

Oleh itu, eloklah kita merancang perjalanan kita untuk balik Kampung dengan betul dan tepat. Dan, pastikan anda mendapat rehat secukup-cukupnya. Moga anda selamat sampai ke distinasi yang dituju dengan selamat. IBM mungkin balik ke Kampung pada malam Raya. Kampung IBM dekat je. OK. Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin. Kosong-kosong kita ye. Wasallam ~ IBM

PM MOHON MAAF KERANA JASAD MH17 MUNGKIN TIDAK DAPAT DIBAWA BALIK SEBELUM AIDILFITRI

JUMAAT, 25 JULAI 2014

TRAGEDI NAHAS MH17..
MAAFKAN saya. Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda ke Malaysia, Harry Molenaar semalam. Dalam nahas membabitkan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban selepas ia ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab pada 17 Julai lalu. 

Namun, sesetengah pewaris mangsa nahas tersebut menyuarakan rasa puas hati di atas komitmen PM menyelesaikan masalah tersebut dan tidak berkecil hati sekiranya jenazah mangsa-mangsa MH17 tidak dapat dibawa pulang sebelum Aidilfitri. Mereka memahami masalah yang timbul. Bukannya  kerja mudah untuk mengenali mayat-mayat yang terkorban. Maka, sudah mesti mengambil masa untuk di kenali pasti. Luahan keluarga mangsa boleh di baca dalam Harian Metro keluaran hari ini. Wasallam dan salam Jumaat, penghulun segala hari. ~ IBM

KHALID GAGAP CABAR ADUN SELANGOR KEMUKA UNDI TIDAK PERCAYA. NAMUN, BERUNDUR TIDAK SEKALI!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

ISU MB  : KEMELUT DALAM PAKATAN BERTERUSAN..
Tanpa rasa tertekan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu beliau berundur. Menteri Besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. Memang boleh, dan Khalidr rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau ADUN secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan, kata Khalid semasa ditemui di Kajang hari ini. 
Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut. Untuk menyingkirkannya, Khalid berkata beberapa proses perlu dilalui serta mengingatkan pemimpin PR negeri bahawa lantikkan  beliau dibuat oleh Sultan Selangor. Ada sesiapa dalam PR berani buat usul ke dalam Dewan? Sila-silakan, kata Khalid. Nampaknya habislah berpapan-papan panadol di makan oleh Nuar Brahim. Dah tentu Nuar buntu dan pening kepala, berfikir dan mencari jalan macm mana nak singkir si Khalid gagap ni. Drama dalam Pakatan ini akan terus bersambung. Bilakah ianya akan berakhir? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

LIVERPOOL MAHU SEKAT UNITED DAPATKAN VIDAL, TAWAR 42.5 JUTA POUND

JUMAAT, 25 JULAI 2014

SEMBANG-SEMBANG BOLA..
LIVERPOOL berharap untuk menyekat langkah Manchester United bagi mendapatkan bintang Juventus, Arturo Vidal dengan tawaran £42.5 juta  mereka untuk pemain tersebut. United telah menjadikan Vidal sebagai sasaran utama pemindahan dan laporan hari ini mencadangkan bahawa kelab itu yakin mampu mendapatkan khidmat pemain itu dengan tawaran mega. Walau bagaimanapun, media di Chile kini melaporkan bahawa Liverpool juga tegas memasuki perlumbaan untuk mendapatkan pemain itu dan bersedia untuk membuat tawaran bernilai £42.5 juta.

El Mercurio berkata Real Madrid juga berkira-kira untuk mendapatkan pemain itu tetapi tidak mempunyai dana untuk membuat perjanjian, menyebabkan hanya Liverpool dan United bersaing untuk mendapatkan pemain itu. The Reds dilihat mempunyai kelebihan yang ditawarkan dalam bola sepak Liga Juara-Juara. Harap-harap ianya berjaya membawa Vidal ke Anfield seterusnya menyarung jesi The Reds, apatah lagi Liverpool akan bermain di Liga Eropah, iaitu Liga Juara-Juara. Selamat maju jaya The Reds - IBM

BAYI ANTARA 9 MAUT DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS SEKOLAH DIGAZA..

