Monday, May 30, 2011

Barcelona 3 Manchester United 1

DARI MEJA IBM :

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.
Sembang Bola :-
Barcelona 3-1 manchester united final liga juara2 eropah 2011

Satu perlawanan yang menarik. Tahniah kepada Barcelona kerana mempamirkan permainan yang begitu mempersonakan. Saya yakin para peminat tidak mengantuk walaupun perlawanan di tonton lewat pagi. Kepada pasukan Manchester United, jangan putus asa, cuba lagi dan tingkatkan lagi mutu permainan di peringkat Eropah, jangan dikata orang sebagai jaguh kampung, hanya menyerlah di BPL inggeris sahaja.
Siapa lebih hebat?..Messi atau Rooney ?

Kita Jumpa lagi tahun depan, dan jangan lupa kepada peminat-peminat Manchester United, nantikan kedatangan pasukan kesayangan anda, tak tahu bila. Yang penting, pasukan kesayangan saya, Liverpool akan datang ke Malaysia pada bulan July ini. Akan menanti kunjungan the Reds dengan penuh debaran. Liverpool, dan dengan doa ribuan peminat, The Reds akan bangkit dan akan menjuari Champion League .You'll never walk alone..!

Sunday, May 29, 2011

Menipu, menipu dan menipu. Itulah yang boleh dibuat Anwar

DARI MEJA IBM :


Cebisan dari akhbar Suara Keadilan

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berbohong lagi. Dia terlalu 'Desperate' untuk ke Putrajaya. Anwar menabur janji ketika beliau berceramah di Muar Johor baru-baru ini. Sekali lagi dia berjanji akan menurunkan harga bahan api (minyak) sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurutnya, langkah tersebut bakal dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas memenangi PRU ke-13 nanti. Beliau menuduh Kerajaan BN telah mengambil kesempatan daripada peningkatan harga bahan api global untuk menaikkan harga bahan api dalam negara yang menghasilkan Petroleum.

Persoalannya, kenapa nak tunggu sehingga Pakatan Rakyat memenangi PRU ke-13 nanti..?..kenapa tidak dilaksanakan dahulu kepada negeri-negeri yang dibawah pemerintahan PR..?..laksanakan dulu, kalau berani turunkan harga di negeri-negeri berikut. Saya mencabar Anwar untuk memberi bukti bahawa di negara-negara pengeluar minyak yang lain tidak menaikkan harga minyak di negara mereka dan tidak mengikut harga pasaran dunia. Ini adalah satu janji orang gila seperti Anwar yang selalu memperdayakan rakyat demi tujuan politik dan kepentingan peribadi beliau. Mari baca petikan cabaran yang dibuat oleh Datuk Maslan, Ketua Penerangan UMNO terhadap kenyataan dan pembohongan Anwar.

PETIKAN DARI UMNOLINE :

Pembangkang Dicabar Turun Harga Barang Di Negeri Diperintah

“Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi agar harga barang di empat negeri itu turun,” - Datuk Maslan


LABIS, 25 JanPembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak. Kalau ini boleh dilakukan oleh Anwar, dia akan menjadi 'Hero' kepada rakyat Malaysia.

Saya nak tanya Anwar, ada berani kah..?...tapi...saya yakin Anwar dan pemimpin-peminpin PR yang lain tak akan berani menyahut cabaran ini, kerana ini adalah satu helah dan penipuan mereka terhadap rakyat jelata. Kepada rakyat, harap bersabar dengan Kerajaan yang sedia ada, jangan terpedaya dengan janji-janji PR, insyallah kerajaan BN akan membuat yang terbaik untuk rakyat semua.


SEBAGAI SEORANG 'PUNAHSIHAT' KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SAYA CADANGKAN ANWAR DAN KHALID GAGAP MEMULAKANNYA DI NEGERI SELANGOR. TURUNKANLAH HARGA MINYAK DAN BARANG-BARANG KEPERLUAN YANG LAIN. PERCAYALAH...NEGERI SELANGOR AKAN BANKRUP..!!


Yang syok memantat Anwar, tapi Nik Aziz sanggup pikul dosa..Hu hu hu..

DARI MEJA IBM :

Keratan dari akhbar Sinar Harian


Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

SUNGAI BULOH - Umur dan terlalu lanjut, bak kata pepatah melayu, "rumah kata pergi kubur kata mari." Tapi manusia ini yang di gelar dan disanjung sebagai seorang 'Ulama' dan juga digelar 'Tok Guru' semakin hari semakin nyanyuk. Itulah dia ulama semak, Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas. Terbaru, Nik Aziz mahu pemfitnah terlibat sebar Video seks Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim BERTAUBAT.

