Thursday, June 12, 2014

ISU SAMAN M'SIAKINI : BILA KENA SAMAN MELENTING PULAK, TAPI SEBELUM ITU KENAPA TAK PAKAI OTAK. TAK HABIS2 FITNAH ORANG.

KHAMIS, 12 JUNE 2014
IBM setuju dengan penjelasan yang dibuat oleh PM kita, DS Najib Tun Razak. Kes saman ini bukanlah agenda besar. Ianya sekadar ingin menyedar dan mengajar supaya kebebasan bersuara oleh portal-portal tempatan berpada-pada. Jangan sesekali menabur fitnah. Jadi, bagi pandangan IBM, tepat sekali keputusan yang di buat oleh PM kita. Dan, ianya juga bukan kerana wang atau ingin glamour. Kepada M'siakini, berani buat berani tanggung le. Kenapa pulak nak takut. Kalau korang kalah pun, korang banyak duit. Bayar je le. Kan..kan...:

KUALA LUMPUR : Saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal berita, Malaysiakini dan dua editor kanannya, tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam menegaskan, dalam ucapan pada majlis Kelab Akhbar Kebangsaan pada 26 Mei lalu, Najib telah berkata bahawa beliau mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina. Kenyataan itu memetik Perdana Menteri sebagai berkata dalam ucapannya itu: "Dalam sebuah demokrasi, akan sentiasa ada orang yang tidak akan bersetuju dengan dasar-dasar anda atau tidak menyukai kerajaan anda. Saya mengalu-alukan kritikan yang bermaklumat dan membina.Terdapat perbezaan antara kritikan yang membina dan fitnah. Pasukan peguam saya berpendapat bahawa tuduhan baru-baru ini oleh sebuah portal berita dalam talian telah melampaui batas.

Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan. Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar. Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah." Dalam ucapan sama, Najib berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang di negara ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi yang mereka percaya telah melanggar undang-undang, dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem demokrasi, kerana tindakan undang-undang terhadap dakwaan memfitnah dalam media adalah tindakan sesuai.

Ia merupakan sebahagian tindakan keseimbangan. Keseimbangan terbuka kepada kritikan membina daripada orang ramai semasa memegang jawatan awam dan hak asasi untuk melindungi maruah dan nama baik anda daripada serangan sewenang-wenangnya, akibat daripada kepercayaan politik," katanya. Pada 30 Mei lalu, Najib memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' Kan fitnah namanya tu. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...