Showing posts with label Krisis di Mesir. Show all posts
Showing posts with label Krisis di Mesir. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Perkembangan terkini di Mesir....





Salam 2 All.

Sedikit perkembangan terbaru di Mesir.....(Di atas adalah gambar-gambar terbaru)

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu.

“Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada Cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja. Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang turut serta dalam delegasi itu kesal dengan sikap penulis blog yang sesuka hati menulis keadaan di Mesir tanpa menghiraukan perasaan keluarga di tanah air dengan membuat pembohongan berbanding keadaan sebenarnya.

“Janganlah percaya blog-blog ni semua, tolong ikut saluran yang disediakan kerajaan, kalau dari blog, biar sumber itu rasmi dan boleh dipercayai kalau tiba-tiba dapat tau, jangan terus percaya,” katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membayar harga tertentu untuk dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air, Shahlan berkata itu sebenarnya adalah salah satu pilihan disediakan bagi mereka yang mampu.

“Setibanya pelajar rakyat kita (Malaysia) di Jeddah, mereka akan dibawa pulang tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi bila penerbangan akan disediakan.

“Oleh itu, siapa yang mampu boleh balik awal tetapi kena beli tiketlah macam penerbangan biasa dan urusan pembelian kita akan uruskan,” katanya.

Beliau berharap para ibu bapa jangan cepat melatah dan bimbang kerana pelajar yang dihantar belajar ke Mesir adalah mereka yang terbaik dan mampu menghadapi situasi di Mesir terutamanya ketika dalam kesusahan.

“Apa yang terbaik, kita semua mendoakan agar misi ini berjaya dan semua rakyat Malaysia di sini berjaya dibawa keluar dengan selamat,” katanya.

Mesir mula bergolak akhir bulan lalu apabila rakyatnya mula mendesak agar Presidennya Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun meletak jawatan dan diadakan Pilihanraya Presiden tetapi ia ditolak oleh Mubarak.

Akibatnya, sebahagian besar rakyat Mesir mula merusuh menuntut perubahan akibat masalah ekonomi, rasuah dan pengangguran yang teruk di negara itu sehingga melibatkan pertumpahan darah.

Presiden itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini oleh tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei untuk meletakkan jawatan tetapi ditolak sekali lagi sebaliknya beliau berikrar untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Presiden Mesir yang dijangka pada September ini

* Apa yang penting, kita selamatkan rakyat kita disana terutamanya para pelajar dan bawa mereka semua pulang ke tanah air dengan seberapa segara. Sama-sama kita berdoa agar usaha kita berjaya. kepada Pembangkang, jangan hanya asyik nak berdemo sahaja, sia-sia, tidak ada gunanya. Bantulah kerajaan kerana yang di sana tu didalam bahaya, jangan nak menyalahkan kerajaan semata-mata - IBM


Wednesday, February 2, 2011

Krisis Mesir : ATM bantu pindah rakyat Malaysia ke Jeddah

Inilah pesawat digunakan oleh ATM bagi memindahkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir

TERKINI @ 03:28:38 PM 02-02-2011
February 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Tiga pesawat Malaysia yang akan berlepas ke Mesir petang ini dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Cairo.

“Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghantar lima pegawainya ke Mesir bagi membantu pemindahan pelajar tajaannya dari negara yang mengalami pergolakan itu ke Jeddah, Mekah.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata dua daripada pegawai itu akan berlepas dengan penerbangan TUDM petang ini manakala tiga lagi akan berlepas malam ini dengan penerbangan biasa.

Katanya, kelima-lima pegawai itu akan diletakkan di Jeddah bagi menggerakkan bilik operasi di samping memberi pelbagai bantuan termasuk kaunseling dan logistik.

“Proses pemindahan itu dijangka akan mengambil masa tiga hari sebelum kesemua pelajar Mara dijangka pulang ke tanah air 4 Februari nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya bilik operasi turut dibuka di Tingkat 4, ibu pejabat Mara di ibu negara sejak 31 Januari lalu yang beroperasi 24 jam.

Idris berkata Mara juga telah mengerahkan para pegawainya untuk berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa ketibaan pelajar pada 4 Februari nanti bagi urusan pengangkutan dan penginapan sementara mereka di German-Malaysia Institut, Bangi.

Menurutnya pada masa ini terdapat hampir 1,000 pelajar tajaan Mara di Mesir yang majoritinya sedang mengambil bidang perubatan.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung kedudukan dan keadaan pelajar Mara di Mesir, hubungi talian MARA 03-26936666/03-26943366/03-26946622. Bernama


* Kepada semua rakyat Malaysia, khusunya pelajar-pelajar di Mesir, di nasihatkan jangan panik. Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk memindahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Dan mereka-mereka semua hendaklah sentiasa mendengar dan akur dengan arahan dari pihak keduataan Malaysia di Mesir. Kita sama-sama mendoakan agar mereka semua selamat. Insyallah - IBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...