Tuesday, August 2, 2011

Anwar kata jiwanya Bersih, nak taubat dah, betul ke?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu.
“Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinnya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini,”.

“Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah,” kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini. Puhh!...sedap di dengar, mengalahkan ungkapan dan kata-kata Hikmah dari seorang ulamak.

Dan seterusnya Ustaz Al-Juburi ni kata, menurut, Rasulullah SAW bersabda , “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

“Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

ADUHAI! cair siapa yang mendengarnya. Kalau betul lah apa yang dia ni kata, sudah BERSIH kah dirinya yang bergelumang dengan masalah moral dan tak habis-habis menabur fitnah di merata-rata dan memecah belahkan sesama bangsa demi kerana fahaman politik songsang yang diamalkanya. Kerana dialah bangsa melayu di herdik, tidak lagi dihormati oleh bangsa lain.

Kepada Anwar, sebelum kamu disumbat kedalam kandang besi, bersihkan diri kamu tu betul-betul, sejajar dengan bulan Ramadhan, bulan yang mula ini dan BERTAUBATLAH - IBM

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

02 OGOS


AL-FATIHAH
Allayarham Tun Dr Ismail Bin Datuk Abdul Rahman

TUN DR. ISMAIL B. DATUK ABDUL RAHMAN MENINGGAL DUNIA

TARIKH PERISTIWA : 02.08.1973

Pada hari ini 2.8.1973, Tun Dr. Ismail b. Datuk Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri telah meninggal dunia, akibat sakit jantung. Kematian Allahyarham telah diumumkan ke seluruh negara oleh Ketua Setiausaha Negara. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham Tun Dr. Ismail telah dilahirkan di Johor Bahru pada 4 November 1915. Allahyarham telah mendapat pendidikan awal di English College (Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru dan melanjutkan pelajarannya di Maktab Perubatan King Edward ke V11, Singapura. Pada tahun 1939 Allahyarham menyambung pengajian ke Universiti Melbourne, Australia dan berjaya menjadi penuntut Melayu pertama lulus dari sebuah universiti di Australia pada tahun 1945. Penglibatan Allahyarham dalam politik tanahair bermula dengan gagasan penubuhan Malayan Union oleh British. Allahyarham Tun Dr. Ismail bersama-sama dengan nasionalis-nasionalis lain telah menentang cadangan tersebut dan menubuh sebuah kesatuan iaitu Kesatuan Siswazah-siswazah Melayu. Dari segi pengalaman politik Allahyarham mempunyai pengalaman yang luas, bermula sebagai anggota tidak rasmi dalam Majlis Undangan Negeri Johor, kemudian menjawat jawatan Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan dan seterusnya sebagai Menteri Sumber-Sumber Alam, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keadilan. Pada tahun 1956 Allahyarham bersama dengan YTM Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak telah pergi ke London untuk membincangkan perlembagaan berkaitan dengan kemerdekaan Malaya. Setelah Malaya merdeka pada tahun 1957, Allahyarham telah dilantik menjadi Duta Malaysia yang pertama ke Amerika Syarikat dan Ketua Perwakilan Tetap di Bangsa-bangsa Bersatu. Di samping menjawat jawatan Menteri, Allahyarham juga memegang jawatan-jawatan sebagai Wakil Persekutuan dalam Majlis Keselamatan Negara, Pengerusi Lembaga Keselamatan Malaysia, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thai dan Naib Pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Oleh kerana semangat nasionalisnya kuat, pada tahun 1953, Allahyarham telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Pusat kerana dasar yang dibuat oleh Sir Gerald Templer bertentangan dengan kepentingan UMNO. Pada tahun 1967, Allahyarham terpaksa berehat dari kabinet atas sebab-sebab kesihatan, walau bagaimanapun beliau tetap bertugas sebagai Ahli Parlimen. Oleh kerana kepentingannya dan tanggungjawab terhadap negara sangat besar, maka Allahyarham telah kembali ke pangkuan negara sebagai Ahli Majlis Gerakan Negara ekoran tragedi 13 Mei 1969. Allahyarham Tun Dr. Ismail telah dikurniakan beberapa pingat sebagai menghargai jasa dan sumbangannya terhadap negara. Antaranya Pingat Darjah Panglima Mangku Mahkota, 1959 dan Pingat Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran 'Tun' pada tahun 1968. Pada tahun 1970, Allahyarham telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir. Sebagai menghargai jasa bakti Allahyarham yang besar terhadap negara, Allahyarham telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan penuh penghormatan negara.

Maktab Sultan Abu Bakar


SELAMAT MEMBACA MOGA APA YANG KITA BACA SEMALAM LEBIH MENAFAAT DARI HARI KE HARI. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Monday, August 1, 2011

Awas! Anwar pasang jerat pada pemandu teksi pula

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Percaya atau tidak, Anwar Ibrahim memang sudah terdesak dan terlalu mengidam untuk menduduki kerusi empok di Putrajaya. Oleh itu, dia akan berbuat apa saja asalkan cita-citanya yang lama telah terpendam tercapai. Anwar tidak memperdulikan rakyat, si al-juburi ini akan terus menipu dan menabur janji kosong pada rakyat.

Bagi si gila jawatan ni, pergi jahanam dengan rakyat, asalkan cita-citanya tercapai. Mangsa terbarunya yang berkemungkinan akan masuk perangkap samarnya ialah para pemandu teksi. Di harap para pemandu teksi tidak masuk perangkapnya - IBM

Janji Anwar kepada pemandu teksi.....