Katanya, Anwar bukan batang kayu. Dia pun tahu malu. Orang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar. Itu pun kalau Anwar bagi, katanya lagi. Saya hairan, yang syok mengodam si Anwar, tapi kenapa si tua bangka ni bermati-matian mempertahankan si nuar ni..?. Memang betul, Anwar bukan batang kayu. Tapi, dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin negara, iaitu Perdana Menteri. Untuk menjadi seorang pemimpin no 1 negara, mestilah mempunyai ciri-ciri yang berhemah, berfikiran terbuka, menunjukkan tauladan yang baik, tidak menyimpan dendam kesumat kepada lawan. Adakah Ds Anwar mempunyai ciri-ciri tersebut..?

Malah dia menampilkan dirinya sebagai seorang yang tidak bermoral, menghasut rakyat di sana-sini, dan terus terang saya katakan, Anwar memang seorang gila seks. Mempunyai hawa nafsu seperti haiwan/syaitan. Adakah ini calon yang Nik Aziz anggap akan menjadi seorang Perdana Menteri pada satu hari nanti..?

Apakah Tok Guru Nik Aziz benar-benar ikhlas bila dia berdoa ?

Pandangan ikhlas dari saya, Nik Aziz dan Anwar yang patut bertaubat. Dosa yang mereka lakukan terhadap umat Islam dan rakyat di negara ini begitu banyak. Bagi Nik Aziz, dia mungkin terlalu tua untuk memikirkan yang mana betul, yang mana baik. Dah lama benar, eloklah manusia yang bergelar Tok guru ini bersara dari kancah politik. Semankin hari dia membuat kenyataan semakin mengelirukan.

Tuhan itu adil. Masih ada masa yang tinggal untuk Tok guru dan Anwar meminta ampun dai Allah s.w.t dan terus bertaubat. Jangan asyik suruh orang bertaubat. Cerminkin-cerminkanlah diri kita dahulu sebelum menyuruh orang bertaubat. Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, tapi dia sendiri jalan sengit.
Keratan dari sebuah akhbar tempatan

Setiap kali bila adanya PRK, semasa turun berkempen, Nik Aziz selalu mengeluarkan 'Fatwa' nya sendiri, dan setiap fatwa yang dikeluarknya berbeza-beza, tidak konsisten. Diantara fatwa yang di keluarkannya ialah "UNDI PAS DAPAT PAHALA." Malah beliau ada membuat kenyataan atau fatwa yang mana undi Pas 'MASUK SYURGA'.

Kesimpulannya, saya sekali lagi merasa hairan, kenapa Nik Aziz bermati-matian mempertahankan kedaulatan DS Anwar.? Apa yang dia dapat dari Anwar? Yang sedapnya Anwar bukan dia. Mungkinkah ini yang dikatakan dunia sudah hampir nak kiamat. Dajal sudah turun ke dunia bagi menyesatkan seluruh umat Muhammad. Apa perlukan pemfitnah yang dikatakan oleh Nik Aziz perlu minta maaf..? Fikir-fikirkanlah...................

YANG PERLU BERTAUBAT IALAH NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM..!!
KARPAL SINGH PERNAH BERKATA : 'ANWAR MESTI BERTAUBAT'

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM :

29 MEI

Keratan dari akhbar Utusan Melayu


Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

HARI INI DALAM SEJARAH :

UTUSAN MELAYU DITERBITKAN DI KUALA LUMPUR

Pada hari ini 29.5.1939 Utusan Melayu telah diterbitkan di Kuala Lumpur berikutan pemindahan ibu pejabatnya dari Singapura. Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah diterbitkan di Singapura oleh Singapore Free Press mulai 7.11.1907 dengan Encik Yusof bin Ishak sebagai pengasasnya yang pertama. Pengarang yang pertama Utusan Melayu ialah Abdul Rahim Kajai. Di antara pengarang-pengaranya yang lain termasuklah Mohd. Yunos bin Abdullah, Abdul Hamid bin Miskin, Syed Saddullah Khan. Setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada hari ini dalam tahun 1939 Utusan Melayu telah memainkan peranan yang sungguh besar terutamanya dari segi perkembangan pemikiran dan pembangunan masyarakat Melayu. Usaha-usaha ini telah dapat dijalankan dengan usaha beberapa orang pengarang seperti Zainol Abidin Haji Alias, Hashim Yunus, Ishak Hj. Mohamad, Haji Dahlan Mas'ud, Yusof Ishak dan A. Samad Ismail. Utusan Melayu telah mengalami jatuh bangunnya bersama-sama bangsa Melayu. Perkembangan politik di Tanah Melayu pada masa itu dapat mempengaruhi jiwa pengarang-pengarangnya dalam menghasilkan tulisan-tulisan yang memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu. Utusan Melayu yang pada masa lahirnya berikrar akan memperjuangkan nasib orang Melayu, kemudiannya telah membaharui ikrar dan tekadnya untuk menyambung perjuangan membela bangsa, agama dan tanah air. Kemudiannya Utusan Melayu telah menerbitkan pula Utusan Malaysia dalam tulisan rumi sebagai adik kandungnya. Utusan Melayu kemudiannya telah menjadi medan bagi menyuarakan politik Melayu untuk menuntut kemerdekaan. Juga secara tidak langsung peranan Utusan Melayu dalam perkembangan bahasa dan sastera Melayu telah menjadikannya medan penyuaraan perjuangan kebangsaan. Di sepanjang perjuangannya Utusan Melayu telah menghadapi segala macam perkembangan dunia dan ini disampaikan kepada pembaca-pembacanya khasnya orang-orang Melayu dengan menerapkan pemikiran baru, pendapat baru dan perkembangan terbaru dalam segala lapangan hidup manusia baik rohani atau jasmani.


