Friday, March 4, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

04 MARCH


ASSALAMUALAIKUM SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Mari kita tinjau apa yang berlaku pada hari ini.......


PENUBUHAN LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)
Tarikh Peristiwa : 04-03-1967

Pada hari ini dalam tahun 1967, Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan atau Federal Industrial Development Authority (FIDA) telah ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (3) Akta (Penubuhan) Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan 1965. FIDA berfungsi sebagai sebuah badan autonomi untuk menggalak dan mempercepatkan pembangunan perindustrian di Malaysia. Di antara peranan utama FIDA ialah menyelaraskan rancangan perusahaan kerajaan dengan rancangan sektor swasta, menyelaraskan kemajuan perusahaan di negeri-negeri dan menjalankan kajian mengenai galakan-galakan bagi perusahaan eksport. Pada tanggal 1 Mac 1979, nama FIDA telah ditukar kepada Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia atau Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) dengan pengwartaan Akta FIDA (Penukaran) Nama dan Pindaan, 1979. Tugas-tugas MIDA adalah seperti menilai permohonan untuk mendapatkan lesen pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 dan galakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 serta memberi nasihat kepada Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengenai penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan penggalakan dan perindustrian.


[Kursus Staf Maktab Turus Angkatan Tentera]

PENGUMUMAN PENUBUHAN MAKTAB TURUS ANGKATAN TENTERA YANG PERTAMA DI MALAYSIA
Tarikh Peristiwa : 04-03-1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Menteri Muda Pertahanan, Tengku Ahmad Rithaudden Ismail telah mengumumkan penubuhan Maktab Turus Angkatan Tentera yang pertama yang akan dibina di Haigate, Kuala Lumpur (berdekatan dengan Kompleks Kementerian Pertahanan). Cadangan penubuhan Maktab ini telah mula disuarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein sejak tahun 1969 lagi. Maktab Turus Angkatan Tentera merupakan institusi pengajian kedua tertinggi di dalam Angkatan Tentera. Matlamat utama penubuhan Maktab ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai yang terpilih agar menjadi pegawai staf terlatih di dalam Tentera Darat, Laut dan Udara. Maktab yang telah dirasmikan pada 8 Januari 1972 oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein ini telah memulakan kursus yang pertamanya pada Januari 1972 dengan 30 orang siswa dari ketiga-tiga perkhidmatan. Bilangan penuntut bertambah pada tahun berikutnya dengan penyertaan siswa dari Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Penyertaan siswa dari luar negara bermula pada tahun 1974. Pada tahun 1995, Maktab ini maju setapak lagi selaras dengan keperluan pertahanan negara apabila melaksanakan program berkembar lepasan ijazah dengan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, iaitu Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan.


* TERUSKAN MEMBACA, JANGAN JEMU - IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Panas!! Anwar akan dibogelkan di Kerdau oleh bekas pembantunya..


ASSALAMUALIKUM.

TERKINI DARI KERDAU !! [SUMBER DARI: MALAYSIAKINI]

Jika Pakatan Rakyat menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata terakhirnya, BN juga mempunyai keupayaan yang sama dalam pilihan raya kecil Kerdau yang kini masuk hari-hari terakhir.

Bukan sahaja saksi penting perbicaraan liwat 1998, Ummi Hafilda Ali turun ke Kerdau, tetapi dua bekas pembantu Anwar - Rahimi Osman dan Rashid Rosdi - juga berikrar berkempen bagi menafikan "fitnah" ketua pembangkang itu.

rahimi osman kerdau
"Temerloh ini memang kampung saya. Saya tak mahulah mereka termakan fitnah Anwar ini," kata Rahimi yang kini memakai baju BN.

Rahimi sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat.

Bercakap dalam sidang media di bilik gerakan induk BN di Kerdau, Rahimi berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya esok.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan mengulas tentang kes liwat - di mana Anwar menjadi tertuduh - kerana ia masih dibicarakan di mahkamah.

Katanya, sambutan setakat ini menggalakkan.

"Tetapi kita tidak boleh pandang mudah sangat sebab sebelum ini menang pun tak banyak sangat," katanya.

NONE
Menurutnya, beliau akan mula mendedahkan "hubungan" Anwar dengan Israel.

