Tuesday, November 2, 2010

' Awang Selamat' Di Cabar Berbahas


KUALA LUMPUR - Kolum 'Awang' Selamat terbitan Utusan Malaysia dicabar adakan perbahasan terbuka berhubung isu DAP dan Melayu kerana didakwa melontar perbagai fitnah, pembohongan dan tuduhan liar terhadap DAP.
Setiausaha Publisiti Kebangsaa DAP, Tony Pua berkata, perbahasan terbuka itu akan membongkar bukti kukuh sikap Utusan Malaysia dan ancamannya yang di anggap sangat bahaya.
Menurutnya, serangan Utusan yang dimiliki UMNO terhadap DAP semakin keterlaluan dengan tuduhan terhadap Kerajaan Pulau Pinang berhubung isu penjaja dan menuduh parti itu menghalau orang Melayu daripada negeri itu.
Penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak sepatutnya menyembunyikan diri mereka yang sebenar di belakang nama pena dan meluahkan pelbagai tuduhan tanpa berasa seperti penembak curi.
" Demi kebenaran dan keadilan, saya cabar 'Awang Selamat' yang boleh diwakili sesiapa saja oleh Utusan Malaysia mengambil bahagian dalam perbahasan terbuka mengenai DAP dan Melayu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini semalam.
Dap memberikan tempuh seminggu kepada Utusan Malaysia untuk bersetuju bagi mengadakan perbahasan secara terbuka.
Menurut Tony, perbahasan ini boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) atau TV3 dan format perbahasan boleh dipersetuji sebelum acara tersebut.

IBM : Nampaknya DAP sudah mula cemas. Selama ini bila mereka membuat tuduhan, fitnah yang tak berasa terhadap Kerajaan, kita diam. Kini DAP pula yang panas buntut. Jangan cuba bermain api wahai Tony Pua, jaga kawasan anda, Petaling Jaya Utara (PJU). apa yang telah kamu lakukan di kawasan Parlimen kamu, jangan mencari kesalahan orang lain. Itukan lumrah dunia 'Politik', tak tahan bersara awal........ hidup 'Awang Selamat'...

Dari Sumber : Sinar Harian.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...