Monday, September 26, 2011

Mat Sabu dibaling botol semasa ceramah, padan muka!!

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Ketawa besar IBM bila mendapat khabar bahawa 'CERAMAH Mat Sabu Kecoh'. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pas kawasan Ampangan, Seremban.  Mengikut cerita kawan saya tu, keadaan tegang apabila kira-kira 80 orang, termasuk bekas askar mengadakan bantahan sehingga berlaku pergelutan, baling batu dan botol air, mengakibatkan dua orang cedera.

Kekecohan mula berlaku apabila sebahagian anggota kumpulan terbabit mendesak untuk bersemuka dengan Mat Sabu, tapi tidak dibenarkan oleh pihak penganjur. Mat Sabu ceramahnya lebih kurang pukul 10.15 malam.


Gambar Hiasan

Sebelum itu, mereka dilihat mula berkumpul kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah sambil membawa beberapa 'sepanduk' dan melaungkan slogan yang menyatakan pendirian mereka terhadap Mat Sabu. Mereka mula berkumpul disitu lebih kurang pukul 8:40 malam.

Apabila mereka ingin memasuki kawasan ceramah tersebut, dan dihalang oleh petugas-petugas Pas yang mengawal jalan masuk ke lokasi tersebut, anggota-anggota kumpulan tersebut cuba merempuh sekatan untuk menyerbu Mat Sabu mengakibatkan berlaku insiden tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua pihak.

Oleh kerana gagal mengawal emosi, beberapa individu bertindak mengkasari petugas-petugas Pas dan melontar air mineral serta batu. Mengikut cerita kawan IBM, dua lelaki, iaitu petugas-petugas Pas cedera akibat ditumbuk . Lebih kurang 15 kemudian anggota Polis tiba ditempat kejadian menenangkan keadaan.

Mat Sabu tetap meneruskan ceramahnya yang berakhir lebih kurang 11:45 malam.

Itu menunjukkan orang dah terlalu marah kat Mat Sabu. Dia sepatutnya berhenti membuat ceramah buat seketika, biar keadaan reda sedikit. Walau apa pun, IBM percaya, pihak Pas akan menuduh orang-orang UMNO lah dalangnya yang menyebabkan kumpulan tersebut menyerang Mat Sabu. Percayalah. Siapa tak kenal Mat Sabu. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

MCA, Gerakan memang ada hati bantu DAP...

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



IBM menyokong penuh dengan apa yang disuarakan oleh mantan PM kita, Tun Dr Mahathir yang mendakwa MCA dan Gerakan tidak mempunyai 'semangat Barisan Nasional (BN)' apabila mereka mengeluarkan kenyataan sanggup berpisah dengan UMNO sekirannya parti kita melaksanakan hukum 'hudud'.

Mereka, MCA dan Gerakan tidak perlu membuat kenyataan yang sedemikian rupa kerana UMNO tetap dengan pendiriannya tidak akan bersetuju dengan Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Ini bukan bermakna UMNO anti hudud, tapi belum sesuai buat masa ini. 

IBM membuat pendirian ini, kerana apa yang dikatakan oleh mantan PM kita itu ada lojiknya. MCA dan Gerakan seolah-olah ingin mencari pasal dan sengaja nak cari pecah-belah supaya mereka boleh keluar dan menolong DAP. Perkara ini memang IBM dah dapat hidu dan rasakan bahawa MCA dan Gerakan memang ada membuat perjumpaan dan berbincang secara sulit dan merancangkan sesuatu.

Dengan itu, mereka mengambil kesempatan dengan isu hudud ini untuk berpisah dengan UMNO/Barisan Nasional (BN). Bagi IBM, sekiranya itu yang mereka mahu, dan jika mereka beranggapan karier politik parti mereka tidak selamat bersama dengan Barisan Nasional (BN)..silakanlah.....tinggalkanlah dan keluarlah dengan segala hormatnya. 

