Monday, May 28, 2012

Satu Ingatan Dari SPRM, Jangan Lakukan 'Jenayah Rasuah'....

SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan 'jenayah rasuah' untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammad, berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara menddadak apabila tiba musim pilihan raya.

SPRM merayu dan minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman mereka yang lepas, setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik secara mendadak. Biasa le tu. Takkan SPRM tak faham-faham lagi. Bagi IBM, SPRM mestilah tingkatkan lagi usaha mereka bagi mencegah supaya jenayah rasuah ini dapat dibendung supaya ianya tidak menudaratkan negara.


Cegah sebelum parah. Dan perlu diingatkan kepada SPRM supaya jangan sewenang-wenangnya mendakwa dan kalau boleh jangan amalkan 'double standard'. IBM rasa pembangkang mesti 'berdengsing' dengar amaran atau ingatan dari SPRM. IBM tahu dan cerita dan sumber dari luar, pembangkang ni memang akan menggunakan SPRM bagi menentang Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Laporan-laporan yang tidak tepat, dan juga sengaja membuat laporan palsu tentang rasuah terhadapa parti lawan.

Itu sebenarnya kerja dan amalan pembangkang. Dah lama dah mereka buat kerja-kerja terkutuk ini. Harap SPRM tidak tidor dan sentiasa bangun dan jangan terlepas pandang. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Apa Kata Nik Aziz Tentang Ini??


UNDI PARTI MASUK 'SYURGA' FATWA SESAT........


Kepada Tok Guru Nik Aziz Jom Baca Ini. Bukan Utusan kata, bukan IBM kata, tapi...Pak Janggut yang di atas ini kata (gambar) :



KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Kepada Tok Guru Nik Aziz, si janggut ni bukan calang-calang orang tau. IBM rasa lebih hebat dari kamu. Ini jelas, bahawa segala fatwa yang Nik Aziz keluarkan selama ini adalah fatwa yang membawa kepada orang yang sesat, kufur atau syirik. Oleh itu, kepada pengikut-pengikut 'fanatik' Pas, faham-faham je apa yang di paparkan di sini, dan ketahuilah siapa sebenarnya Tok Guru yang kamu kalian agung-agungkan. 

IBM rasa kesian tengok korang semua ini. Baliklah kepangkal jalan. Kepada Pas pula, berjuanglah demi untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri. Harap maklum. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, May 27, 2012

Piala Thomas : China Juara Buat Kali ke-9


SEMBANG-SEMBANG SUKAN......


CHINA lagi. Bila le pulak agaknya pasukan badminton kita nak bawak balik Piala Thomas balik ke Malaysia?. Dah lama peminat-peminat badminton tanah air merindukan Piala Thomas. 

JUARA bertahan, China mengekalkan kejuaraan Piala Thomas buat kali kesembilan apabila mudah menewaskan Korea Selatan 3-0 pada aksi final di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada edisi 2006 di Jakarta dengan China menang 3-1. Kejayaan ini sekali gus membuktikan negara Tembok Besar itu sukar digugat oleh pasukan lain.China selaku pilihan utama pada edisi kali ini, mencapai mata kemenangan pertama menerusi pemain perseorangan mereka, Lin Dan yang menewaskan Lee Hyun Il dengan catatan 21-14 dan 20-17. 



Selepas kejayaan Lin Dan itu, gandingan beregu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng tidak memberi peluang kepada gandingan Korea Selatan, Lee Yong Dee/Kim Sa Rang di set pertama apabila mudah mencatat kemenangan 21-17. Bagaimanapun, dalam set kedua, beregu pilihan pertama kejohanan itu nyata perlu bekerja keras untuk mengutip mata kedua sebelum menamatkan permainan 25-23 dalam masa 53 minit. Sementara itu, turun selaku pemain harapan dalam mencipta kemenangan, Chen Long nyata tidak mengecewakan apabila mudah memastikan Piala Thomas kali ini sah menjadi milik China selepas menewaskan Shon Wan Ho, 21-9 dan 21-13.