"Buktinya ada. Saya pun kerja dengan dia," katanya yang mahu mendedahkannya sedikit-sedikit.

Ditanya bila menyertai Umno, Rahimi berkata ia berlaku sejak hari pertama lawan Anwar.

Rahimi juga menafikan dibeli oleh BN sebaliknya berkata, ia soal kesedaran.

* JOM KITA RAMAI-RAMAI KE KERDAU. TAK SABAR RASANYA NAK TELANJANGKAN SI NUAR NI- IBM

Thursday, March 3, 2011

Rupa-rupanya Pas takut pada Ummi Hafilda..


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Saya nak cerita sikit ni. Rupa-rupanya Pas ni pengecut. Mereka takut pada Ummi Hafilda dan memfitnah UMNO dan menuduh Umno macam budak-budak gunakan Ummi. Cuba baca sedikit maklumat tentang Pas yg bodoh dan amat terdesak dan sebenarnya merekalah yg berperangai kebudak-budakkan..........

JASIN, 3 Mac: Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan Ummi Hafilda sebagai askar upahan Umno BN untuk membantu kempen mereka.

Abdul Halim tidak menolak kemungkinan Ummi dibayar Umno BN untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR.

“Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar.

“Saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan,” kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, di sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagaimanapun berkata, Ummi digunakan pada waktu yang tidak tepat dan tidak memberikan impak yang besar kepada pada PRK di Merlimau ini.

* BAGI SAYA TUDUHAN YANG TAK BERASAS ITU KERANA PAS SUDAH KEHABISAN MODAL. KONONNYA NAK MEMBELA RAKAN KONGSINYA SI ANWAR SI AL-JUBURI. - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

Persidangan Dewan Rakyat

SALAM 2 ALL. HARI INI DALAM SEJARAH.......

DEWAN RAKYAT MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG BAHASA KEBANGSAAN 1967
Tarikh Peristiwa : 03-03-1967

Pada hari ini 3.3.1967 Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi yang tunggal bila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967. Rang Undang-Undang ini telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada 2 Mac 1967 dan telah disokong oleh Menteri Kewangan Tan Siew Sin. Perbahasan yang hangat telah terjadi selama dua hari suntuk dengan bangkangan dari ahli-ahli PAS yang diketuai oleh Dato Mohammad Asri Hj. Muda. Tokoh-tokoh bahasa, sasterawan dan rakyat melayu memang telah lama berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi. Walau bagaimanapun usaha ini kurang berjaya dan pemimpin-pemimpin kerajaan berjanji akan menaikkan taraf Bahasa Melayu kepada Bahasa Kebangsaan dan rasmi hanya 10 tahun selepas merdeka 1957. Oleh kerana itu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perkara 52, Fasal I, telah mencatitkan bahawa bahasa-bahasa lain tidak boleh ditegah dari digunakan. Fasal 3, 4 dan 5, pula telah membenarkan bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi, bahasa Undang-Undang, perbincangan dan tugas-tugas mahkamah. Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 ini adalah bertujuan untuk menghapuskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan menggantikannya dengan Bahasa Melayu. Di samping itu juga, perbahasan di parlimen mestilah dijalankan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan dalam kehidupan harian ataupun dengan cara membuat terjemahan ke dalam Bahasa Melayu. Di Sabah dan Sarawak, Bahasa Inggeris masih boleh digunakan sebagai bahasa rasmi kecuali kalau ada bantahan dari Dewan Undangan Negeri. Setelah dibahaskan dengan begitu hangat, Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 telah berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada hari ini dalam tahun 1967. Bangkangan-bangkangan terhadap Rang Undang-Undang ini datangnya dari ahli-ahli PAS, berjumlah 9 orang dan beberapa orang tokoh-tokoh politik seperti Dato S.P.Seenivasagam, dan C.D.Devan Nair. Dengan lulusnya Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 itu Bahasa Melayu akhirnya dimahkotakan sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi yang tunggal di negara kita dan berkuatkuasa mulai 1 September 1967. DAN SETERUSNYA PADA HARI YANG SAMA.....



