Friday, January 28, 2011

Bahaya DAP kepada kedaulatan dan perlembagaan negara


Salam, Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia.
Ini bukan cerita pasal 'rasis'...tapi ini realiti yang patut di ambil iktibar oleh umat-umat Islam terutamanya para penyokong PAS yang terlalu 'Ekstrem.'








Kesombongan DAP Tidak Boleh Menolak Dan Mengubah Takdir Allah Bahawa Malaysia Negara Islam Dan Pemimpin Tertinggi Malaysia Orang Islam.

Sikap anti negara Islam yang di taja oleh Britisah diteruskan oleh DAP. Pada bulan Februari tahun 1989, semasa seminar "KeArah Memperkenalkan Undang-undang Syariah' di UIA wakil DAP Tan Seng Giaw dan Paul Tan dari Majlis Agama-agama telah menyuarakan desakan supaya distiharkan Malaysia ini adalah sebuah negara sekular.

Hingga ke sekarang ini, jurucakapnya yang jelas yang terus-menerus menyuarakan penentangan terhadap fatwa dan rumusan bahawa Malaysia sebagai negara Islam dan menentang pelaksanaan hukum Islam dan membenci Islam dan bangsa Melayu ialah Karpal Singh.

Bahkan, dengan penuh kesombongan, Karpal Singh menegur Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS agar terima hakikat tafsiran dan dakwaannya bahawa Malaysia adalah negara sekular dan beliau mencabar jika hendak tegak negara Islam langkah mayatnya dahulu.

Itu tafsiran Karpal Singh yang di dalam hatinya memang sedia tersemat bencikan Islam. Bolehkah tafsirannya itu menolak dan menafikan tafsiran para ulama dan juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 yang telah disahkan oleh Yang Dipertuan Agong yang dikemukan dalam buku ini terdahulu?

Kesombongan Karpal Singh tidak boleh menafikan dan menolak hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam. Kesombongn Karpal Singh juga tidak boleh menolak takdir Allah yang telah menetapkan bahawa pemimpin tertinggi negara Malaysia ialah orang Islam, iaitu Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menterinya ialah orang Melayu dan Islam.

Bagi menguatkan hujah ini, renungi firman Allah dalam ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 26 ; "Katakanlah, wahai Tuhan yang mempunyai Kerajaan, Engkau (Allah) berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan engkau akan cabutkan kerajaan daripada tangan orang yang Engkau kehendaki..."

Selanjutnya, Allah beerfirman untuk umat Nabi Muhammad SAW (dalam kontek Malaysia ialah rakyat yang bangsa Melayu dan orang Islam di kalangan bangsa lain), maksudnya : "Kemudian kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi bagi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, agar kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan." (Surah Yunus [10]: 14).

Ayat di atas boleh dihubungkan juga dengan firman Allah selanjutnya, maksudnya ; "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah dan dipusakai-nya kepada siapa yang dikehendakinya dari kalangan hamba-hambanya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa." )Surah al-' Araf ayat 128). Hamba Allah yang bertakwa hanya ada dalam agama Islam.

* Bersambung...... IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...