Sunday, June 30, 2013

DAP HASUT PAS BOIKOT PRK DUN KUALA BESUT?...APA KATA PAS??

AHAD, 30 JUNE 2013


BILA orang kata mereka (DAP) parti rasis diorang marah, melenting. Tapi, semua orang tahu bahawa DAP adalah parti 'rasis' dan parti anak beranak. Mereka ingat mereka kuat dan berpengaruh di dalam komponen Pakatan Rakyat. Maka, mereka menunjukkan taring, kuasa serta pengaruh mereka dan cuba mencampuri urusan dalaman rakan kongsi mereka iaitu PAS sempena pilihan raya kecil Dewan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu.  
DAP  mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Begitulah kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Beliau berkata isu berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang.
Menurutnya langkah memboikot pilihan raya kecil berkenaan adalah tanda protes ekoran kegagalan SPR memberi penjelasan berhubung taktik yang mencurigakan dalam penggunaan dakwat kekal pada PRU-13'. Bagaiamanapun, terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka mahu memboikot atau tidak kerana kerusi berkenaan milik mereka, kerana mereka mempunyai kata putus dalam isu ini, katanya. Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian penyandangnya Dr A.Rahman Mohktar,55, Rabu lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Bagi pandang IBM, bodohlah PAS sekirannya mengikut telunjuk DAP kerana IBM dapat menghidu akan tektik sebenar DAP menghasut PAS supaya memboikot PRK DUN Kuala Besut. Sekiranya PAS mengikut telunjuk dan termakan hasutan dari DAP, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan masuk jarum dan akan melobi untuk mencalonkan calonnya dari PKR bagi mengantikan PAS. Maka, ketika itu bermacam-macam alasan yang PKR akan bagi dan sudah tentu DAP yang rapat dengan PKR akan memberi seribu alasan dan menyebelahi kepada PKR.
Maka, PAS tertipu lagi dan sentiasa kena tipu. Persoalannya, bila lagi PAS nak sedar dan merasakan mereka selalu dipermainkan rakan kongsi mereka dalam Pakatan? Dan..kenapa mereka begitu percaya kepada parti Cinabeng ini yang terang-terang 'anti Islam' dan menolak penubuhan negara Islam yang di rancang dan di war-warkan oleh PAS? Siapa sebenarnya yang menolak Islam, DAP atau UMNO? PAS tolong jawab, jangan hidung tu di cucuk dan ditarik seperti lembu oleh DAP. fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...