Tuesday, November 2, 2010

' Awang Selamat' Di Cabar Berbahas


KUALA LUMPUR - Kolum 'Awang' Selamat terbitan Utusan Malaysia dicabar adakan perbahasan terbuka berhubung isu DAP dan Melayu kerana didakwa melontar perbagai fitnah, pembohongan dan tuduhan liar terhadap DAP.
Setiausaha Publisiti Kebangsaa DAP, Tony Pua berkata, perbahasan terbuka itu akan membongkar bukti kukuh sikap Utusan Malaysia dan ancamannya yang di anggap sangat bahaya.
Menurutnya, serangan Utusan yang dimiliki UMNO terhadap DAP semakin keterlaluan dengan tuduhan terhadap Kerajaan Pulau Pinang berhubung isu penjaja dan menuduh parti itu menghalau orang Melayu daripada negeri itu.
Penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak sepatutnya menyembunyikan diri mereka yang sebenar di belakang nama pena dan meluahkan pelbagai tuduhan tanpa berasa seperti penembak curi.
" Demi kebenaran dan keadilan, saya cabar 'Awang Selamat' yang boleh diwakili sesiapa saja oleh Utusan Malaysia mengambil bahagian dalam perbahasan terbuka mengenai DAP dan Melayu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.
Dap memberikan tempuh seminggu kepada Utusan Malaysia untuk bersetuju bagi mengadakan perbahasan secara terbuka.
Menurut Tony, perbahasan ini boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) atau TV3 dan format perbahasan boleh dipersetuji sebelum acara tersebut.

IBM : Nampaknya DAP sudah mula cemas. Selama ini bila mereka membuat tuduhan, fitnah yang tak berasa terhadap Kerajaan, kita diam. Kini DAP pula yang panas buntut. Jangan cuba bermain api wahai Tony Pua, jaga kawasan anda, Petaling Jaya Utara (PJU). apa yang telah kamu lakukan di kawasan Parlimen kamu, jangan mencari kesalahan orang lain. Itukan lumrah dunia 'Politik', tak tahan bersara awal........ hidup 'Awang Selamat'...

Dari Sumber : Sinar Harian.

Di Sana Sini..............

Musim Hujan Sudah bermula, hati-hati bila memandu. Lihat awan tu gelap nak hujan.
Murid-murid ini memerlukan Pengangkutan yang betul (BAS) untuk ke Sekolah.
Astro, Astro di mana-mana......dunia tanpa sempadan.

IBM : Buka lah mata kita, lihat-lihat di sekeliling kita, apa yang tak kena.......?

Monday, November 1, 2010

Pemilihan 2010 : Rasmi - Kesilipan Data, AA pula di depan.


Perangkaan rasmi terbaru daripada setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali sedang mendahului dalam pemilihan timbalan presiden dengan mendapat 3,051.

Saifuddin memberitahu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini bahawa Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Sebelum ini, lamanweb PKR menyiarkan keputusan yang menunjukkan Zaid masih mendahului perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.

Difahamkan kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke lamanweb berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.

Berdasarkan keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (selepas 68 cabang mengundi), Zaid mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekat Azmin Ali yang memperolehi 3,051 undi.

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu tidak dapat lagi diakses.

Manakala sidang akhbar Saifuddin yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi, telah ditangguhkan sehingga jam 1 tengahari, dipercayai ada kaitan dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).

Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).

IBM : Sengit, semangkin sengit.........semangkit pening le kepala si Anwar..

Sumber Ikhsan Dari : ureka.asia.

PAS Cuba Menghirit SUKAN Ke kancah ' Politik '

Pemain-pemain Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010.
KUALA TERENGGANU - Penantian Kelantan selama 89 tahun untuk menjulang Piala Malaysia, akhirnya tercapai setelah di nobatkan sebagai Juara setelah menumpaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 2 -1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di dalam suasana perlawanan yang rancak, begitu sengit sekali. Berkat kesungguhan pemain-pemain, akhirnya piala paling berprestij itu menjadi milik mereka pada tahun ini.
Tapi malangnya, didalam kegembiraan para pegawai-pegawai, jurulatih dan pemain-pemain dan penyokong-penyokong pasukan 'cik Siti Wan kembang' itu di persoalkan oleh PAS kerana BN telah memberi 700 tiket secara percuma kepada rakyat di Dewan Undang Negeri (DUN) Galas untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia, Sabtu lepas. kenapa ini pun Pas nak Politikan...?...dah kehabisan modalkah Pas..?
" Apa yang menjadi persoalan Pas ialah, UMNO guna daripada sumber mana bagi tujuan pemberian tiket oercuma itu..? adakah ia daripada duit Kerajaan, apakah di luluskan ataupun di ambil daripada taukeh judi..?."
Perkara ini di di bangkitkan oleh ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah, mempersoalkan tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang seolah-olah menyogok para pengundi di DUN Galas. Dalam masa yang sama, beliau mengharapkan kerusi tersebut kekal milik PAS.

IBM : Dakwaan Ketua Pemuda PAS itu tidak menguntungkan, malah menguatkan lagi jentera-jentera BN dan berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan PRK DUN Galas, milik BN. Sejak kebelakangan ini, PAS berkelakuan seperti 'budak-budak' kehilangan ibu. Takbir....!...orang UMNO pun boleh takbir......hehehehe......

Menjelang PRK Galas : PAS Menghalalkan RASUAH..


GUA MUSANG - Setiap kali bila berlakunya Pilihan Raya kecil (PRK), BN akan menjadi sasaran oleh Pas menuduh mengamalkan RASUAH kepada para Pengundi. Tak kira pengundi dalam atau pun pengundi luar. Tapi keadaannya kini sudah berubah, bak kata perpatah melayu, " Kata Paku Dulang Serpih, Kata Orang Awak Yang Lebih." Pas yang selama ini menabik dada, angkuh mengatakan mereka adalah Parti Islam, Parti yang memperjuangkan Agama Islam dan hak-hak orang-orang Melayu, kini sudah bertukar corak. Warna kehijauan lambang parti Pas sudah nampak pudar. Pas kini menghalalkan RASUAH. Isu terkini, kos balik mengundi di pertahankan, kononya itu bukan RASUAH.
Penasihat Jentera pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, tindakan itu adalah amalan yang biasa di lakukan Pas sejak dahulu , malah turut dilakukan UMNO dan parti-parti lain dari komponen BN. Malah kalau pengundi itu pandai, dia boleh ambil daripada kedua-kedua pihak, kerana undi mereka kita tidak tahu. Kita hanya beri tambang sahaja," katanya. Ini jelas menunjukan Pas memang terdesak untuk meraih undi bagi memenangkan calon mereka di PRK DUN Galas. Mereka tidak segan silu menyatakan itu bukan Rasuah.
Sebelum ini, Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan memberi wang kepada pengundi luar kawasan DUN Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuataan 'sogokan' dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 10 Akta kesalahan pilihanraya 1954.
Ini di beri tahu oleh Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan ahmad Wan Omar, bahawa wang itu boleh di sifatkan 'sogokan' bagi tujuan membeli undi.
" Pihak Parti mengkin boleh memberi pelbagai alasan, tapi akta kesalahan pilihan raya dengan jelas mengatakan itu salah di sisi undang-undang, " katanya.

IBM : Memang PAS dah lama buat kerja ini. Sengaja mencari kesalahan orang lain dan menutup kesalahan sendiri dan menuduh pihak lain mengamalkan RASUAH. Memang Dasar PAS begitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...