Friday, January 28, 2011

Kuburkan PAS di Tenang, seleweng Islam, tunduk pada DAP

Dulu, Karpal Singh pun nak kuburkan PAS. Sendiri mahu ingat le PAS


SEJAK penubuhannya, Pas bangga berkokok laksana ayam sabung mencanang kononnya merekalah satu-satunya parti yang benar-benar Islam, berjuang atas syariat Islam dan demi mempertahankan maruah bangsa dan agamanya.

Malahan, sejak sebelum merdeka, Pas pernah membuat kutukan terhadap UMNO kerana tindakan parti nombor satu masyarakat Melayu ini bergabung dengan MCA dan MICmembentuk parti Perikatan.

Dakwa Pas, UMNO memperjudikan nasib orang-orang Melayu dan ‘menjual’ bangsanya sendiri melalui penggabungan tersebut untuk mencapai kemerdekaan. Kononnya, tindakan UMNO untuk bergabung dengan MIC dan MCA hanyalah bersifat propaganda politik semata-mata.

Pas mengutuk penggabungan terbabit dan menyeru rakyat Tanah Melayu khususnya yang beragama Islam agar tidak ‘bersubahat’ dengan UMNO. Antara kecaman yang pernah dilontarkan oleh Pas termasuklah pertuduhan yang terlalu berat untuk diterima oleh ahli-ahli UMNO apabila mereka dikatakan sebagai kafir kerana penggabungan terbabit.

Hal tersebut berlanjutan hingga ke PRU-12 dan kemudiannya, Pas bukan hanya bersekutu dengan orang-orang bukan Islam apabila melihat kejayaan pelaksanaan yang dilakukan oleh UMNO-MCA–MIC dan parti-parti kompenan lain dalam BN sebaliknya lebih teruk lagi mereka menggadaikan perjuangan Islam dan sanggup bersekongkol menyekutukan perintah Allah.....baca lagi....[ KLIK DISINI ]

* Baca jangan tak baca. Insyallah, PAS akan berkubur di Tenang kerana hati mereka memang tak Tenang, penuh dengan hasat dengki, fitnah dan mengelirukan rakyat khusnya pengundi-pengundi di DUN Tenang. Jom tolak PAS dan kita kuburkan PAS beramai-ramai. - IBM

Bahaya DAP kepada kedaulatan dan perlembagaan negara


Salam, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.
Ini bukan cerita pasal 'rasis'...tapi ini realiti yang patut di ambil iktibar oleh umat-umat Islam terutamanya para penyokong PAS yang terlalu 'Ekstrem.'








Kesombongan DAP Tidak Boleh Menolak Dan Mengubah Takdir Allah Bahawa Malaysia Negara Islam Dan Pemimpin Tertinggi Malaysia Orang Islam.

Sikap anti negara Islam yang di taja oleh Britisah diteruskan oleh DAP. Pada bulan Februari tahun 1989, semasa seminar "KeArah Memperkenalkan Undang-undang Syariah' di UIA wakil DAP Tan Seng Giaw dan Paul Tan dari Majlis Agama-agama telah menyuarakan desakan supaya distiharkan Malaysia ini adalah sebuah negara sekular.

Hingga ke sekarang ini, jurucakapnya yang jelas yang terus-menerus menyuarakan penentangan terhadap fatwa dan rumusan bahawa Malaysia sebagai negara Islam dan menentang pelaksanaan hukum Islam dan membenci Islam dan bangsa Melayu ialah Karpal Singh.

Bahkan, dengan penuh kesombongan, Karpal Singh menegur Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS agar terima hakikat tafsiran dan dakwaannya bahawa Malaysia adalah negara sekular dan beliau mencabar jika hendak tegak negara Islam langkah mayatnya dahulu.

Itu tafsiran Karpal Singh yang di dalam hatinya memang sedia tersemat bencikan Islam. Bolehkah tafsirannya itu menolak dan menafikan tafsiran para ulama dan juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 yang telah disahkan oleh Yang Dipertuan Agong yang dikemukan dalam buku ini terdahulu?

Kesombongan Karpal Singh tidak boleh menafikan dan menolak hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kesombongn Karpal Singh juga tidak boleh menolak takdir Allah yang telah menetapkan bahawa pemimpin tertinggi negara Malaysia ialah orang Islam, iaitu Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menterinya ialah orang Melayu dan Islam.

Bagi menguatkan hujah ini, renungi firman Allah dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 26 ; "Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau (Allah) berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan engkau akan cabutkan kerajaan daripada tangan orang yang Engkau kehendaki..."

Selanjutnya, Allah beerfirman untuk umat Nabi Muhammad SAW (dalam kontek Malaysia ialah rakyat yang bangsa Melayu dan orang Islam di kalangan bangsa lain), maksudnya : "Kemudian kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi bagi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, agar kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan." (Surah Yunus [10]: 14).

Ayat di atas boleh dihubungkan juga dengan firman Allah selanjutnya, maksudnya ; "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah dan dipusakai-nya kepada siapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa." )Surah al-' Araf ayat 128). Hamba Allah yang bertakwa hanya ada dalam agama Islam.

* Bersambung...... IBM

Cerita Hangat!! Ummi Hafilda sedia dedah 'Kes dahsyat'

Panas, Panas, semangkin Panas. Terbaru, Ummi Hafilda naik berang dan akan melepaskan segala geramnya dan apa yang tersimpan begitu lama. Katanya dia dah tak tahan ditomah, difitnah lagi dan lagi.

Jesteru itu, Ummi Hafilda Ali mendakwa akan mendedahkan satu kes 'dahsyat' melibatkan abang kandungnya, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Bagaimanapun beliau akan berbincang terlebih dahulu perkara itu dengan Polis sebelum mendedahkannya.

