Sunday, April 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

o3 APRIL

Mahkamah Rendah Klang

Assalamualaikum Semua.

Maaf, sibuk sikit. Baru hari ini ada kesempatan untuk update blog ini. Kita sambung kembali akan sejarah tanah air kita. Jom baca........

PERASMIAN MAHKAMAH RENDAH BAHARU DI BANDAR KLANG
Tarikh Peristiwa : 03-04-1965

Pembinaan bangunan untuk menempatkan satu-satu organisasi ataupun jabatan merupakan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk menjadikan organisasi lebih cekap, efektif dan berkesan. Tahun 1960-an merupakan masa yang banyak digunakan untuk pembinaan bangunan jabatan-jabatan Kerajaan. Pada hari ini 3.4.1965, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz telah merasmikan bangunan baru Mahkamah Rendah di bandar DiRaja Kelang Selangor. Mahkamah Rendah ini merupakan yang terbesar sekali di Tanah Melayu pada masa itu. Mahkamah Klang asalnya, berada di dalam Pejabat Daerah, kemudian telah mengalami beberapa tempat berpindah antaranya ke Pusat Persinggahan di atas bukit. Apabila kedatangan Jepun rumah persinggahan dirobohkan sekali lagi Mahkamah dipindahkan ke bangunan Chinese Overseas Bank. Bangunan baru ini berharga RM238,000 iaitu bangunan berharga 162,077 dan kos pengambilalihan tanah sebanyak RM65,923. Bertitah semasa perasmian baginda menerangkan, 'Undang-undang kita menjelaskan tidaklah siapa-siapa didapati salah sebelum diterangkan dengan tiada shak dan waham oleh pendakwa. Cara inilah menjauhkan kita daripada kezaliman dan aniaya dan memelihara keamanan kita'. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Besar Selangor Dato' Harun Haji Idris dan Hakim Besar Malaya Dato' Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah. Diharap dengan pembinaan bangunan baru dengan segala kemudahan baru ini segala kes-kes mahkamah dapat diputuskan dengan cepat dan keadilan pada rakyat dapat dijalankan dengan lebih sempurna lagi.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

[SUMBER : ARKIB NEGARA]

2 comments:

  1. Salam Bro IBBM,

    Ternyata pada saat ini, mahkamah tersebut dalam proses manaik taraf.....
    Terima kasih atas info sejarahnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...