Tuesday, July 3, 2012

EURO 2012 : Tabik La Roja!

Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari


SEMBANG-SEMBANG BOLA .......


WALAUPUN Euro 2012 telah melabuhkan tirainya, dan juaranya pun telah di nobatkan, tapi...kesan-kesan sampingan masih terasa. Terutamanya penyokong-penyokong kuat Itali. Dan, ramai pengkritik mendakwa Sepanyol menjadikan permainan bola sepak moden tidak menarik apabila tidak membenarkan lawan memegang bola sepanjang Euro 2012. Pasukan itu juga dicemuh penyokong sendiri kerana bergelut menjaringkan gol sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.

Tapi....awal pagi semalam, segala-galanya berubah dan dunia menyaksikan bagaimana La Roja menggunakan 'kuasa matador' membenam Itali dalam Final di Stadium Olimpik. Memang Itali bukan lawan Sepanyol. Itali harus belajar lagi di dalam dunia bolasepak. Penyerang sensasinya, Mario Balotelli (gambar kecil) yang diramalkan menjana misi Azzurri hanyut dalam cabaran yang berakhir dengan linangan air mata.

Apapun IBM berasa bangga kerana pasukan yang IBM minati selama ini berjaya menjadi juara. Hidup Sepanyol!!. Sekian dari saya ~ IBM

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

3 Penyangak PKR Didakwa lagi. Mana Pas Dan DAP??



KENA lagi. Tapi...tiga ekor penyangak PKR ni masih sukar untuk di humban ke Sungai Buloh. Apa ilmu depa pakai ye? Berita semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin semalam dikenakan satu lagi pertuduhan berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) di Mahkamah Sesyen di sini.

Dakwaan baru itu menjadikan setiap seorang mempunyai tiga pertuduhan. Pertuduhan hari ini menyebut, ketiga-tiga individu itu didakwa bersubahat dengan R. Tangam, G. Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias dan lain-lain penyokong perhimpunan terbabit untuk melanggar perintah Mahkamah Majistret yang dibuat pada 26 April lalu oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Bagaimanapun tiada pemimpin Pas atau DAP yang kelihatan di dalam mahkamah. Inilah yang menjadi buah bualan di kalangan penyokong-penyokong PKR semalam. Mereka merasa amat-amat kecewa dengan rakan kongsi mereka, Pas dan DAP tidak muncul di Mahkamah semalam. Selalunya mereka akan muncul bagi memberi sokongan moral kepada rakan kongsi mereka. Tapi..tidak semalam. Ada sesuatu yang tak kena nampaknya kali ini. Apapun itu hal depa. Boleh mampus le....

Menurut kata Mahkamah,  sewaktu perlanggaran perintah itu dibuat bagi tujuan bersama, salah seorang daripada mereka atau lebih telah menggunakan kekerasan dan keganasan. Itulah yang selalu di praktikkan oleh pembangkang. Mereka ingat dengan menggunakan kekerasan akan dapat mengulingkan kerajaan yang sedia ada. Tugasan itu sudah mesti diarah oleh Ketua Pembangkang yang terlalu terdesak untuk memerintah negara dan menjadi Perdana Menteri sebelum dia 'mampus'.

IBM harap kali dakwaaan terhadap mereka lekat dan humbankan mereka ke penjara. Barulah aman sikit negara ini. Dan IBM juga berharap agar rakyat dapat berfikir sejenak, menilaikan siapakah pembangkang yang sebenarnya. Relevankah mereka buat masa ini, saat PRU ke-13 hampir tiba dan berbaloikah menyokong mereka?....fikir-fikirkanlah, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, July 2, 2012

Banglo Rahim Di Masuki Penjenayah!!

