Friday, February 26, 2016

ISU 'BODOH & ANJING',, TELINGA SHAFIE APDAL TERSUMBAT KOT....

JUMAAT, 26 FEBRUARI 2016
Ini Jawapan Nazri Isu "Bodoh Dan Anjing'....

EKORAN dari salah faham, atau salah dengar ataupun salah penyampian, maka Datuk Seri Nazri Aziz tampil menjelaskan isu Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai “bodoh” kerana memikirkan beliau menyamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah sebagai “anjing”. Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shafie yang mengakui bahawa beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang menyifatkan mereka yang menegur dan mengkritik pemimpin dilabel sebagai pengkhianat dan seolah-olah sebagai anjing yang menggigit kaki. Dalam isu ini, Shafie harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh,” kata Nazri kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Khamis. 

Nazri menjelaskan bahawa beliau hanya bermaksudkan bahawa seseorang itu tidak boleh bergerak ke hadapan jika anjing terus menggigit. Sebenarnya beliau (Nazri) tak kata dia (Muhyiddin) anjing. Shafie ini (adalah) orang bodoh yang fikir saya panggil orang lain anjing. “Saya cuma bagi contoh bagaimana susahnya jika kita mahu kerja (dan) anjing terus gigit. Perkara pertama yang saya terfikirkan adalah anjing yang menggigit kaki,” katanya. Ada yang setuju dengan penjelasan dari DS Nazri? Mungkin ada yangh setuju, tapi...dedak-dedak DS Shafie Abdal sukar untuk terima. Agaknya le. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita 1hati#kekal najib.

Thursday, February 25, 2016

TUN MAMAK MAHATHIR DARI PEMIMPIN MUNGKIN KE PENJARA.....RUGINYA!

KHAMIS, 25 FEBRUARI 2016
Apabila beliau di siasat berhubung tulisannya yang menuduh bahawa peguam negara berat sebelah kerana membesaskan Najib dari sebarang salah laku dalam 1MDB. Beliau turut mengeluh seolah – olah pihak polis tidak menjalankan penyiasatan dengan telus kerana hanya beliau sahaja yang di soal siasat, dan kenapa tidak menyiasat peguam negara. Tun Mahathir tetap berdegil seperti menegakkan benang yang basah dengan mempersoalkan kenapa hanya beliau yang disoal kenapa yang lain tidak disoal seolah – olah hanya dia sahaja yang melakukan kesilapan. Tidak hanya dengan meninggi diri, Mahathir juga dengan bongkak menegaskan bahawa Apandi wajib bersumpah dengan Al – Quran bagi membuktikan bahawa dia tidak terlibat atau berat sebelah dalam kes tersebut. 

Sepatutnya, Tun Mahathir didalam usia yang begitu lanjut, bila-bila masa saja pi, kata orang Kedah, berihat, ke Masjid beramal-ibadat, minta ampun kepada tuhan segala dosa yang telah dilakukan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Ini tidak, Tun M dilihat seperti ingin 'menongkat langit', tidak cukup 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menceburi arena politik yang agak panjang. Beliau dilihat seperti hilang ingatan yang mana beliau menggangap beliau sebagai 'Mr Perfect', apa yang beliau buat semua betul. Persoalannya bila Tun Mahathir hendak bersumpah dengan Al – Quran bahawa selama pemerintahan dan semua tindakan serta desakan beliau terhadap pengunduran Najib ini telus dan tidak ada sebarang kepentingan peribadi kepada beliau, persoalannya bila Tun Mahathir hendak bersmpah dengan Al – Quran? 

Nampaknya Tun Mahathir lebih rela bersekedudukan dengan Anuar di dalam penjara berbanding bersumpah dengan Al – Quran. Itulah bekas Perdana Menteri yang dibanggakan selama ini, dengan tingkah laku beliau ini, semakin beliau berusaha untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib, semakin terlondeh seluar serta pekong beliau selama ini, agenda tersorok Tun Mahathir juga sedikit demi sedikit kian terdedah. Moga Tun Mahathir balik ke pangkal jalan. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Wednesday, February 24, 2016

TUN MAHATHIR DI PANGGIL POLIS HARI INI....

RABU, 24 FEBRUARI 2016
AKHIRNYA manusia yang penuh dengan dendam, dengki, fitnah, tak puas-puas dengan dunia politik, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir di panggil Polis. Ini telah disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya akan merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ekoran catatan di laman blog miliknya bekas Perdana Menteri itu. Khalid berkata, pihaknya menjalankan tugas mereka untuk merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir susulan ekoran terdapat beberapa laporan polis berhubung catatan tersebut. Kita (Polis) akan merakamkan kenyataan itu hari ini, diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman,” kata Tan Sri khalid kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman hari ini. 

