Thursday, February 2, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

(Gambar Hiasan)

02 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN PERTAHANAN MOU DIANTARA MALAYSIA DAN INDIA

Pada hari ini dalam tahun 1993, satu perjanjian persefahaman pertahanan MOU telah ditandangi di antara Kerajaan Malaysia dan India telah dimeterai bertempat di kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Menteri Pertahanan, Y.B Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mewakali Kerajaan Malaysia, manakala Kerajaan India telah di wakali oleh Menteri Pertahanannya, Sharad Pawar. MOU ini merupakan yang pertama telah ditandatangi di antara kedua-dua buah negara sejak sekian lama wujudnya kerjasama pertahanan terutama dalam bidang latihan anggota tentera dan pembelian peralatan tentera. Berikutan dengan termetarai perjanjian persefahaman ini sebuah Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Kamaruzzaman Sharif bersama Setiausaha Kementerian Pertahanan India, W.N Wora. Berucap pada majlis tersebut Dato' Seri Najib menyatakan bahawa, antara lain MOU itu membolehkan kedua-kedua negara meluaskan lagi kerjasama yang sedia ada, disamping kerjasama pertahanan yang lain seperti teknikal dan bantuan logistik untuk tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, February 1, 2012

BPL : Wolves Akur Dengan Kehebatan 'The Reds'

SEMBANG-SEMBANG BOLA :
MATCH Review : Wolves 0 - 3 Liverpool
By : Darion Daron On Wednesday, February 1, 2012


Minggu ini minggu yang baik kita tempuhi. Pada kali ini kita berjaya menewaskan pasukan kendalian Mick McCarthy di gelanggang mereka di Molineux Stadium. Perlawanan kali kenny mengambil keputusan untuk merehatkan kapten kesayangan kita untuk memberikan laluan kepada beliau mendapatkan kecederasan setelah mengharongi perlawanan besar minggu lepas.

--Prestasi Carroll semakin meningkat, betul tak guys?--
Perlawanan awal pagi tadi juga, menyaksikan dimana Kenny yang telah membuat lima perubahan jika hendak dibandingkan semasa menentang United, apabila Adam, Glen Johnson, Jay Spearing dan Craig Bellamy serta Kuyt yang menjadi pilihan dalam line up utama perlawanan.

 --Cermelang Bellamy semasa menjaringkan gol kedua perlawanan--

Walaupun kita turun tanpa Gerrard, pasukkan kita mampu bermain dengan baik dan mampu mengecapai kemenangan yang pertama dalam kempen Liga Perdana sejak masuknya tahun 2012 ini. Pada perlawanan ini jaringan pertama dijaringkan oleh adik carroll kita yang melengkapkan gol ke tiga peribadinya untuk musim ini. Gol tersebut melalui hantaran cross cantik oleh Adam yang memberikan ruang untuk Carroll menolak kemas untuk mendahului tuan rumah.

Selepas gol tersebut, tempoh pemainan semakin dikuasai oleh The Reds, dan gol kedua muncul pada minit 61 perlawanan di mana C. Bellamy sekali lagi membuktikan nilainya dengan menjaringkan gol, hasil pas daripada J.Spearing. Dan hanya berselang 17 minit sahaja, Dirk Kuyt pula menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol ke 50 peribadi miliknya dalam kempen Liga Perdana sepanjang beliau bermain di Liverpool.


--Kuyt meraikan gol ke 50 peribadi dalam kempen Liga Perdana--
Saya sememangnya gembira dengan kemenangan ini, dan melalui kemenangan ini kita berjaya menduduki tangga ke lima dalam tahta liga, dan apa yang paling mengembirakan saya (penulis) adalah Carroll kini semakin meningkat mutu permainanya. Diharapkan momentum yang diperlihatkan oleh si adik Carroll kita ini akan terus meningkat. ditambah pula selepas ini Suarez akan kembali beraksi, apabila tempoh penggantungannya tamat.

Serta diharapkan gandingan antara Carroll dan Suarez akan memberikan hasilnya untuk memastikan impian kembali ke liga Juara-juara tercapai.

Barisan pemain Liverpool :Reina, Johnson, Agger, Skrtel, Enrique, Spearing, Adam, Henderson, Kuyt, Carroll, Bellamy. Subs: Doni, Aurelio, Coates, Downing, Carragher, Shelvey, Kelly.
p/s : IBM miss game ini. Dan lupa pulak nak rekod. Hee..apa le punya pelupanya IBM ni. Apapun, tahniah pada Liverpool. For sure, you'll never walk alone. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  _____________________________________________

Syukur Alhamdulillah KPN Sihat Wal'afiat Di London..

