Wednesday, April 4, 2012

Doakan Agar Pembedahan Mawar Nur Fariaya Berjaya...


SHAH ALAM - Hati mana yang tidak bimbang terhadap keselamatan anak yang akan menjalani pembedahan, kalau boleh kita mahu semuanya selamat, kata bapa Mawar Nur Farisya, Farid Alsuwad Mohamed Maki. Farid Alsuwad berkata, dia dan isteri kini hanya mampu berdoa semoga anaknya yang akan menjalani pembedahan injap jantung tersumbat hari ini, selamat. “Saya dan isteri hanya mampu berdoa semoga Mawar selamat. Walaupun perasaan takut itu ada, demi melihat dia sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa, kami pasrah dan berharap yang terbaik buatnya," katanya.

Difahamkan, pembedahan akan dibuat hari ini. Kepada rakyat Malaysia yang prihatin, yang telah menghulurkan bantuan kewangan, penglibatan anda semua bukan setakat itu sahaja, mari kita sama-sama berdoa agar Mawar selamat menjalani pembedahan dan lekas sembuh. Insyallah. Kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan, kedua ibubapa Mawar mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Rakyat Malaysia memang prihatin. Teruskan budaya seperti ini, kerana Malaysia boleh, rakyat Malaysia boleh!! ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...