[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ibarat hanya menunggu suiz dipetik, beberapa pemimpin bahagian UMNO semalam menyatakan siap sedia menghadapinya jika Kerajaan mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat.
Siap siaga itu berikutan manafaat yang diperolehi hasil simulasi pilihan raya peringkat bahagia UMNO bermula Jun lepas dan berakhir bulan ini, selain persedian secara am yang telah dijalankan untuk menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.
Simulasi pilihan raya itu pertama kali diadakan juga telah memilih, mengenali pasti nama-nama pengundi, nama-nama calon berpontesi menang dan jawatankuasa pilihan raya parti, yang kini bersedia menghadapi pilihan raya sebenar.

"Cuba kira jari tangan saya ni, berapa semuanya?,ada faham ka?"......
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam memberi ingatan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain, 'memberi gambaran' pilihan raya umum kian hampir dengan mengatakan masa yang terhad dan tinggal beberapa bulan sebelum pilihan raya umum.

"Memang bagus adakan simulasi tapi bukan bermakna kita tidur. Kita sentiasa bersedia." -Datuk Mohamed Aziz, Ketua UMNO Bahagian Seri Gading

"Jadi, apabila tiba masa sebenar kelak, tugas Pergerakan Puteri tidak bertindih dengan yang lain. Ini memberi impak positif." - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO
SAYA BERASA PENUH KEYAKINAN BAHAWA BARISAN NASIONAL (BN) SUDAH BERSEDIA UNTUK TURUN BERTEMPUR, IBARAT "MENGENGAM API BIAR SAMPAI JADI ARANG" - IBM