Kata Ummi, dia ada satu kes yang amat ngeri melibatkan Azmin dan Anwar untuk didedahkan tetapi perlu merujuk terlebih dahulu dengan pihak Polis sebelum mendedahkannya. Diharap semua pihak bersabar, bila mendapat kebenaran dari pihak polis, perkara itu akan didedahkan.

Semalam, Ummi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membuat laporan Polis serta memberi keterangan melibatkan Azmin dan Anwar. Tapi laporan polis tidak dapat dibuat kerana Mohd Bakri mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan berkemungkinan pertemuan mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

Ummi berkata, laporan dibuat untuk membersihkan namanya yang didakwa tercemar akibat difitnah. Beliau mendakwa difitnah mempunyai skandal seks dengan individu tertentu sehingga menyebabkan maruahnya tercemar. Dia percaya fitnah itu adalah konspirasi terhadapnya setelah dia tidak mahu bersekongkol untuk menarik bslik surat salah laku Anwar yang ditulisnya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sudah sampai masanya dia membersihkan namanya yang tercemar dan mahu keadilan ditegakkan. Kita tunggu dokumen berupa bukti untuk diserahkan kepada Polis bagi membantu siasatan.

* Haha...panas, panas...memang panas! Maka panas dan berasap le buntuk si Azmin dan Anwar tu nanti.
Apapun kita ucapkan setinggi tahniah kepada Ummi yang berani mendedahkan satu lagi kes yg melibat Azmin dan Anwar. Kita tunggu akan perkembangan selanjut. Kita sentiasa menyokong dan sentiasa bersama Ummi memberi semangat. Hidup Ummi - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

28 JANUARI
Salam, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Mari kita mengimbau Sejarah Tanah Air...apa yang berlaku pada hari ini.

PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUS KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA – SIAM
PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM
Tarikh Peristiwa: 28-01-1955


Pada hari ini dalam tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu dan Siam telah bersetuju mengadakan gerakan bersama menghapus komunis di sempadan kedua-dua buah negara. Dalam perbincangan ini pihak Persekutuan Tanah Melayu diwakili Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald Mac Gillirary dan Left. General Sir Geoffrey Bourne. Manakala Siam diwakili oleh Ketua Polis Negara iaitu Phao Siriyonan. Antara perkara-perkara yang telah disepakati berkaitan dengan operasi polis dan tentera menghapus khemah-khemah komunis di Sadao, Utara Kedah, di Betong dan di Utara Kelantan. Selain itu kedua-dua pihak juga bersetuju memperkemaskan lagi Biro penyiasatan yang berpusat di Songkla. Kerjasama yang diterajui kedua-dua pihak ini, telah memberi kesan yang besar dalam usaha kedua-dua negara menghapus kegiatan komunis terutama di kawasan sempadan negara masing-masing.

* Ingat komunis ingat DAPig. Mereka adalah pejuang-pejuang saki baki Parti Komunis Malaya. Selamat Membaca - IBM

Sumber : Arkib Negara.

Thursday, January 27, 2011

PKR menuju kehancuran dan akan pupus bak sampah..

Salam 2 All.

PENGASAS PKR ADAKAN PERHIMPUNAN BESAR KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI

PARTI KELENTONG RAKYAT
Antara yang keluar dari PKR. Bye..Bye..PKR
Wajah-wajah anak beranak yang merosakkan akhlak rakyat jelata

LABIS, – Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong menyertai MCA hari ini berkata satu perhimpunan besar akan diadakan pada bulan Mac ini bagi membawa keluar lebih 3000 ahli PKR.

Ahli MT PKR masuk MCABeliau yang juga antara pengasas PKR yang memegang keahlian 00012 berkata PKR sekarang tiada agenda perjuangan melainkan untuk perjuangan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu ketagih untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dalam dunia ini tidak ada parti yang paling hebat selain PKR di mana pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipilih ahli untuk memimpin. Dia (Anwar) bukan Ketua Umum tapi Ketua Ketuanan PKR.

“Saya percaya tidak lama lagi PKR akan ke langit bukan ke dalam tanah tapi terus naik ke langit”, katanya dalam satu sidang media bagi mengisytiharkan beliau keluar PKR dan menyertai MCA.

Tegas beliau lagi prinsip perjuangan PKR sering berubah-ubah ikut kesesuaian masa dan kerana itu lebih 90 peratus pengasas parti itu sudah pun keluar meninggalkan parti.

“Lihat contoh parti Progresif Taiwan yang mana selama 8 tahun mentadbir Taiwan menjadikan Rakyat negara itu mundur tampa sebarang pertumbuhan Ekonomi.

“Malah ramai rakyat Taiwan yang melarat dalam mencari nafkah hidup akibat dari amalan parti Progresif yang dulunya Pembangkang ini mempolitikkan apa sahaja walaupun mereka telah menjadi Kerajaan. Saya lihat PKR seperti parti di Taiwan ini yang semua perkara hendak dipolitikkan”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau menjelaskan penyertaannya dalam MCA kerana melihat MCA di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah banyak melakukan program transformasi parti.

“Saya juga melihat Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak turut mempunyai agenda transformasi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik dan social yang mampu membela rakyat dan memajukan lagi Negara”, katanya. -MediaUMNO

* Hancur, hancur, hancur. PKR akan hancur tak lama lagi. Semangkin ramai lagi pemimpin dan ahlinya akan meninggalkan PKR, parti yang tiada hala tuju dan ditubuhkan semata-mata untuk tujuan agenda Si-aljuburi dan anak beranaknya. Aryos PKR - IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...