Thursday, March 1, 2012

Kalau Negara Islam Pun Boleh Dilelong, Apa Sangat Jawatan Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR, – Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DAP membacakan ayat-ayat Allah di pentas ceramah.

Justeru kesediaan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam tidak mengejutkan, kata bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Menurut beliau lagi tindak-tanduk Pas hari ini yang nampak ke arah yang lebih liberal memungkinkan apa yang dilontarkan oleh Dr Dzulkifly Ahmad itu bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Yerlah…kalau dah ‘nawaitunya’ hanya mahu ke Putrajaya bersama PKR dan DAP, sudah tentunya mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun pada logik akal manusia yang waras, sukar untuk diterima.
“Lagipun Negara Islam sudah tidak dipalu lagi oleh para pemimpin Pas…Yang kita dengar paluan kompang mereka adalah tumbangkan BN dan menuju ke Putrajaya. Itu sahaja yang kita didendangkan dalam mana-mana ceramah. Maklumlah PRU pun dah makin hampir,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Prof  Mohd Noor seterusnya menegaskan Pas hari ini benar-benar telah berubah dan tidak lagi seperti dulu kerana sikap dan tamaknya mereka kepada kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tambahnya pemimpin Pas yang ada hari ini seolah-olah tidak lagi berpegang kepada yang benar kerana terikut-ikut dengan rentak nafsu sekutunya DAP dan PKR yang dilihat begitu ghairah menawan Putrajaya.
“Orang kalau dah ‘nawaitunya’ tidak betul, kenapa perlu kita bersama dengan mereka dan rakyat khususnya umat Islam perlu melihat dan menilai dengan jelas permainan politik Pas yang umpama lalang.
“Bukankah Pas laungannya untuk Islam…sebab itu saya sebutkan tadi kalau berpaksikan kepada akal orang yang waras, tidak akan timbul perkara sedemikian rupa kerana ianya dilihat bertentangan dengan apa yang Pas bawa,” katanya. -MediaUMNO
p/s IBM Kata, "Pas sebenarnya sudah terdesak. Dan Pas juga tahu pengundi melayu dah mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan sebenar Pas. Mereka sanggup diperkudakan oleh Cina DAP. Maka, Pas tiada pilihan selain dari beraleh kepada pngundi2 Cina. Tapi...itu bukan kunci kejayaan atau kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat di PRU ke-13 nanti. Kita tunggu apa sudahnya...."
TERIMA KASIH UMNOLINE.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Bersih 1.0 : Mat Sabu@Mat Sabun Dan Tian Chua Diperintah Bela Diri. Kantoi Le korang!!!


APA mereka ingat mereka boleh lari dari undang-undang. Kantoi le korang. Memang dasar menyusahkan orang dan menghuru-harakan negara. Memang patut korang didakwa di mahkamah.  Sumber yang IBM dapat, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan 17 orang, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu @ Mat Sabun dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan BERSIH 1.0 pada 2007. Hakim juga memerintahkan supaya tertuduh membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagit Singh Bant Singh. Korang tunggu le apa hukuman yag korang akan kena. Nak jadi hero konon. Puihhh!!!.


Sekain. Dari saya : IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PRU-13 : BN Masih Perlukan Pak Lah Dan Pemimpin Veteran.

BILA diberitakan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan khidmat mantan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin veteran untuk bertanding di PRU-13 nanti, ramai yang menyambut baik berita tersebut. Ini jelas bahawa BN menghormati dan menghargai jasa2 pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah banyak berjaya pada negara. Pengalaman dan 'mesra rakyat' masih ada dijiwa mereka. Jesteru, rakyat juga bersetuju jika mereka dicalonkan kembali.

Difahmkan, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana BN mengharapkan pemimpin veteran dan wakil rakyat berkebolehan untuk mempertahankan Putrajaya dari ditawan oleh Pakatan Rakyat. Menurut sumber yang IBM dapat, Tun Abdullah dikekalkan di kawasan yang dimenanginya buat pertama kali pada 1978 sebagai pemimpin baik dan merupakan 'calon boleh menang' yang dicari-cari oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Selain itu, Umno dan BN sedang berusaha memperhalusi nama untuk memastikan mereka mendapatkan calon yang boleh menang sama ada di negeri atau pusat kerana setiap kerusi dikira. IBM harap, Presiden parti dapat membuat pilihan yang tepat kerana PRU kali ini dianggap PRU yang paling sengit. Dengar perkhabaran ini, IBM rasa, pakatan pembangkang akan mengambil kesempatan untuk memperlekehkan BN dengan mengatakan BN ketandusan calon hingga terpaksa menggunakan kembali khidmat pemimpin veteran.

Kalau nak di ikutkan, mereka pun apa kurangnya. Mereka juga akan mengekalkan pemimpin-pemimpin veteran mereka bagi mengekalkan kerusi yang mereka menangi di PRU yang lepas. Kepada pemimpin-pemimpin vetern yang akan dikekalkan kelak, berjuanglah habis-habisan. PRU kali ini adalah penentu untuk masa depan anak cucu kita. Sekiranya BN gagal, maka huru-hara negara kita ini. Pakatan sudah pasti akan menukar dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan BN mengikut 'acuan' mereka kerana tujuan mereka tak lain tak bukan untuk mengaut segala kekayaan didalam negara kita. Maka, rakyat menjadi mangsa. Fikir-fikirkanlah......

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


O1 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) DITUBUHKAN

Pada hari ini dalam tahun 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta MARA 1966. Objektif utama penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya. Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan luar bandar. Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya.

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Surat Mahathir Kepada 3 PM Israel. Jom Baca...

Salam 2 all.
Seperti yang di war-warkan semalam, kerajaan akan menedahkan surat yang ditulis mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kepada  Perdana Menteri Israel semasa dalam pemerintahannya. Jom kita baca..... untuk jelas lagi sila KLIK disini atau KLIK gambar untuk besarkan

Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di sini, hari ini.





p/s IBM Kata, "malas nak komen apa-apa. Anda baca dan buat andaian sendiri."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...