GADUH jangan tak gaduh. Nampaknya pemilihan PKR tahun ini terus bercelaru dan ini akan membuat parti kelentung rakyat ini di ambang perpecahaan. Tongkang PKR akan pecah bila-bila masa sahaja. Antarapos mencungkil kemelut pemilihan di Cabang PKR Kuala Selangor yang mana tewasnya Menteri Besar Selangor, Khalid gagap di tangan musuh tradisinya Manikanvasagam@Mike. Maka, Khalid merasakan ada unsur sabatoj yang menyebabkan kekalahan beliau di sana dan beliau meminta agar pemiloihan diubuat sekali lagi. Tapi, permintaan Khalid itu di tentang oleh banyak pihak dalam PKR, termasuk AMK nya yang diketuai oleh Shamsul Iskandar atau lebih dikenali dengan panggilan Sam Ketot. Antarapos mempunyai butirannya di bawah ini :


Saya ingin tegaskan bahawa JPP telah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Apakah tidak ada beberapa masalah? Wujud masalah, dan apakah tidak diperbetulkan? Diperbetulkan sebab itu ada pemilihan semula. Apakah setpol MB mahu adakan sampai 10 kali pemilihan? Apa akan berlaku kepada integriti JPP kalau nak dilakukan sampai 10 kali pemilihan? soalnya. Beliau meminta semua pihak menerima setiap keputusan yang telah dibuat akar umbi dalam pemilihan kali ini serta menganggap kalah menang sebagai sebahagian rencah politik. Saya minta pihak-pihak yang kalah terima seadanya dan ini mandat. Kalau kalah hidup mesti diteruskan dan kalau itu berlaku itu sebahagian dari rencah dan cabaran politik dan tak perlu diulangi sampai beberapa kali, sampai apa? Sampai Tan Sri Khalid menang? ujarnya. Kalau itu jawapannya, maka saya fikir kita harus melihat apa kefahaman reformasi yang ada dalam diri betapa kita memahami makna reformasi," tambahnya.
Persoalannya, jika rayuan Khalid gagap diterima, adakah si Sam ketot ni berani nak tahan dan ada telo ke Sam ni? Takut nanti kena di sergah oleh penyokong-penyokong Khalid gagap terkencing lagi dalam seluar macam dalam gambar tu (gambar atas kanan). Hehehehehe. Seronok betui tengok PKR ni berserabut. Parti membela rakyat ke ni? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM