Showing posts with label Infomasi.. Show all posts
Showing posts with label Infomasi.. Show all posts

Monday, November 22, 2010

INFO.INFO.INFO.INFO.INFO

DARAH BEREDAR 180,000 KM SETIAP HARI

DARAH merupakan tisu perantara yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan homon selain sebagai sistem imunisasi menentang penyakit. Vena merupakan saluran darah berotot yang membawa darah ke dalam jantung manakala ateri membawa darah keluar dari jantung.
Seriap hari, darah beredar 180,000 kilometer (km) di dalam tubuh manusia. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia disambungkan, ia boleh menghasilkan jarak sepanjang 96,000 km.
Tekanan jantung semasa manusia pula mengepam darah yang cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh mencapai jarak sembilan meter.


KUKU TANGAN MEMANJANG TIGA MILIMETER SEBULAN.

KUKU merupakan struktur separa keras dan berbentuk runcing yang terletak di bahagian hujung jari manusia. Ketebalan kuku normal adalah kira-kira 0.43 milimeter (mm) dan terdiri daripada tiga lapisan seperti eponikium iaitu kulit lut cahaya yang berada di pangkal kuku, paronikium iaitu lapisan kulit di sisi kuku dan hiponikium iaitu bahagian antara hujung kuku dengan hujung jari.
Isi kuku merupakan tisu yang menyambungkan dan meletakan kuku dengan kulit manakala akar kuku adalah bahagian yang terbenam dibawah kulit. Kuku tangan manusia akan mengalami pertumbuhan sepanjangan tiga mm sebulan dan ia akan mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk mengantikan kuku lama.
Kuku tumbuh pada setiap masa di mana kadar pemanjangannya adalah bergantung kepada faktor usia, musim, suhu badan, diet dan juga keturunan.

# IBM : Selamat membaca, diharap info berkenaan dapat sedikit sebanyak menambah pengetahuan kita. Insyallah.

Thursday, November 4, 2010

Berita-Berita Ringkas & Hangat Terkini...

MASA UNTUK ANWAR BERUNDUR : NALLAKARUPAN...
- Telah tiba masanya untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundurkan diri dari pentas politik yang menjadi ' mainannya ', kata Datuk Nalllakarupan.

KIT SIANG SAMAN ALI RUSTAM & AKHBAR...
- Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menyaman Pengerusi UMNO Melaka juga Ketua Menteri Melaka dan akhbar Berita Harian, dakwa bahawa beliau (Kit Siang) menuduh ahli UMNO kafir.


BANJIR TERUK MELANDA NEGERI KEDAH...
- Kerajaan Negeri sedia RM300,000 untuk bantu mangsa banjir terlibat dari segi menyediakan bantuan segera di pusat pemindahaan.

SIAPA ADUN GALAS & AHLI PARLIMEN BATU SAPI..?
- Jawapannya terletak kepada para pengundi yang mengundi hari ini. Keputusan di jangka akan dapat di ketahui seawal 8.00 malam ini. Keputusan di tangan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...