Saturday, August 9, 2014

JODOH KHALID DALAM PKR TIDAK PANJANG, AKHIRNYA DI PECAT!

SABTU, 09 OGOS 2014

PEREBUTAN JAWATAN MB SELANGOR SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAKNYA...
TIDAK terkejut pun bila berita pemecatan Khalid dari PKR menjadi kenyataan. Memang sudah diduga. Sah, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Sabtu sebulat suara memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli parti  berkuatkuasa serta-merta. Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Tan Kee Kwong selepas mesyuarat MPP parti di Ibu Pejabat PKR petang Sabtu tadi. Tan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Khalid didapati mengingkari keputusan MPP yang sebulat suara memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu pada 21 Julai lalu. Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai lalu yang menyatakan keengganan untuk meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini (Sabtu), beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut. Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat, kata Tan pada sidang media selepas mesyuarat MPP PKR  petang Sabtu.

Malah, Tan berkata, pemecatan Khalid turut mengambil kira tindakan beliau yang ingkar terhadap keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Selangor. Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri olehnya melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Semula Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor. Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula pembinaannya kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, kata Tan.

Jelas Tan, Khalid turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta. Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta, katanya. Kalau dah tak suka tu, macam-macam kesalahan di cari. Itulah wajah PKR sebenar-benarnya. Mana yang dikatakan PKR adalah parti yang mengamalkan 'demokrasi', telus dan bebas dari rasuah? Tahi kucing depa. Kita tunggu apa reaksi Khalid selepas ini. Tungguuuu! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...