SUMBER....
JAWATAN MB sudah dalam tangan, tapi dikalangan mereka masih lagi 'berperang', buruk sangka, dengki, dendam dan tak tahu lagi lah yang tersirap dihati mereka. Sumber yang IBM dapat hari ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin@Mak Lampir, mungkin menyimpan dendam terhadap exco PAS. Itu mengikut kata penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Zuraida semalam memberitahu beliau akan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar bilangan kerusi exco PAS dikurangkan daripada sebelum ini. PAS sebelum ini diperuntukkan empat kerusi exco berbanding dua parti kompenan Pakatan Rakyat yang lain, masing-masing tiga kerusi sahaja. Azizuddin berkata Zuraida serta PKR harus terima hakikat bahawa PAS memenangi lebih kerusi berbanding PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus melayakkan parti itu mendapat bilangan kerusi exco paling banyak. Tapi yang beliau nampak ada rasa nak balas dendam sebab sokongannya tidak diberikan oleh PAS sepenuhnya.

Tindakan PAS itu menyebabkan Selangor masih teguh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke tangan Umno BN. Kalau mahukan PAS kekal dalam PR untuk menubuhkan kerajaan yang mana PAS terlibat sama beliau rasa bukan isu untuk kurangkan wakil PAS, Exco PAS malah boleh kekalkan yang sedia ada, katanya. Jelasnya, isu yang berlaku di Selangor kini bukan hanya melibatkan PAS sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Istana. Isu yang melibatkan negeri Selangor ini bukan satu isu yang melibatkan PAS sahaja tetapi melibatkan semua iaitu PKR, DAP dan terutama sekali rakyatlah, tambahnya. Dalam isu ini, bolehlah IBM katakan bahawa Zuraida@Mak Lampir dan PKR memanglah pentingkan diri sendiri, dan PAS adalah mangsa yang senang diratah kerana itu kehendak PAS sendiri. PAS rela dicaci, dihina, dipekedua oleh rakan kongsinya, namun PAS tetap akan bersama mereka (Pakatan). Musuh utama mereka (PAS) adalah UMNO. Bagi IBM, mampu pi lah PAS. Wasallam ~ IBM