Monday, August 1, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

01 OGOS

HARI INI DALAM SEJARAH :

PERATURAN PENDAFTARAN BAHAN-BAHAN KELUARAN FARMASI DI KUATKUASAKAN

TARIKH PERISTIWA : 01.08.1988

Penguatkuasaan Undang-undang memainkan peranan yang penting dalam mencengah daripada salahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada usaha-usaha untuk melindungi pengguna. Hari ini negara Malaysia, bidang keluaran produk ubat-ubatan telah berkembang pesat baik keluaran dalam negeri ataupun yang diimport. Sebagai langkah kawalan, pada hari ini 1.8.1988 satu peraturan pendaftaran bahan-bahan keluaran Farmasi telah dikuatkuasakan. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Encik Lew Kee Hooi. Pendaftaran bahan-bahan keluaran Farmasi selain racun ini, tidak membenarkan sesiapa mengilang, mengimport, menjual dan membekalkan apa-apa dadah atau kosmetik kecuali jika keluaran tersebut berdaftar dan seseorang itu mempunyai lesen yang ditetapkan. Pendaftaran bahan-bahan keluaran selain daripada racun ini adalah merupakan fasa yang kedua pelaksanaan peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984. Bagi keluaran-keluaran farmasi yang mengandungi racun telah dilaksanakan mulai 1 November 1985. Manakala pelesenan dan hukuman untuk keluaran ini dikuatkuasakan pada 1 Mei 1987. Sebagai sebuah negara sedang membangun pasaran keluaran-keluaran farmasi sedang mengalami perkembangan dan permintaan yanag semakin tinggi. Dengan adanya kawalan-kawalan dan peraturan ini hak-hak dan perlindungan kepada pengguna tidak terabai.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA PENGEMAR BLOG, MOGA DIBULAN PUASA INI KITA MEMBACA UNTUK MEMBERSIHKAN MINDA KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...