Komen saya senang je. Kalau Cina tu, tetap Cina, dia akan sokong bangsanya juga. IBM bukan anti Cina, tapi ada lojiknya. Berbeza kita orang-orang melayu, sanggup bermasam muka dan hilang saudara semata-mata kerana berbeza idealogi politik. Maka, fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Sunday, September 25, 2011

Isu Hukum Hudud : Sandiwara terbaru Pas, DAP

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA




Dalam isu untuk melaksanakan hukuman Hudud yang kian hangat di perkatakan beberapa hari ini, IBM berkeyakinan penuh, bahawa ini adalah satu sandiwara terbaru diantara Pas dan DAP. Pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung penubuhan Negara Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, tidak lebih sebagai satu lagi permainan politik antara kedua parti gabungan Pakatan Rakyat (PR).

IBM beranggapan, tindakan Karpal Singh yang sekali lagi mempersoalkan kewajaran Nik Aziz mehu melaksanakan hudud yang menurutnya melanggar perlembagaan seperti yang dijangkakan sebelum ini. Segala bantahan yang dibuat oleh Pengerusi DAP itu akan segala usaha Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud tidak menimbulkan sebarang kehairanan, malah sudah dijangkakan.

Kita anggaplah ianya hanyalah satu sendiwara politik yang berlainan ideologi tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu ingin menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Selama ini, pengikut-pengikut tegar kedua-dua parti ini beranggapan mereka 'serasi', tetapi itu hanyalah sandiwara dan akhirnya terbongkar.

Dalam hal ini, janganlah ramai lagi rakyat tertipu oleh 2 ekor beruk ni yang tak habis2 mendatangkan masalah pada rakyat dan negara. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


 25 SEPTEMBER

Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas Stadium Merdeka


KERJA-KERJA PEMBINAAN STADIUM MERDEKA DIMULAKAN
TARIKH PERISTIWA : 25.09.1956

 
Pada hari ini dalam tahun 1956, kerja-kerja pembinaan Stadium Merdeka telah dimulakan. Pembinaan stadium ini dilakukan atas desakan Persatuan Bola Sepak Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaya selepas Perang Dunia Kedua kerana stadium yang terdapat di Jalan Ampang tidak dapat digunakan lagi. Pada 15 September 1955, Jawatankuasa Perancangan Pembinaan Stadium diwujudkan bagi mengkaji pelan dan kos pembinaannya. Sebanyak 160 pelan cadangan dikemukakan kepada kerajaan dengan kos pembinaan dianggarkan berjumlah $ 2.3 juta. Tetuan K.C Boon Co. Ltd dan Tetuan Lim Quee and Sons telah dilantik sebagai kontraktor utama serta pengendaliannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Tanah Melayu. Pada 15 Februari 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah meletakkan batu asas stadium ini. Pembinaan stadium ini dipercepatkan bagi membolehkan acara sambutan kemerdekaan Tanah Melayu dapat dilakukan pada 31 Ogos 1957. Pada 21 Ogos 1957, pembinaan Stadium Merdeka selesai dilakukan dan pengendaliannya diserahkan kepada Lembaga Penguasa (Board of Control). Stadium Merdeka telah dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya pada 24 hingga 29 Ogos 1957. Upacara perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 30 Ogos 1957. Pembinaan Stadium Merdeka pada hari ini dalam tahun 1957 menjadi lambang kemegahan negara kerana ia bukan sahaja menjadi lokasi bagi acara-acara sukan tetapi juga menjadi lokasi bagi acara-acara penting negara.

SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

Saturday, September 24, 2011

Pok Nik mudah lupa, Karpal terkapai-kapai...

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.




Tubuh Negara Islam: Karpal Terus Bidas Nik Aziz
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan PAS menubuhkan sebuah negara Islam.
"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
"Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ayat yang power keluar dari mulut Karpal, lupakah Nik Aziz?

Karpal menyebut resolusi PAS bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.
Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam. -BERNAMA
Suka betul tengok dua ekor berok dari Pakatan ni gaduh sesama sendiri. Bagus le tu...hehehe..tak lama lagi karamlah Pakatan Rakyat. Puncanya....'HUDUD'. Selamat menuju kehancuran Pakatan Rakyat. Saya yang benar dan sentiasa berdoa agar hancurlah Pakatan Haram : IBM ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...