Wednesday, February 1, 2012

Syukur Alhamdulillah KPN Sihat Wal'afiat Di London..

ISMAIL Omar (duduk kanan) mendengar taklimat mengenai C3i daripada pegawai Scotland Yard semasa lawatan kerja ke New Scotland Yard, London. 

KALAU korang tak percaya, cuba tengok betui-betui gambar tu. Betuikan, itu gambar Tan Sri Ismail Omar kan?. Apa le punya sial pun manusia yang menyebarkan fitnah yang mengatakan Tan Sri Ismail telah meninggal dunia di London. Apa yang depa dapat dari menyiarkan berita yang tak betui tu?..apa motifnya, dan kenapa le depa-depa ni dengki sangat dengan Tan Sri?

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan beberapa keping gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika berada di New Scotland Yard, London dalam laman sosial Facebook bagi membuktikan bahawa beliau dalam keadaan sihat. Enam keping diambil semasa lawatan kerja di New Scotland Yard itu jelas menunjukkan Ismail berada dalam keadaan sihat dan ceria, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau sudah meninggal dunia yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial dan Twitter semalam

IBM harap kepada sesiapa yang berkenaan ada menyimpan rasa dendam ke, apa ke terhadap KPN kita ni, hentikanlah semuanya itu. Banyak kerja lain yang korang boleh buat. Kalau IBM nak tuduh ini adalah angkara pembangkang, IBM tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka. Apapun, IBM anggap ini adalah kerja bodoh dan sia-sia. - IBM

 Sumber berita dari Utusan Online.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
          ___________________________________________________

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...