PENUBUHAN JAWATANKUASA MENGKAJI MATLAMAT-MATLAMAT LATIHAN PERGURUAN
Tarikh Peristiwa : 03-03-1971

Kajian semula merupakan agenda yang penting terutama sekali berkaitan memperbaiki hasil sesuatu keluaran, kos operasi serta ke arah proses-proses memperbaiki mutu. Bagi Kementerian Pelajaran Satu Jawatankuasa Mengkaji Matlamat-matlamat Latihan Perguruan telah ditubuhkan pada 3.3.1971.
Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan mengkaji serta memperbaiki perkembangan sistem pendidikan dan pelajaran di negara ini. Di samping mewujudkan perpaduan melalui pendidikan.
Beberapa perkara telah diatur bagi menjayakan tugas dan dan tanggungjawab jawatankuasa ini iaitu:

  1. Mengadakan pemilihan calon untuk latihan perguruan dengan teliti dan bijaksana;
  2. Memberi latihan ikhtisas sepenuhnya kepada guru yang bakal menjadi pengajar/pembimbing kepada pelajar-pelajar.
  3. Memupuk semangat taat setia para guru kepada negara dan memberi peluang untuk perkembangan peribadi mereka.

Ekoran daripada cadangan Jawatankuasa ini, program latihan perguruan telah disemak semula dalam tahun 1970an di mana seorang pakar British Prof. Alee Rose dari Universiti of Lacester telah diundang ke Maktab-maktab Perguruan di seluruh negara pada tahun 1972. Untuk mengkaji serta memberi pandangan mengenai masalah memperkemas dan mempertingkatkan mutu latihan perguruan kebangsaan di negara ini. Usaha-usaha bagi memperbaiki latihan perguruan ini, seiring dengan perubahan-perubahan semasa di dalam bidang pendidikan serta usaha-usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu menghadapi cabaran abad akan datang.

* KEPADA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN SUDI-SUDILAH MEMBACA - IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Wednesday, March 2, 2011

Undi Pas untuk perubahan, satu pembohongan

Segala apa yang di janjikan oleh mereka(PAS) adalah bohong sama sekali - RAZALI

Terkini Dari KERDAU : [Sumber Dari : Umnonline]

ASSALAMUALIKUM.

KUALA KRAU 2 Mac – Pengundi Kerdau disaran tidak terpengaruh dan tertipu dengan kempen pembangkang yang merayu para pengundi memberikan kemenangan kepada mereka kononnya untuk membawa suara rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata itu merupakan satu pembohongan yang nyata dan jelas kerana mereka tidak mampu untuk melaksanakan sepertimana yang dicanang dan diwar-warkan.

Soal beliau apa yang boleh dilaksanakan jika mereka hanya sekadar memenangi satu kerusi kerana negeri yang diperintah oleh parti pembangkang seperti Selangor, Kedah serta beberapa negeri lain dibawah kuasa mereka tidak menampakkan apa-apa kemajuan.

“Apa sangat satu kerusi boleh buat sesuah rakyat Selangor memberikan satu kerajaan kepada mereka pun gagal, member kerajaan di Kedah dan Pulau Pinang pun mereka gagal, saya tidak percaya satu kerusi boleh membuat perubahan kepada Kerdau.

“Yang mereka mahukan adalah kemenangan dalam pilihan raya kecil yang mungkin terakhir sebelum pilihgan raya umum. Jadi mereka nak katakan nanti rakyat kembali bersama mereka. Itu sebenarnya yang mereka mahukan dan rakyat khususnya pegundi saya minta jangan tertipu dengan pujuk rayu kononnya dengan memberi kemenangan di Kerdau , mereka akan membuat perubahan besar,” katanya.

Kata beliau lagi jika pembangkang menang dikhuatiri akan tercicir penduduk dan pengundi di kawasan ini.

“Jadi ini yang saya takut. Namun saya penuh yakin dan percaya pengundi sudah bijak dan matang untuk membuat penilaian dan pembangkang nampak sangat terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat masih bersama mereka,” katanya.


KALAU DAH KAKI PEMBOHONG TU, PEMBOHONG JUGAKLAH PAS NI. TAK HABIS-HABIS NAK BERBOHONG. KATA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM, TAPI MEREKA TERUS BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAAT. INIKAH PARTI YANG HARUS DISOKONG DAN DITERIMA RAKYAT??....FIKIR-FIKIRKAN - IBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...