Thursday, August 28, 2014

PENGORBANAN WIRA NEGARA DI SANJUNG, MANGSA NAHAS #MH17 DIHORMATI ~ NAJIB

KHAMIS, 28 OGOS 2014

SUMBER : 
Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan kata-kata nista yang cuba menggambarkan kerajaan lebih mengutamakan jenazah mangsa tragedi MH17 berbanding anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selama ini kerajaan sentiasa memberi penghormatan dan sanjungan yang amat tinggi kepada anggota keselamatan yang terkorban kerana berjuang mempertahankan tanah air daripada pencerobohan musuh. Sehubungan itu beliau berkata, kata-kata nista seumpama itu hanya bertujuan memecah belahkan perpaduan rakyat melalui kenyataan kontroversi membabitkan anggota keselamatan di Lahad Datu dengan mangsa-mangsa tragedi MH17. Menurut Najib atas dasar kerajaan yang amat mementingkan rakyat menyebabkan beliau sedia melakukan segalanya termasuk menghubungi ketua pemberontak bagi mendapatkan kembali mayat-mayat dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas selepas ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Katanya kejadian itu juga membuktikan Malaysia boleh menjalinkan hubungan bukan sahaja dengan kuasa-kuasa besar dan negara membangun, malah dengan pemberontak asalkan ia berkaitan keselamatan dan keutamaan warganegaranya. “Niat saya hanya mahu mengembalikan jasad mangsa kepada ahli keluarga dan saya langsung tidak berjanji apa-apa serta membayar satu sen pun kepada ketua pemberontak ketika menghubunginya. “Apabila dibuat dengan ikhlas akhirnya mereka bersetuju untuk menyerahkan mayat dan kotak hitam hanya kepada pasukan penyiasat Malaysia. Ini merupakan satu bantuan yang Allah beri kepada kita,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.
P/S ~ Apa nak hairankan. Itukan kerja pembangkang. Kalau tak fitnah ,kata-kata nista, bukanlah pembangkang namanya. Nak tengok diorang mengelabah bila kena kat batang hidung keluaraga depa. Jam tu, barulah  depa kata kerajaan bagus. Puiiii!...bangsat punya pembangkang. Satu sen pun tak ada guna. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...