Friday, June 20, 2014

PAS SELANGOR SEPAKAT TIDAK LAGI SOKONG KHALID GAGAP. PAKATAN HANCUSSS!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

ARTIKEL di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat di Selangor bermasalah dan sudah goyah. Rakan kongsinya membawa haluan masing-masing. PKR menghadapi keruntuhan kerana pemilihan parti mereka penuh dengan penipuan. Manakala DAPigs pula dengan samseng mereka, tetap menolak perlaksaan hukum hudud dan PAS pula hilang punca dalam perjuangan mereka. Maka, masing-masing tidak mempercayai satu sama lain. Maknanya, Pakatan Rakyat di Selangor ini menuju ke arah kehancuran. Jom baca : 

PENGARAH Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman (gambar bawah kiri) berkata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini tidak lagi mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS Selangor. Menurut Jaafar, sikap Khalid yang sering membuat keputusan secara bersendirian dan seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Sikap Khalid itu dianggap membawa masalah apabila kompenan Pakatan Rakyat yang lain turut dikutuk serta dikritik jika keputusannya tidak tepat atau salah. "Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," ujar Jaafar. Jaafar berkata, PAS Selangor sebelum ini menyokong penuh dan setia di belakang Khalid biarpun menteri besar itu dikritik pelbagai pihak.


Namun, masuk penggal kedua pemerintahannya, Khalid terus bersikap sebegitu dan PAS Selangor mula merasakan beliau tidak lagi sesuai untuk menduduki kerusi nombor satu negeri itu. Justeru, PAS Selangor meminta PAS Pusat dan

Pakatan Rakyat menimbang untuk menukar menggantikan Khalid kepada menteri besar yang baharu. Tambahnya, kelemahan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu semakin ketara dalam menggendalikan beberapa isu penting, termasuk pengambilalihan syarikat pengurusan air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan pembinaan Lebuhraya Kidex yang mendapat bantahan ramai. Menurut Jaafar, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada PBM dan serbuan ke atas majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu, selari dengan Agenda Rampas Selangor (ARS) yang dibentuk Umno negeri untuk menjauhkan sokongan bukan Islam daripada PR.

Beliau
berkata kuasa berlebihan yang diberikan oleh Khalid kepada pegawai kerajaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membelakangkan ahli-ahli majlis dilantik oleh parti-parti PR, turut menimbulkan kemarahan. "Misalnya, pengambilan kuasa pengurusan ke atas pasar-pasar malam daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dikuasai parti Pakatan kepada pegawai di PBT. Apabila kita bertanya kepada pegawai PBT, mereka katakan ini kehendak Menteri Besar," katanya. Usaha menukar menteri besar sudah beberapa kali dimulakan namun ia berhenti di tengah jalan atas pelbagai faktor. Antaranya misi Langkah Kajang yang menyaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Namun ia terbantut setelah Anwar hilang kelayakan menjadi calon ekoran disabitkan kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan.



 LANGKAH KAJANG UNTUK MENJATUHKAN MB SELANGOR, TAPI TAK BERJAYA

Pimpinan akar umbi PKR turut dilaporkan beberapa kali mengusulkan agar Khalid dipecat, namun usaha itu kerap tergendala di tengah jalan. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini lantang mempertahankan segala tindak tanduk menteri besar turut merasakan sudah tiba masanya kerajaan negeri beralih pucuk pimpinan. "Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. "Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid kepada sebuah portal berita.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR. "Ketika hangat isu ini dibincangkan sebelum ini, saya pernah menyebut kepada beliau bahawa kita tidak bercadang untuk menukar beliau, tetapi kita mahu beliau berubah," kata Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru. Menurut Dr Rani, beliau pernah membisikkan kepada Khalid dan meminta beliau agar mendekati dan mengambil pandangan sahabat-sahabat dalam PR. "Isu yang saya sebut kepada beliau, antaranya adalah PBT. Nampaknya isu ini boleh menjatuhkan Pakatan selepas ini," katanya. Ye betul. Memang Pakatan akan tersungkur selepas ini. Cuma menunggu masa dan harinya sahaja untuk menyembah bumi. Ini bukan doa, tapi ianya realiti yang mana Pakatan bukanlah parti yang benar-benar hendak membela nasib rakyat. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...