JUMAAT, 25 JULAI 2014
Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza pada Khamis. Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian itu. Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang. Sampai bilakah rakyat Palestin akan diseksa sebegitu rupa? Apa dunia boleh buat bagi menghalang perbuatan kejam dan terkutuk Israel terhadap rakayt Palestin? Kita di Malaysia harus bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Tapi, ada juga yang manusia sial menyatakan "Malaysia sungguh mengerunkan". Apa maksudkan si barua tu? Harus disiasat. Wasallam ~ IBM

Thursday, July 24, 2014

KAN DAH KENA 'SOUND' DENGAN DULI TUANKU...

KHAMIS, 24 JULAI 2014
TAKKAN itu pun depa tak faham-faham. Memang Duli Tuanku tidak menunding jari pada mana-mana parti politik, tapi, mesaj itu memang di tujukan tepat ke muka orang politik. Kata Baginda, janganlah begitu ghairah berpolitik, sebaliknya melipatkan gandakan amal ibadat sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Baginda juga menekankan keperluan semua pihak dan mengenepikan ideologi politik masing-masing. Katanya lagi, tumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat serta bersatu padu dan kukuhkan silaturrahim di antara satu sama lain agar mendapat faedah serta kebaikan daripada Allah SWT.

Baginda Tuanku tahu akan kemelut dalaman PKR dan Pakatan Rakyat yang mana ianya semakin berpecah-belah susulan tindaka PKR mahu melantik Kak Wan Jijah sebagai Menteri Besar yang baru bagi mengantikan Khalid. Kedudukan Khalid kini ibarat "telur dihujung tanduk" apabila Khalid setakat ini hanya mendapat sokongan PAS Selangor, menakala PKR dan DAP memingir beliau. Namun, Khalid dengan lantang mengumumkan beberapa kali akan hasrat beliau untuk tidak akan meletakkan jawatan dan tetap akan menjadi Menteri Besar Selangor sehingga penggal keduanya. Ini yang memeningkan Anwar Ibrahim dan menjadi kutu dik kerenah Khalid. 

Sementara itu, diberitakan Khalid akan mengadap Duli Tuanku di masa yang terdekat ini bagi menerangkan keadaan suasana politik di Selangor. Seperti biasa Duli Tuanku tidak akan menyuarakan persetujuan atau menyebelahi mana-mana pihak, tapi, diberitakan Khalid selamat. Ini kerana dari desas-desus dari pihak Istana, mereka tidak bersetuju dan berkenan dengan Kak Wan Jijah untuk di jadikan Menteri Besar Selangor yang baru. Apapun, kita tunggu dan lihat. Sekali lagi IBM ingatkan bila Duli Tuanku sudah bersuara, jangan sampai Tuanku bersuara buat kali kedua. Faham-faham je ye. Wasallam ~ IBM

DEMI MENGHORMATI MANGSA NAHAS MH17, RUMAH TERBUKA ANGGOTA KABINET DIBATALKAN....

KHAMIS, 24 JULAI 2014
BAGUS LAH bila kerajaan mengumumkan untuk tidak mengadakan Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri sempena Aidilfitri minggu depan. Mengikut kata sumber ianya dibatalkan bagi menghormati mangsa nahas pesawat MH17, termasuk 43 rakyat Malaysia, 17 Julai lalu. Mengikut jadual, majlis pada 1 Syawal itu sepatutnya berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan hari ini. 

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan. Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi. Oleh itu, IBM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, mohon dipinta dan sekiranya penulisan IBM di blog ini ada yang menguriskan perasaan sesiapa. Jesteru IBM menyusun jari sepuloh memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca-pembaca yang budiman. Kosong-kosong ye! Wasallam ~ IBM

GEMPAR! PESAWAT AIR ALGERIE HILANG DARI RADAR. ADAKAH IANYA SENASIB MACAM MH370?

KHAMIS, 24 JULAI 2014
MISTERI kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 pada 24 March lalu masih belum terjawab setelah hilang terputus hubungan dan hilang dari kawalan radar, kini berlaku pula kes kedua. Diberitakan Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata Syarikat penerbangan itu. "Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS. Ia berkata, Syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan' dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.
Sumber Syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang. Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu. Bila difikir-fikirkan dah macam musim Syarikat penerbangan menjadi target oleh pihak tertentu yang sukar di ramal apakah kehendak mereka. Sabatoj? Rampasan? Dendam politik?. Entahlah...memang sukar dijelaskan. Apapun, akan kita ketahui jua apakah pesawat Air Algerie ini senasib dengan MH370. Wasallam ~ IBM

PDRM BERI AMARAN JANGAN PERLEKEH TUGASAN MEREKA

KHAMIS, 24 JULAI 2014
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyeru orang awam supaya berhenti mempertikai kredibiliti kerajaan dan memperlekeh tugas anggota polis dalam menjalankan siasatan beberapa kes yang menjadi viral di media sosial. Dalam satu kenyataan media 3 muka surat yang dikeluarkan beliau pada Rabu, beliau menasihati dan berharap masyarakat memahami tugas anggota polis terutamanya berkenaan siasatan sesuatu kes.