Khalid ketika ditanya lokasi sesi rakaman tersebut, Khalid berkata: ianya sedang berlangsung sekarang. Ketika ditanya sama ada sesi rakaman percakapan itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, Khalid berkata: “Mungkin. Saya rasa ya.” Pada 15 Februari lalu, Khalid mengesahkan bahawa beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Mahathir berhubung catatan di blog bekas Perdana Menteri itu. Khalid sebelum ini telah menggesa mereka yang tidak puas hati dengan catatan di blog Dr Mahathir itu supaya membuat laporan polis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa bahawa catatan Dr Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu sebagai menghasut. 

Maka, spekulasi yang menyatakan bahawa Tun Mahathir adalah kebal untuk di soal-siasat apatah lagi untuk di dakwa adalah salah sama-sekali. Tiada siapa yang kebal dan boleh melanggar undang-undang mengikut cita-rasa sendiri. Kepada Tun, jawablah. Itu yang kamu hendak, dan satu soalan kepada Tun, sampai bila kamu nak menongkat langit dan permainan politik kamu yang terlalu kotor & jijik itu? Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Tuesday, February 23, 2016

SELANGORKINI MEMANG KURANG AJAR, HINA MAHKAMAH...

SELASA, 23 FEBRUARI 2016
Hina Mahkamah : UMNO Selangor Buat laporan Polis Terhadap Kerajaan Negeri, SelangorKini

TERLALU kurang ajar, menghina Mahkamah, maka tiada pilihan lain. Semalam, Umno Selangor membuat laporan polis terhadap Kerajaan Negeri terhadap penyalahgunaan duit rakyat kerana membuat papan tanda (billboard) yang didakwa menghinaa keputusan mahkamah berhubung ke Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan polis juga dibuat kepada akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangorkini yang didakwa melaporkan berita fitnah mengenai kes tersebut sehingga boleh mengelirukan rakyat. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kenyataan dalam akhbar tersebut mengatakan Anwar adalah tahanan politik juga telah disebarkan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor. 

Menurut Datuk Zein, kita semua tahu bahawa penahanan Anwar adalah disebabkan kes liwat, bukan tahanan politik. Kenyataan itu jelas cuba mengelirukan rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, petang tadi. Beliau berkata, Kerajaan Negeri didakwa telah menggunakan wang rakyat untuk menghasut dan mempertikaikan kewibawaan istitusi kehakiman negara. “Papan tanda yang dipasang di sekitar Selangor antaranya di Ampang dan Rawang itu memaparkan kenyataan ‘Anwar Tahanan Politik’ serta ‘Bebas Rakyat Bebas Anwar’ jelas menunjukkan bahawa penglibatan kerajaan negeri khususnya pihak perkuasa tempatan meluluskan pemasangan papan tanda tersebut,” katanya. 

Sepatutnya perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Seterusnya beliau memohon kepada pihak berkenaan agar menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan pentadbiran badan kehakiman dan perundangan negara,” katanya. Siasat jangan tak siasat kerana ianya melibatkan nama baik 'Istitusi kehakiman'. Kenapa segala keputusan Mahkamah selalu dipertikaikan oleh pihak pembangkang? Kenapa mereka begitu 'kurang ajar'? Apa mdereka ingat undang-undang negara ini 'bapak' mereka yang punya? Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

Sunday, February 21, 2016

BILA TIADA JAWATAN, KERJANYA MEMBIDAS KERAJAAN, APA KE JADAHNYA!!!

AHAD, 21 FEBRUARI 2016

BILA kita amati akan gelagat dan trend politik di negara kita ini, amat-amat berbeza dengan politik yang diamalkan oleh negara-negara lain. Walaupun ianya tidak sampai ketahap yang membimbangkan, tapi, ianya mendatangkan keresahan dan suasana yang tidak enak di pandang dan didengar. Luahan hati  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang sekali gus  membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat. Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Katanya, ada juga mereka yang semasa memegang jawatan dan kuasa dalam kerajaan, tidak melakukan apa-apa perubahan, tetapi apabila sudah tiada lagi jawatan, mereka terus membidas segala usaha gigih kerajaan. “Orang ini adalah orang ‘gila talak’, apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul… padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini. “Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu. Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan sekarang, pegawai-pegawai yang ada sekarang,” katanya, dan menambah bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada individu tertentu. 

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyebabkan Perdana Menteri dihujani dengan “peluru-peluru” kritikan yang pelbagai. Beliau berkata zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu; dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat. Beliau yang memuji media ‘konvensional’ yang melaporkan setiap fakta yang tepat atas platform yang jelas, turut membidas “wartawan” yang tiada platform sebenar, yang menulis mengikut ‘suka hati’ di media-media sosial. Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi. 

Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil,” katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja. Ahmad Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai.Kesimpulannya, mereka-mereka jenis ini adalah manusia yang tamak haloba yang telah dikelilingi oleh syaitan-syaitan yang sentiasa menghasut mereka. Manusia /melayu mudah lupa. Itu ketogeri mereka yang sebenarnya. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...