Wednesday, April 4, 2012

'Tiga Tahun Yang Menarik Dan Mencabar' - Najib...


Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor ketika beliau menerima kejutan daripada urusetia Malaysia di Kemboja sempena ulang tahun ke-3 pentabiran beliau di Phnom Penh, malam tadi. Turut meraikan Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz. 



Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri hari ini menyifatkan tempoh pentadbirannya itu sebagai menarik dan mencabar.

Mengambil teraju kepimpinan negara dalam keadaan yang penuh cabaran kesan daripada tsunami politik pada 2008, beliau bersyukur kerana berjaya melaluinya di sebalik pelbagai pandangan sinis dan tanggapan skeptikal terhadap apa jua yang kerajaan umumkan sebelum ini.

Oleh itu, IBM menyeru kepada semua rakyat supaya memberi mandat kepada DS Najib untuk terus menerajui negara dan kekalkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Kenapa harus ditukar kepada kerajaan lain, sedangkan kredibiliti mereka diragui dan mereka-mereka semua itu hanya tahu berjanji? tapi tidak di tunaikan.

Nasib negara dan diri anda sendiri ditangan anda semua. Berfikirlah sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru dan ikut kata hati dan nafsu. Buatlah keputusan yang bijak dan nilaikanlah apa yang kerajaan sekarang buat. Terbukti, negara maju, rakyat terbela dan hidup aman damai dibawah payung BN. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH


04 APRIL

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELANCARAN KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA.
PADA hari ini dalam tahun 1985, 'Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur. Kempen ini bertujuan untuk menggalakan semua sektor dan seluruh rakyat Malaysia supaya membeli barangan buatan tempatan. Perdana Menteri, dalam ucapannya yang telah disampaikan oleh Y.B. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan harapan agar kempen ini akan berjaya menimbulkan kesedaran kepada semua pihak bahawa penggunaan barangan tempatan yang lebih bukan sahaja akan mengurangkan import, tetapi juga mengurangkan aliran tukaran asing, serta memperkukuhkan kedudukan imbangan bayaran negara. Pelbagai program telah diatur bagi melaksanakan kempen ini dan kemuncaknya telah diadakan Minggu dan Pameran Belilah Barangan buatan Malaysia serta penyampian anugerah kepada penguasaha yang berjaya mengeluarkan barangan bermutu di sektor masing masing. Sesungguhnya, kerajaan melalui agensi-agensi seperti Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Penerangan, Kementerin Pendidikan termasuklah majlis-majlis Kerajaan Tempatan telah menjadi penggerak utama kepada Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang telah diadakan ini.

SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Doakan Agar Pembedahan Mawar Nur Fariaya Berjaya...


SHAH ALAM - Hati mana yang tidak bimbang terhadap keselamatan anak yang akan menjalani pembedahan, kalau boleh kita mahu semuanya selamat, kata bapa Mawar Nur Farisya, Farid Alsuwad Mohamed Maki. Farid Alsuwad berkata, dia dan isteri kini hanya mampu berdoa semoga anaknya yang akan menjalani pembedahan injap jantung tersumbat hari ini, selamat. “Saya dan isteri hanya mampu berdoa semoga Mawar selamat. Walaupun perasaan takut itu ada, demi melihat dia sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa, kami pasrah dan berharap yang terbaik buatnya," katanya.

Difahamkan, pembedahan akan dibuat hari ini. Kepada rakyat Malaysia yang prihatin, yang telah menghulurkan bantuan kewangan, penglibatan anda semua bukan setakat itu sahaja, mari kita sama-sama berdoa agar Mawar selamat menjalani pembedahan dan lekas sembuh. Insyallah. Kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan, kedua ibubapa Mawar mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Rakyat Malaysia memang prihatin. Teruskan budaya seperti ini, kerana Malaysia boleh, rakyat Malaysia boleh!! ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Panas!! Panas!! Skandal KBB-HLFB Bakal Tamatkan Riwayat Politik Anwar??...


BALA lagi…mungkin itulah sahaja yang Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya terdedah. Kali ini, bukan skandal seks tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa – yang mana butirannya hanya akan terjawab di mahkamah. Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat. Kerana itulah Anwar telah menolak mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya. Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998. Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar. Dan pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya. Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya.
Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB. Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu. Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya. Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah. Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya. Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh. Jika tahun 1998 menyaksikan begitu banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir drama ini adalah jauh lebih hebat lagi. Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan rakyat.
Bayangkan, berapa ramaikah yang telah disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga, bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Kota Singapura. Membayangkan semua ini, tidak hairanlah Anwar menolak sapina terhadapnya. Dengan pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup menerima satu lagi bala. Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan. Lagipun melambatkan proses bicara sudah menjadi kepakarannya.
Penulis yakin, Anwar amat berharap agar kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu sahaja.
p/s : IBM Kata, "Inikah pemimpin yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan beria-ia nak menawan Putra Jaya di Pru ke-13 nanti. Tak cukupkah dengan skandal seks yang heboh dikatakan dan seluruh dunia dah tahu. Pemimpin yang tak bermoral inikah yang dicadangkan untuk menerajui negara.? Tak cukupkah manusia durjana ini mengkhianati bangsa, agama dan negaranya?. Kini, skandal menyalahkan kuasa pula. Elok benarlah kes ini disegerakan, biar dia merangkuk lagi dalam penjara dan mampus kat situ. Dasar manusia setaraf DAJAL."
SUMBER BERITA : SELANGORDAILY.COM ~ TERIMA KASIH
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, April 3, 2012

Dah lama Dah....Kak Jijah Memang Dah Lama Tak Bertegur Sapa Dengan Shamsidar...!!



BEKAS Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), (tak payah sebut nama le ye), mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Sumber yang IBM dapat, bekas pengasas PKR tu membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya selama 12 tahun dalam PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai MCA pada Januari 2011. 12 tahun?...lamanya tu.

Menurut beliau, riak wajah Shamsidar pernah dilihat berubah apabila bertembung dengan Wan Azizah yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis anjuran parti berkenaan.

Ini jelas menunjukkan ianya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Azizah dan Shamsidar pada ketika itu. Bagaimanapun, menurut beliau kurang pasti status hubungan mereka selepas keluar PKR, jelasnya kepada salah sebuah media cetak milik Umno. Apapun, ada kebenarannya cerita tersebut. Kalau tak percaya, cuba lihat gambar sebelah ni. 

Kenapa Wan Azizah@Kak Jijah duduk bersebelah dengan si Khalid gagap, kenapa tidak disebelah Anwar, kan Anwar tu suami dia?...atau adakah ianya satu 'protokol' bagi kerajaan Negeri Selangor yang mana pemimpin tertinggi di dalam PR tidak boleh duduk bersebelahan dengan pasanganya dalam apa-apa program?

Dan...lihat raut muka kak Jijah, masamnya. Mesti ada yang tak kena. Dalam hal ini, kak Jijah tahu, Anwar tahu, Shamsidar tahu, dan, si Khalid gagap ni pun tahu juga ke?. IBM percaya penuh dengan apa yang dikatakan oleh bekas pengasas PKR tu...memang ada asasnya, faktanya. Memang Anwar dan Shamsidar ada hubungan sulit. Dah lama dah. Anda semua nilai dan fikir-fikirkan lah sendiri. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...