BANGLO Abdul Rahim di Bukit Bandaraya, Bangsar yang dimasuki penjenayah kali ketiga sejak tahun 2006.
JENAYAH ada di mana-mana. Oleh itu kita perlulah berhati-hati samada kita berada di rumah atau pun diluar. Semalam,  sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah kelmarin. Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai.
Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang. Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur. "Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga," katanya.
Apa yang membimbangkan, trend jenayah sekarang ini berbeza dengan jenayah dulu-dulu. Sekarang ini, penjenayah sanggup membunuh mangsa sekiranya wajah mereka di kenali. Memang tidak berperi kemanusian langsung. IBM rasa, apa yang penting, kita sama-sama berbaik-baik dengan jiran kita kerana itu satu langkah yang bijak agar kita dapat berpesan-pesan pada jiran kita untuk tengok-tengokkan rumah kita ketika kita tiada di rumah. 
Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kadar jenayah seperti pecah rumah dan yang sewaktu dengannya. Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH PADA KOSMO ONLINE UNTUK SUMBER BERITA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Rupa-Rupanya Suaram Ni Syarikat Swasta, Bukan NGO...

AZWANDDIN Hamzah (kiri) dan Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian menunjukkan dokumen awam SSM mengenai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang dipercayai Suaram pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam

SEPANDAI-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu jugalah dengan sebuah pertubuhan NGO yang di beri nama 'Suaram'  atau Suara Rakyat Malaysia yang selama ini berselindung di sebalik nama NGO. Akhirnya rahsia mereka terbongkar. Rupa-rupanya selama ini mereka berniaga bukan sebuah NGO yang memperjuangkan nasib rakyat bersesuian dengan namanya iaitu 'Suara Rakyat Malaysia'. Tapi....ke lain pulak jadinya.

Oleh itu, hendak tak hendak, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerna semakan di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Wauu..banyak tu, dari mana mereka dapat sumber tu?

Perkara itu telah di bongkar oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah Syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Maka, IBM berpendapat, satu siasatan terperinci harus di lakukan terhadap Suaram ini. Ada yang tak kena dengan Suaram ini dan mereka mempunyai agenda tersendiri. Mungkin boleh memudaratkan negara.

Menurut Azwanddin, JMM difahamkan pemegang saham dan pengarah Syarikat itu adalah dua orang Cina yang bernama Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004. Persoalannya sekarang, siapakah mereka berdua ini, adalah mereka merupakan penyumbang dana untuk Suaram bergerak menyamar untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah pejuang untuk rakyat?

Oleh kerana dan terbongkar, ibarat 'bangkai' gajah tidak boleh di tutup degan tudung saji, maka, elok benarlah Suaram perjelaskan kepada umum, dan juga rakyat, kerana rakyat juga ini tahu selama ini adakah Suaram benar-benar sebuah pertubuhan NGO yang ingin membela nasib rakyat, tapi, apa dah jadi. maka, dengn itu, kepada rakyat jelata, mari kita berfikir sejenak, fikirkan betul-betul siapakah Suaram ini yang sebenarnya, kerana berfikir sejenak boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, July 1, 2012

EURO 2012 : Siapa 'Raja Eropah'??..



MEREKA bersemuka lagi. Namun, kali ini, Sepanyol dan Itali bukan lagi berentap untuk tiga mata, sebaliknya bagi merebut kejuaraan Euro 2012 dan memahat nama mereka dalam buku sejarah Kejohanan Eropah. Dua seteru Mediterranean itu bertembung buat kali kedua dalam tempoh tiga minggu selepas seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C.

Selaku penyandang juara dunia dan Eropah, Sepanyol memburu gelaran utama ketiga berturut-turut untuk mengesahkan status mereka selaku pasukan kebangsaan terulung sepanjang zaman. Bergelar juara selepas final awal pagi esok bermakna Sepanyol juga menyamai pencapaian Jerman selaku juara Eropah tiga kali. Pengendali Azzurri, Cesare Prandelli sendiri memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi.

Sama-sama kita tunggu jam 2:24 pagi esok. Kita tengok siapa yang akan bergelar 'Raja Eropah'. IBM tetap memilih Sepanyol kerana prastasi mereka yang memberangsangkan dan berstatus sebagi 'Juara Dunia'. Sama-sama kita saksikan. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...