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

“Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

Ada lagi janjinya. Segala-galanya di sini. KLIK saja..

Jangan Jadi Boneka Anwar - Nalla

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

JANGAN JADI BONEKA ANWAR!...ITULAH MESSAGE YANG DISAMPAIKAN OLEH BEKAS ORANG KANAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, DATUK NALLA.

Beliau mengingatkan kaum India di negara ini supaya bangkit, bangkit untuk menegakkan keadilan, seterusnya membantu kerajaan dan tidak menjadi 'Boneka' kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.

Melalui Parti bagi suara kaum India, MIC dan kini tertubuhnya Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sudah tiba masanya mereka berpatah balik kerana ramai diantara mereka yang telah beralih pandang kepada Pakatan Rakyat (PKR) yang kononnya boleh membela dan membuat perubahan kepada kaum India di negara ini.

Malangnya, itu hanyalah janji-janji kosong dari DS Anwar Ibrahim. Dia kini sudah hampir tersepit dengan bermacam-macam masalah. Masalah moral beliau sendiri, masalah dalam parti dan juga dikalangan pemimpin-pemimpin parti komponen PR sudah mula meragui dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Pembangkang.

Hanya Barisan Nasional (BN) pilihan yang terbaik untuk kaum India dan juga keseluruhan rakyat Malaysia. Ayuh rakan-rakan India. Menyokong Barisan Nasional (BN) adalah untuk kejayaan semua, tapi menyokong Pakatan Rakyat (PR) menempah mautnya namanya. Fikir-fikirkanlah - IBM

TENGKU Adnan Tengku Mansor menandatangani plak sambil diperhatikan Nallakaruppan (tengah) dan Presiden PPP, Datuk Seri Dr. M. Kayveas pada Majlis Perasmian Bangunan MUIP di Kuala Lumpur, semalam.

Kata Datuk S, Nalla dan Tengku Adnan :-

[KUALA LUMPUR Julai — Kaum India di Malaysia akan ketinggalan dalam segala aspek jika terus menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar sebenarnya tidak berhasrat untuk membangunkan kehidupan masyarakat India.

Sebaliknya, kata beliau, Anwar menjadikan kaum India di Malaysia sebagai boneka untuk meraih sokongan masyarakat itu demi mencapai cita-cita politiknya.

"Anwar sebenarnya adalah pengancam kepada kestabilan kaum dan masa depan negara," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan bangunan baru MIUP yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini.

MIUP dilancarkan pada 25 November 2007 oleh Nallakaruppan selepas beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini parti itu mempunyai kira-kira 20,000 ahli di seluruh negara.

Nallakaruppan berkata, parti itu akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana berpendapat hanya BN dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum serta membentuk kehidupan yang lebih sempurna kepada masyarakat India.

Beliau juga menegaskan, MIUP akan terus bekerja keras untuk meraih sokongan masyarakat India dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Dia (Anwar) sebenarnya sedang merosakkan dan menindas rakyat di negara ini," - Tengku Adnan


Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya meminta masyarakat India supaya tidak mudah terpengaruh dengan percaturan politik Anwar.

Menurutnya, Penasihat PKR itu melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapat sokongan.

"Dia (Anwar) sebenarnya sedang merosakkan dan menindas rakyat di negara ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Tengku Adnan menjelaskan, sekiranya benar pilihan raya negara ini kotor seperti yang digambarkan oleh pembangkang, adalah sukar bagi mereka untuk menang di lima negeri serta merampas 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.]

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

01 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERATURAN PENDAFTARAN BAHAN-BAHAN KELUARAN FARMASI DI KUATKUASAKAN

TARIKH PERISTIWA : 01.08.1988

Penguatkuasaan Undang-undang memainkan peranan yang penting dalam mencengah daripada salahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada usaha-usaha untuk melindungi pengguna. Hari ini negara Malaysia, bidang keluaran produk ubat-ubatan telah berkembang pesat baik keluaran dalam negeri ataupun yang diimport. Sebagai langkah kawalan, pada hari ini 1.8.1988 satu peraturan pendaftaran bahan-bahan keluaran Farmasi telah dikuatkuasakan. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Encik Lew Kee Hooi. Pendaftaran bahan-bahan keluaran Farmasi selain racun ini, tidak membenarkan sesiapa mengilang, mengimport, menjual dan membekalkan apa-apa dadah atau kosmetik kecuali jika keluaran tersebut berdaftar dan seseorang itu mempunyai lesen yang ditetapkan. Pendaftaran bahan-bahan keluaran selain daripada racun ini adalah merupakan fasa yang kedua pelaksanaan peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984. Bagi keluaran-keluaran farmasi yang mengandungi racun telah dilaksanakan mulai 1 November 1985. Manakala pelesenan dan hukuman untuk keluaran ini dikuatkuasakan pada 1 Mei 1987. Sebagai sebuah negara sedang membangun pasaran keluaran-keluaran farmasi sedang mengalami perkembangan dan permintaan yanag semakin tinggi. Dengan adanya kawalan-kawalan dan peraturan ini hak-hak dan perlindungan kepada pengguna tidak terabai.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PENGEMAR BLOG, MOGA DIBULAN PUASA INI KITA MEMBACA UNTUK MEMBERSIHKAN MINDA KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...