Tahniah kepada pasukan China. Harap pasukan badminton negara dan juga pegawai-pegawai BAM memulakan kerja keras untuk mencari pemain-pemain baru sebagai pelapis untuk membuat persiapan di perlawanan Piala Thomas dua tahun lagi. Nampaknya pemain-pemain senior yang ada sekarang sudah sampai ke tahap untuk 'mengantungkan raket'. Bagi permainan perseorang, kita tidak boleh bergantung seratus peratus pada Datuk Lee Chong Wei. Begitu juga dengan pemain bergu utama negara. 

Bagi IBM tidak mustahil bagi kita merobohkan domanasi 'tembuk China' yang agak kebal buat masa ini, tapi sekiranya kita berusaha dan berusaha untuk mencari bakat-bakat baru, insyallah kita boleh bawa pulang Piala Thomas dan juga Piala Ubber. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Demi Masa Depan Negara, Belia Harus Bersama (Undi) BN, Tolak Pembangkang!!

UNTUK menjadikan negara ini terus maju, stabil, aman dan damai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan 'mengundi' kerajaan yang telah banyak berbuat jasa dan telah membuktikan keupayaan  menerajui negara melalui 'perubahan progresif' sejak kemerdekaan. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan ''esok lebih baik daripada hari ini".

Katanya lagi, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukan dalam demokrasi negara. Beliau juga menasihatkan belia bagaimana untuk memisahkan antara 'intan dan kaca' dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan 'hari esok kita lebih baik daripada hari ini'.

Beliau juga menyedarkan para belia bahawa selama beberapa generasi, belia malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara ini ke hadapan, bukan hanya dalam satu PRU tetapi dah yang ke-12. Belia telah memberi sokongan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sama untuk membawa perubahan kepada negara ini, jadi kenapa tidak diteruskan oleh belia genarasi yang baru pula?...soal beliau.

Seterusnya, DS Najib mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan sukan yang sama-sama menjayakan program menarik yang berlangsung selama lima hari secara besar-besaran, dan juga dapat menarik pengunjung/pelancong dari pelbagai negara. Sambil berucap dengan penuh bersemangat, DS Najib sempat berjenaka dan memuji belia-belia yang memakai baju-T perhimpunan atau "I Love PM".

Sambil bergurau, beliau berkata isteri beliau tidak akan cemburu dengan 'cinta' yang para belia tunjukan kerana ianya mewakili rasa hormat dan kasih sayang unutk pemimpin-pemimpin negara. Beliau juga berasa bangga kerana perhimpunan ini telah mencapai sasaran untuk mengumpulkan 2 juta belia di Putrajaya.

Akhir kata, beliau melaungkan bahawa 'Putrajaya' telah ditawan oleh belia, serta-merta mendapat sorakan yang bergemburuh dan bersemangat daripada belia-belia yang hadir. Dan.....terdengar juga sorakkan "We Love PM". Betul, memang betul, belia sayangkan pemimpin seperti DS Najib dan negara. IBM juga merasa amat bangga kerana selain isteri DS Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, hadir, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan  Mansor, dan Menteri-menteri Kabinet yang lain pun turut hadir. syabas dan tahniah.

Kesimpulannya, "HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012, berjaya. Syabas sekali lagi. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Saturday, May 26, 2012

Betul Ke Petronas Taja Gerakan Anwar Ibrahim??

ANDA MESTI BACA ARTIKEL INI :

BUKU dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.   Seperti yang ditulis sebelum ini  iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran. 
 
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya.  Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.   

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai.  Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci.   Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. 

Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun. 
 
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.  

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental.   Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.  

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,  barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.  


Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri. 
 
Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT.  Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.


Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. 

Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.  Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.  

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.

Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an.  Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa  tertinggi syarikat tersebut pada 1995.  

Tun Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.  Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound. 
 
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.  

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.  

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?  Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama? ~ Jom sama-sama kita fikirkan betapa bahayanya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Memang patut rakyat tolak dan hapuskan dia terus dari dunia politik tanah air. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...