Sunday, April 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

o3 APRIL

Mahkamah Rendah Klang

Assalamualaikum Semua.

Maaf, sibuk sikit. Baru hari ini ada kesempatan untuk update blog ini. Kita sambung kembali akan sejarah tanah air kita. Jom baca........

PERASMIAN MAHKAMAH RENDAH BAHARU DI BANDAR KLANG
Tarikh Peristiwa : 03-04-1965

Pembinaan bangunan untuk menempatkan satu-satu organisasi ataupun jabatan merupakan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk menjadikan organisasi lebih cekap, efektif dan berkesan. Tahun 1960-an merupakan masa yang banyak digunakan untuk pembinaan bangunan jabatan-jabatan Kerajaan. Pada hari ini 3.4.1965, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah merasmikan bangunan baru Mahkamah Rendah di bandar DiRaja Kelang Selangor. Mahkamah Rendah ini merupakan yang terbesar sekali di Tanah Melayu pada masa itu. Mahkamah Klang asalnya, berada di dalam Pejabat Daerah, kemudian telah mengalami beberapa tempat berpindah antaranya ke Pusat Persinggahan di atas bukit. Apabila kedatangan Jepun rumah persinggahan dirobohkan sekali lagi Mahkamah dipindahkan ke bangunan Chinese Overseas Bank. Bangunan baru ini berharga RM238,000 iaitu bangunan berharga 162,077 dan kos pengambilalihan tanah sebanyak RM65,923. Bertitah semasa perasmian baginda menerangkan, 'Undang-undang kita menjelaskan tidaklah siapa-siapa didapati salah sebelum diterangkan dengan tiada shak dan waham oleh pendakwa. Cara inilah menjauhkan kita daripada kezaliman dan aniaya dan memelihara keamanan kita'. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Besar Selangor Dato' Harun Haji Idris dan Hakim Besar Malaya Dato' Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah. Diharap dengan pembinaan bangunan baru dengan segala kemudahan baru ini segala kes-kes mahkamah dapat diputuskan dengan cepat dan keadilan pada rakyat dapat dijalankan dengan lebih sempurna lagi.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Friday, April 1, 2011

Selangor tidak akan bubar DUN tahun ini - MB

Assalamualaikum semua.

Oleh kerana tidak cekap memerintah, dan segala janji-janji tidak tertunai, Pakatan Rakyat takut untuk mengadakan PR umum pada tahun ini. Ini di jelaskan oleh MB Selangor, Khalid gagap....

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Dewan Undangan Negeri Selangor (Dun) tidak akan dibubarkan untuk diadakan pilihanraya tahun ini.

Ini menguatkan kenyataan sebelum ini bahawa negeri-negeri Pakatan tidak akan ikut bersama dengan Pilihanraya Umum.

“Kalau pun Parlimen dibubar atau tidak tahun ini, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubar tahun ini,” kata Khalid.

Beliau berkata demikian ketika penagguhan sidang Dun negeri itu di Shah Alam sebentar tadi. Ramai membuat spekulasi Pilihanraya Umum akan diadakan sama ada bulan Jun atau September tahun ini.


Sah, Khalid gagap and the geng merasakan tekanan yang begitu ketara, kerana rakyat sudah mula berpaling muka dan kembali menyokong Umno/BN untuk PRU ke-13 nanti. Ini membuat Khalid tergagap dan terus tergagap. Ikhlas Dari : IBM

Video seks : KPN sahkan Video seks tulen, Zul kata 110% dia.....


Assalamualaikum Semua rakan-rakan pembaca yang budiman.

Hangat, semangkin hangat!!

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam

Huhuhuhu.....memang panas, panas bak goreng pisang!!! Tak sabar nak dengar akan berita sensasi di abad ini yang mana seorang insan yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin No 1 Malaysia di sahkan bahawa beliaulah pelakun utama di dalam video seks tersebut. Mana mahu lari lagi nuar oiiiii...kantoi kamu kali ini.
Setia menunggu dan akan menunggu. Ikhlas Dari : IBM

[SUMBER : SUNGAI RAPAT ONLINE]

Wahai PR, Jangan Angkuh!!!

Assalamualaikum Semua.

Memang kebelakangan ini, Pakatan Rakyat di Selangor selalu cakap merapu, para pemimpinnya begitu angkuh bila berkata-kata seolah-olah negeri Selangor ini akan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya. Saya setuju dengan apa yang di katakan oleh YB Ketua Penerangan UMNO Selangor supaya Pakatan Rakyat tidak terlalu angkuh, kelak akan memakan diri..........


SHAH ALAMPakatan Rakyat (PR) Selangor diingatkan agar jangan terlalu angkuh, ego dan memandang ringan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menawan semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau yakin hasrat itu akan dapat dicapai dengan perkembangan positif dari segi penerimaan rakyat Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perubahan di negeri itu.

Menurutnya, pelbagai usaha akan terus digerakkan untuk mendekati pengundi-pengundi di Selangor walaupun kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’.

“PR di Selangor perlu berwaspada dengan perkara ini kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mereka sedang diperhatikan rakyat negeri itu apabila banyak janji pilihanraya yang lalu masih belum ditunaikan dan terbaru buku jingga dilancarkan dengan menabur janji baru yang retorik semata-mata.

“Penerimaan rakyat Selangor terhadap lawatan Tan Sri Muhyiddin menjadi bukti sokongan terhadap pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Abdul Shukor juga yakin hanya BN mampu memberikan kepentingan yang boleh menjamin masa depan anak bangsa bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh Malaysia.

Hari Ini Dalam Sejarah

01 APRIL

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Mengimbau sejarah silam.......

PENUBUHAN MALAYAN UNION
Tarikh Peristiwa : 01-04-1946
Pada hari ini dalam tahun 1946, Tanah Melayu telah diletakkan di bawah Sistem Pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union bagi menggantikan pemerintahan sementara iaitu Pentadbiran Tentera British atau BMA. Penubuhan Malayan Union ini telah meletakkan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan negeri jajahan British sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang Gabenor British. Di bawah pentadbiran ini Sultan-sultan Melayu telah kehilangan kedaulatan dan kuasa-kuasa ke atas negeri-negeri masing-masing, ianya terhad kepada soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri sahaja. Perlembagaan Malayan Union juga telah memberi hak kewarganegaraan yang saksama tanpa mengira bangsa dan asal keturunan melalui prinsip Jus Soli. Akibat daripada tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang-orang Melayu mengenai penubuhan Malayan Union suatu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada Julai 1946 bagi merangka sebuah perlembagaan baru yang dapat diterima oleh orang Melayu. Draf pelembagaan tersebut telah disiapkan pada bulan Disember 1947, menjadi asas kepada Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani pada 21 Januari 1948. Sesungguhnya Malayan Union telah membangkitkan dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...