Showing posts with label isu sosial.. Show all posts
Showing posts with label isu sosial.. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Facebook Semakin Lesu, betul ke ?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

KEBANYAKAN pengguna Facebook menutup akaun mereka kerana bimbang data dan maklumat peribadi diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

BRITAIN - Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.

Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.

"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi

KOMEN IBM : BESAR KEMUNGKINAN IBM PUN NAK TUTUP AKAUN FB. TAK ADA MASA NAK UPDATE. APA PUN MUNGKIN INI TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA. MASIH LAGI MENDAPATAN SAMBUTAN RAMAI. SELAMAT BERFACE BOOK..!


Tuesday, November 23, 2010

Gejala Sosial Melayu :

Mengamalkan seks sebelum kahwin....
Parti Time......!!
Natijahnya...?


Hanya Dengan Islam Segala Masalah Manusia Akan Selesai. Hidupkan Masjid Terdekat....



# IBM : Inilah akibatnya apabila seks bebas berluasa di kalangan remaja-remaja Melayu kita. Pernahkah kita bertanya kemana anak-anak kita nak keluar, dengan siapa dia keluar, pukul berapa nak balik..?..pernah kah..?..fikir-fikirkanlah demi menjaga masa depan anak-anak kita. W.A...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...