ISMAIL Omar (duduk kanan) mendengar taklimat mengenai C3i daripada pegawai Scotland Yard semasa lawatan kerja ke New Scotland Yard, London. 

KALAU korang tak percaya, cuba tengok betui-betui gambar tu. Betuikan, itu gambar Tan Sri Ismail Omar kan?. Apa le punya sial pun manusia yang menyebarkan fitnah yang mengatakan Tan Sri Ismail telah meninggal dunia di London. Apa yang depa dapat dari menyiarkan berita yang tak betui tu?..apa motifnya, dan kenapa le depa-depa ni dengki sangat dengan Tan Sri?

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat. Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam

IBM harap kepada sesiapa yang berkenaan ada menyimpan rasa dendam ke, apa ke terhadap KPN kita ni, hentikanlah semuanya itu. Banyak kerja lain yang korang boleh buat. Kalau IBM nak tuduh ini adalah angkara pembangkang, IBM tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka. Apapun, IBM anggap ini adalah kerja bodoh dan sia-sia. - IBM

 Sumber berita dari Utusan Online.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
          ___________________________________________________

Marahkan Hasan Ali, Pemuda PAS Kecam Dan Fitnah UMNO - Puikkkk!!!

Memang anak gampang, haram jadah Pemuda Pas ni. Sebiji macam indoknya, Pas pusat. Tak habis-habis nak cari pasal dan fitnah Umno. Masalah depa dengan Hasan Ali, dikaitkan dengan Umno. Umno taja, Umno dalang dan apa lagi yang Pas tidak tuduh Umno. Memang dasar Pas 'parti agama sesat'. Itulah sebabnya mereka mengajar pengikut-pengikutnya sesat, sama juga pemuda mereka.

Mulut depa ni tak ada 'insuran' kot, atau mulut mereka perlu di jahit. Terlalu celupar. Menuduh tanpa bukti dan pandai-pandai pulak mengaitkan isu penubahan badan bukan kerajaan (NGO), "Jati" yang ditubuhkan oleh bekas Exco negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dengan Umno. Mana depa dapat cerita dan maklumat ni?

Tuduhan yang melulu dan tak berasas itu datangnya dari mulut 'busuk' Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss. Beliau mendakwa kononnya, "Jati" yang ditubuhkan oleh Datuk Dr Hasan di taja oleh pihak tertentu termasuk mengaitkannya dengan Umno. Sial punya budak. Memang itulah yang di ajar oleh pemimpin-pemimpin atasan Pas.

IBM rasa, korang ni dah rasa tergugat, mengelabah dan sudah hilang pertimbangan. Bayangkanlah segala tembelang Pas selama ini telah di luah 'keluak' habis-habisan oleh Hasan Ali. Perjuangan songsang korang, penipuan, fitnah sepanjang masa, telah di sahkan oleh Hasan Ali. Kemana lagi korang nak menyorok?

Oleh itu, wahai Pemuda Pas yang benggong lagi banggang, berhati-hatilah bila nak bercakap. Cakap jangan sebarang cakap. Rakyat semua dah tahu, orang kampong semua dah tahu. Korang terimalah balasannya nanti semasa di PRU ke-13 nanti. Rakyat akan menghukum korang semua.

Kami orang-orang Umno tetap ungul, kuat, kukuh dan sentiasa mendampingi rakyat, kerana apa?....kami adalah 'Juara Rakyat.' Pas ada apa??. tak ada apa-apa, kosong, macam tin kosong dan sesat lagi menyesatkan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                    _____________________________________________

HARI INI DALAM SEJARAH

 (Gambar Hiasan)

01 FEBRUARI

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

BARISAN NASIONAL MENERIMA SEMULA KEMASUKAN PARTI BERSATU SABAH
Pada hari ini dalam tahun 2002, Barisan Nasional (BN) telah menerima semula kemasukan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang meninggalkan gabungan tersebut menjelang pilihan raya umum tahun 1990. Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa, keputusan secara sebulat suara telah  dicapai dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra yang dihadiri oleh semua parti komponen. Kemasukan PBS mengembalikan semula jumlah anggota komponen BN kepada 14 parti selepas Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) dibubarkan pada 20 Mei 2001.  Pada 15 November 2001,  PBS telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai BN, dengan alasan untuk sama-sama menyumbang usaha dan tenaga bagi membina negara ini serta untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Selain PBS, BN dianggotai oleh UMNO selaku parti tonggak, MCA, MIC, Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS).

SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
 WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG K                                       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...