Showing posts with label PKR bergolak.. Show all posts
Showing posts with label PKR bergolak.. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

PKR Baru Nak DiPerkasakan..?



KUALA LUMPUR - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) disaran memperkasakan parti semula parti dengan menghayati dokumen penting yang dinamakan ' Pengisytiharan Permatang Pauh ' di lancarkan pada 1988 yang menjadi asas perjuangan kepada PKR.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, ia juga bertujuan mengilap semua perjuangan parti dan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menurutnya, ahli parti seharusnya balik semua kepada kandungan dokumen yang dilancarkan 12 tahun lalu, ia merangkumi asas perjuangan parti yang menjadi panduan untuk bergerak kerana dilihat ia seperti mula dilupai.

" Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli agar kembali kepada dokumen ini, hayatilah dan berpegang kepada prinsip yang berkenaan. Saya juga ingin mengajak ahli bersama pemimpin memupuk kesetiaan dalam parti.
" Kita perlu ingat setiap perjuangan perlukan perinsip kesetiaan terutama perjuangan untuk rakyat, maka kita seharusnya memastikan tiada pengkhianat dalam parti yang kita perjuang, bagaimana kita bermula dari bawah sehingga berjaya ke tahap sekarang," katanya.

Sementara itu bila di tanya berhubung tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang ingin menubuhkan parti baru beliau berkata : tindakan yang dilakukan oleh beliau (Zaid) tidak menjejaskan dan peluang untuk berjaya dengan parti baru tipis.
" Saya ingin mengucapkan kepadanya semoga berjaya dengan penubuhan itu, saya tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak. Malah beliau tiada sikap rendah diri dan semangat berpasukan dalam parti.
" Walaupun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak beliau menyertai PKR, tetapi sikapnya tetap begitu tidak berubah," katanya.

# IBM : Nasihat dan semangat yg Azmin cuba nk tiupkan kembali kepada ahli-ahli PKR ni, seolah-olah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Sedangkan pemimpin-pimpin atasan termasuk beliau sendiri jalan sengit dan menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan lari dari perjuangan asal PKR yg kononnya menghayati dokumen penting ' pengisytiharan permatang pauh '..?...apa kah yg terdapat di dalam dokumen tersebut..?..ini jelas menunjukkan PKR menuju jln kebuntuan dan kehancuran. Ahli-ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap parti, perjuangan yg sia-sia semata-mata untuk kepentingan 'servival' career politik Anwar dan kuncu-kuncunya yg gilakan jawatan. Maka ahli-ahli yg jadi mangsa. Jesteru itu..tinggalkan parti kelentung rakyat ini demi untuk kesejahteran bangsa dan negara....

Tuesday, November 9, 2010

Pemilihan MPP PKR Tidak Telus : Haris Ibrahim.


PETALING JAYA 8 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kertas undi Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 boleh dibeli dan disalah guna sambil menyifatkan tohmahan itu berniat jahat dan fitnah semata-mata.

Malah Saifuddin yang juga Ahli Parliman Machang menegaskan kertas undi yng dimaksudkan oleh blogger Haris Ibrahim mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam.

Beliau berkata kertas undi pemilihan mengandungi empat ciri keselamatan ketat termasuk nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.

Parti jug menganggap sebarang kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan sebagai tidak sah manakala setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.

Kertas keputusan juga akan ditandatangan oleh pengawas

pemilihan dan wakil calon sendiri sebelum diserahkan kepada ibu pejabat.

"Dengan keempat-empat ciri keselamatan itu, sistem ini adalah sistem yang sangat telus," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin menegaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger tersebut tidak serta memperkukuhkan demokrasi tulen dalam pemilihan pemimpin di peringkat cabang mahukan nasional.

"Serangan macam itu akan mematangkan parti yang paling mustahak ialah kita melaksanakan tuntutan prinsip satu anggota satu undi yang dijalankan parti dan dalam proses itu kita berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Yang jelas, kita dapat terjemahkan prinsip demokrasi parti ke arah pengukuhan jangka panjang," kata beliau.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.


IBM : .bila kepentingan peribadi mendahului segala-galanya, mana ada lagi ketelusan perjuangan di dalam parti PKR.?..Pergolakan demi pergolakan telah melanda PKR dan seorang demi seorang pemimpinnya keluar parti di ikuti oleh ahli-ahli yang lain....berkuburkah PKR..??..rasa-rasanya tak lama lagi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...