
Ahmad Maslan cabar pembangkang lakukan di negeri yang diperintah.
Salam 2 All.
Berkisar di PRK DUN Tenang :
PEMBANGKANG lesu, kehabisan modal. Terkini, pembangkang memainkan pula isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Oleh itu mereka dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Cabaran itu disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Kalau hebat benar pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Katanya lagi, kenapa nak tunggu selepas pilihan raya ? Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai pemulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.
Sambung beliau, sekirannya pembangkang yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demekian maka tidak usah memperdaya penduduk di DUN Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka. Jika ditinjau di empat negeri yang diperintah pembangkang, kewujudan kawasan perindustrian besar dan sederhana adalah usaha kerajaan BN menarik pelaburan, manakala tiada kawasan perindustrian baru diwujudkan pembangkang.
* Itulah tektik kotor pembangkang semata-mata untuk menang. Penuh dengan fitnah, penipuan dan janji-janji kosong. Akan di Laknat oleh Allah kamu semua - IBM