Monday, July 2, 2012

Rupa-Rupanya Suaram Ni Syarikat Swasta, Bukan NGO...

AZWANDDIN Hamzah (kiri) dan Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian menunjukkan dokumen awam SSM mengenai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang dipercayai Suaram pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam

SEPANDAI-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu jugalah dengan sebuah pertubuhan NGO yang di beri nama 'Suaram'  atau Suara Rakyat Malaysia yang selama ini berselindung di sebalik nama NGO. Akhirnya rahsia mereka terbongkar. Rupa-rupanya selama ini mereka berniaga bukan sebuah NGO yang memperjuangkan nasib rakyat bersesuian dengan namanya iaitu 'Suara Rakyat Malaysia'. Tapi....ke lain pulak jadinya.

Oleh itu, hendak tak hendak, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerna semakan di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Wauu..banyak tu, dari mana mereka dapat sumber tu?

Perkara itu telah di bongkar oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah Syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Maka, IBM berpendapat, satu siasatan terperinci harus di lakukan terhadap Suaram ini. Ada yang tak kena dengan Suaram ini dan mereka mempunyai agenda tersendiri. Mungkin boleh memudaratkan negara.

Menurut Azwanddin, JMM difahamkan pemegang saham dan pengarah Syarikat itu adalah dua orang Cina yang bernama Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004. Persoalannya sekarang, siapakah mereka berdua ini, adalah mereka merupakan penyumbang dana untuk Suaram bergerak menyamar untuk mengaburi mata rakyat bahawa merekalah pejuang untuk rakyat?

Oleh kerana dan terbongkar, ibarat 'bangkai' gajah tidak boleh di tutup degan tudung saji, maka, elok benarlah Suaram perjelaskan kepada umum, dan juga rakyat, kerana rakyat juga ini tahu selama ini adakah Suaram benar-benar sebuah pertubuhan NGO yang ingin membela nasib rakyat, tapi, apa dah jadi. maka, dengn itu, kepada rakyat jelata, mari kita berfikir sejenak, fikirkan betul-betul siapakah Suaram ini yang sebenarnya, kerana berfikir sejenak boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...