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Saturday, May 28, 2011

Muhyiddin kagum semangat sukarelawan belia

DARI MEJA IBM :
[SUMBER : UMNOLINE]

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

PUTRAJAYA, 28 Mei Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan rasa kagumnya dengan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan golongan belia negara ini bagi menjayakan program “Himpunan Sejuta Belia 2011″ di sini yang bermula semalam sehingga 29 Mei.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyifatkan sikap yang ditunjukkan golongan belia itu sebagai pencapaian yang boleh dibanggakan.

Yang amat istimewa ialah semangat kesukarelawanan. Saya dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mereka datang sendiri, mereka tidak disediakan apa-apa logistik. Mereka buat khemah sendiri cari tempat, menguruskan pasukan sendiri, biasanya kita kena menanggung dengan perbelanjaan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak aktiviti ‘Himpunan Sejuta Belia’, di sini hari ini.

Muhyiddin juga gembira kerana sambutan itu yang menyasarkan menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya sudah dicapai dalam tempoh dua hari walaupun ia berakhir esok.

Tan Sri Muhyiddin bersama belia-belia dengan slogan 1 Malaysia

Katanya sambutan itu akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia menjadi daya tarikan utama kepada golongan belia yang menyediakan ruang untukmempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang yang diminati termasuk sukan, muzik dan kerjaya.

“Saya rasa hari ini istimewa kerana berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehadiran sejumlah yang agak besar belia, sasaran sejuta itu saya dimaklumkan sudah dicapai. Di sini saya merasakan nadi dan jantung belia Malaysia berhimpun di Putrajaya,” katanya.

Kemeriahan program Himpunan Sejuta Belia 2011 semakin terasa pada hari inidengan kehadiran Muhyiddin yang diiringi Ahmad Shabery dan Timbalan MenteriBelia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim melawat tapak-tapak aktiviti, bermula dariPersiaran Perdana berhampiran menara Kementerian Belia dan Sukan, dengan menaiki trem khas yang disediakan.

Kalangan belia yang hadir dari seluruh pelusuk negara mengambil kesempatan bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, sekali gus bersorak menunjukkankegembiraan mereka terhadap kehadiran Muhyiddin di tapak aktiviti.

Muhyiddin singgah seketika di tapak Sasuke Malaysia yang mempamerkan aksi lasak dan seterusnya ke tapak Karnival Belia Generasi Usahawan untuk melancarkan Program Mentor-Menti Generasi Belia Usahawan-Rakan 4Biz.

Muhyiddin juga menyaksikan dua perjanjian persefahaman (MoU) iaitu antara Jalian Persefahaman Gerak Waris 4B Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO serta Gerakan Belia 4B Malaysia dan Global Wellness Foundation.

Ini disusuli dengan lawatan ke Ekspo Pendidikan sebelum beliau singgah di tapak Permainan Cak Lempong 36 jam dan pelancaran Fly 1Malaysia.

Beliau seterusnya melawat tapak MAHA Youth sebelum menamatkan lawatannya di tapak Rentap Futsal yang berjaya menarik penyertaan 1,624 pasukan, sekali gus mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records.

IBM : Alhamdulilah. Semangat yang ditunjukkan oleh belia-belia sungguh mengalakkan. Dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri menaikkan lagi semangat mereka dan sokongan mereka kepada BN sungguh ketara. Tanhiah kepada penganjur dan teruskan prorgam seperti ini. Perkasakan belia demi untuk masa depan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...