“PDRM ingin menegaskan bahawa tindakan yang diambil ke atas setiap siasatan adalah berbeza antara satu dengan yang lain, dan bergantung kepada berbagai aspek siasatan termasuklah dari aspek teknikal yang memerlukan masa”, Khalid Abu Bakar. Disiarkan kenyataan penuh 3 muka surat yang dikeluarkan oleh PDRM (Atas). Harap semua faham ye. Polis tahu tugasan mereka. Jadi, kenapa kita membuat tuduhan melulu pada mereka? Polis pun manusia seperti kita dan tak lari dari membuat kesilapan. Wasallam ~ IBM

ISU MB SELANGOR : HABIS LE NUAR. KHALID DAH DAPAT BACK-UP DARI DULI TUANKU

KHAMIS, 24 JULAI 2014

KEMELUT ISU MB BARU SELANGOR BERTERUSAN..
KALAU nak diambil kira apa yang Khalid gagap nyatakan seperti yang dilaporkan oleh Mstar di bawah ini, memang sukar Nuar dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan untuk menumbangkan dan menyingkirkan Khalid dari jawatan Menteri Besar Selangor. Apa tidaknya, Sultan Selangor ada di belakang Khalid. Itu yang kita nampak sekarang dan itu jugalah jaminan dari Khalid. Cara Khalid bercakap dan memberi laporan kepada Duli Sultan Selangor ternyata di terima oleh Duli Tuanku :

[Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. "Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam ini.

KHALID JANJI AKAN BERKHIDMAT SEBAGAI MB SELAGI DIPERLUKAN
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Khalid sendiri mengiringi Tuanku Sultan Selangor. Khalid di lihat tiada masalah dengan Sultan dan masih diterima oleh Sultan untuk menerajui Selangor. Manakala, sumber dari istana menyatakan mereka menolak dan tidak suka pada Kak Wan Jijah].

Bayangkan jika Duli Tunku tidak bersetuju dengan cadangan dari PKR dan Pakatan untuk melantik Kak Wan Jijah jadi Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid. Apa akan jadi? Adakah Pakatan akan istihar perang dengan pihak Istana?. Perkara ini belum pasti, kita tunggu dan lihat saja lah. Wasallam ~ IBM

SIBUK BETUL PM KITA NI YE. SAMPAI TAK SEMPAT CAKAP DENGAN ISTERI

KHAMIS, 24 JULAI 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sempat bercakap dengan isterinya Rosmah Mansor untuk tiga hari selepas nahas melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis lalu. Ini kerana beliau sibuk menguruskan krisis yang berlaku empat bulan selepas kehilangan MH370 tanpa jejak, lapor Sin Chew Daily. Harian berbahasa Cina itu juga melaporkan, Datin Rosmah mendedahkan perkara itu dalam majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Pertahanan yang juga sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Beliau malah lalu tanpa bercakap dengan saya,” katanya, sambil bergurau perkahwinannya tiada masalah. Rosmah juga berkata, beliau gembira kerana suaminya amat fokus dalam tugasnya menguruskan tragedi itu. Jangalah risau Datin. DS Najib memang komited dengan tugas beliau. Tak bercakap tu bukan bererti dia benci. Malah lebih sayang lagi. Hehehehe...pandangan IBM je. Wasallam ~ IBM

AZMIN ALI KELUAR PKR?

KHAMIS, 24 JULAI 2014

KEMELUT DALAMAN PKR BERTERUSAN..
GEMPAR semalam. Azmin Ali keluar PKR? Maka, cepat-cepat Timbalan Presiden PKR itu,  Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam. Pejabat Mohamed Azmin Ali juga menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR, kata kenyataan tersebut. Diberitakan, sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas. Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor.

Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR, katanya. Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut. Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik Menteri Besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar penggal kedua.

Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor. Talian hayat Khalid kian pudar. Adakah Khalid kekal sebagai MB Selangor? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM