Monday, September 3, 2012

Siap Korang. Menteri 'Amaran' Dah Naik Angin. Betul-Betul Naik Angin Kali Ini. No Joke!!

MEMANG dah melampau. Tindakan manusia biadap yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur, adalah satu tindakan yang biadap dan perlu diambil tindakan. Jangan diberi muka samseng-samseng dan penyangak -penyangak ini. KDN dan pihak polis harus bertindak segera.


Jesteru, polis sedang giat menjalankan siasatan sementara pihak Peguam Negara pula akan mendakwa pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang serta memijak gambar Perdana Menteri pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mahu dalang dan pihak terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan 'desperado' politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini,"  katanya. Katanya pihak pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan."

Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan," katanya.Pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Khamis malam, sekumpulan individu tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah agar memilih bendera mirip kepunyaan republik Singapura dan Indonesia dengan warna merah dan putih namun mengekalkan lambang bulan dan bintang yang bewarna kuning seperti Jalur Gemilang. Risalah berkenaan dipercayai diedarkan peserta 'Janji Demokrasi' anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Pada bahagian bawah risalah itu turut dicetak logo kemerdekaan yang digunapakai pembangkang dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' . Selain cubaan menghasut rakyat dengan risalah tersebut, perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut diselar oleh semua pemimpin utama negara baik di pihak kerajaan, pembangkang mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO). Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin memohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut iaitu tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) akta Hasutan 1948 di mana perbuatan itu boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk malaysia. Manakala tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat dibawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dimana tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam. Mengulas lanjut, Mohd Bakri menjelaskan pihak polis memandang serius perbuatan - perbuatan tersebut yang mengugat kestabilan negara.

"kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang,"  tegasnya. Pada masa sama, beliau menjelaskan satu laporan polis telah dibuat pada 29 Ogos yang lalu bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan Janji Bersih untuk mengemukakan pemberitahuan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, ia itu sekurang – kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan. Selain itu, katanya, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian menyimbah cat dan memecah cermin hadapan bas jelajah merdeka rakyat milik sebuah parti pembangkang di Kota Bharu pada 1 September lalu.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Setakat ini, rakaman percakapan telah diambil daripada seramai lima (5) orang saksi terdiri dari pemandu, kelindan dan tiga (3) saksi lain." Tiada sebarang kecederaan berlaku, pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan individu terbabit, sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat," ujarnya. Seperti yang IBM katakan di dalam enteri IBM baru-baru ini, tindakan tegas mesti diambil kepada mereka-mereka ini yang telalu kurang ajar dan tidak menghormati pemimpin negara dan menghormati undang-undang negara yang sedia ada.
IBM percaya, mereka-mereka ini telah dipengaruhi dan dibayar oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencetuskan provokasi dan menghura-harakan negara. Persoalanya tuan/puan para pembaca sekelian, adakah parti seperti pembangkang ini boleh menerajui negara ini? Jawapannya ada pada anda semua. Selamat beramal. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, September 1, 2012

Berhati Perut Juga Puak-Puak PKR Ni Ye....Atau Lakonan Je Kot.....

LAGI  cerita tentang perbuatan biadap segelintir kumpulan yang ingin mengubah bendera 'jalur gembilang' yang mirip kepada bendera Republik Singapura dan Indonesia pada ambang Hari Merdeka.  Setelah di hentam dan  dibidas pelbagai pihak, barulah pembangkang bersuara. PKR dalam kenyataan terbukanya hari ini membidas tindakan sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab melakukan kebiadaban terhadap bendera yang seakan menyamai Singapura dan Indonesia serta perbuatan memijak gambar Perdana Menteri dan isterinya.(gambar dibawah)

Menerusi Timbalan Presidennya, Azmi Ali, PKR begitu kesal di atas kejadian tersebut dan mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara yang tidak patut dilakukan, tambahan lagi dalam sambutan Kemerdekaan. Mereka, kononnya menolak sekeras-kerasnya perkara tersebut dan akan menghalang cubaan yang memberi gambaran yang tidak baik terhadap negara. Aduhai....baiknya hati si Azmin ni. Betul ke tu Azmin, atau itu hanya sendiwara dan lakonan korang je? Korang kan terkenal dalam hal-hal seperti itu. Lagi pun semalam, boss ko tiba-tiba je melenting menafikan perlibatan PKR dalam isu ini. Kenapa harus di melenting, sedangkan tiada satu kenyataan dari pemimpin-pemimpin kami yang menuduh itu adalah perbuataan PKR. Cuma korang je yang selalu membuat tuduhan terhadap UMNO.

Lagi satu yang IBM rasa KDN harus bertindak ke atas beberapa individu yang membawa 'bendera baru' yang kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang yang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka pada hari itu. Persoalannya, mereka-mereka itu mewakili siapa?. Mereka-mereka itu harus di panggil dan disoal-siasat oleh polis. Muka mereka jelas terpampang di akhbar-akhbar dan blog-blog, tiada sebab mengapa  pihak polis tidak boleh bertindak dan mengesan mereka. 

Negara kita ada undang-undang. Jika terdapat puak-puak atau anak-anak muda yang begitu berani dan biadap, IBM anggap mereka ini adalah 'musuh dalam selimut' yang akan bergerak dan menghura-harakan negara. Dan IBM positif, ada dalangnya di belakang. Cuma polis kenalah tingkatkan usaha dan carilah bahan-bahan bukti untuk mengheret mereka-mereka ini ke muka keadilan. Jika mereka betul-betul terlibat, lucutkan kerayataan mereka. Biar mereka berhijrah ke Singapura dan Indonesia. Di sana nanti mereka akan tahu, negara mana yang lebih baik dan selamat untuk di duduki.

Kepada generasi muda, jangan terlalu ghairah mengikut dan mendengar hasutan dari pihak pembangkang. Gunakan pemikiran yang waras, kerana berfikir sejenak akan membawa kepada perubahan. Selamat beramal. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

101 Bayi 31 Ogos Dilahir....Anak Merdeka!!

Kelihatan gembira dan ceria kedua-dua ibu bersama bayi merdeka masing-masing di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

TAHNIAH, TAHNIAH!!

Seramai 53 bayi 'merdeka' masing-masing 24 perempuan dan 29 lelaki dilahirkan di lapan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang bermula selepas detik 12 tengah malam tadi hingga tengah hari semalam. Bayi merdeka pertama ialah bayi lelaki yang dilahirkan sebaik selepas detik 12 tengah malam tadi. Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kajang dan bayi itu adalah antara enam kelahiran yang direkod di hospital berkenaan, termasuk sepasang bayi kembar perempuan, kata jurucakap hospital itu.

Hospital Sungai Buloh pula mencatat kelahiran paling tinggi iaitu 13 bayi dengan kelahiran pertama, seorang bayi lelaki pada 12.14 pagi, kata jurucakap hospital itu. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula, seramai lapan bayi dilahirkan sehingga 9.02 pagi ini dengan bayi pertama seberat 2.73 kg dilahirkan pada 12.20 pagi. Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) masing-masing mencatat tujuh kelahiran dengan bayi pertama masing-masing dilahirkan pada 1.02 pagi dan 12.55 pagi.


Hospital Kuala Lumpur mencatat kelahiran lima bayi dengan seorang daripadanya rakyat Indonesia seberat 4.25 kg yang dilahir pada 4.11 pagi, manakala Hospital Tawakal merekodkan kelahiran dua bayi lelaki. Di Hospital Pantai Kuala Lumpur pula, lima kelahiran direkod termasuk seorang bayi lelaki rakyat Perancis, kata jurucakap hospital itu. Daripada 53 bayi yang dilahirkan itu, 18 kelahiran adalah melalui pembedahan iaitu masing-masing satu di PPUM dan HKL, Hospital Tawakal Kuala Lumpur (dua), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (tiga) dan masing-masing empat di Hospital Serdang dan SJMC.
Di Kuala Terengganu, 28 bayi dilahirkan di beberapa hospital di negeri itu sehingga 12 tengah hari iaitu 12 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kelahiran pertama ialah pada 12.14 pagi. Di George Town, seramai tiga bayi dilahirkan di Hospital Pulau Pinang termasuk dua bayi rakyat Indonesia. Di Seremban, seramai 17 bayi merdeka dilahirkan di hospital kerajaan di negeri ini bermula tengah malam sehingga 12 tengah hari, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan. 
SUMBER : BERNAMA
_______________________________________________________________________
Moga anak-anak ini apabila sudah besar dapat menghayati apa itu erti kemerdekaan. Bagi kerajaan, anak-anak inilah yang akan menjadi pewaris dan akan menjadi pemimpin ynng di segani dan dihormati di masa akan datang. Jangan jadi pembangkang yang mudah lupa dan tak pernah menetapi janji. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Bas Jelajah 'Merdeka' Disimbah Cat Merah Dan Cermin Dipecahkan, Salah UMNO Lagi Ke??

 Gambar: Keadaan bas Merdeka Rakyat yang disimbah cat merah dan pecah cermin.

BAS dua tingkat yang dilancarkan semalam di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh sekumpulan mereka yang tidak dikenali yang menyimbah bahagian hadapan bas tersebut dengan cat merah dan cermin bas telah dipecahkan dengan besi keluli. Serangan berlaku kira-kira jam 5.00 pagi tadi di Kota Baru. Walau bagaimanpun tiada laporan kecederaaan berlaku dan Datuk Seri Anwar juga dilaporkan selamat. Pelancaran 'Jelajah Merdeka Rakyat' dilancarkan semalam di ibu pejabat KEADIILAN  dan telah tiba di lokasi pertamanya di Bentong Pahang semalam sebelum ke Benta dan Macang.




SUMBER : Rakan-Rakan Blogger
_______________________________________________________________________
EKORAN INSIDEN INI UMNO JUGA YANG DISALAHKAN

IBM dah dapat agak dah. Perkara seperti ini mesti UMNO yang disalahkan dan menjadi target man. UMNO lah punca segala-galanya. Tengkorak korang. Pagi tadi IBM sempat meninjau dan singgah di beberapa blog pro-pembangkang. Apa lagi, sumpah keranah dan maki hamun mereka pada UMNO. Lagi, lagi UMNO. Haram jadah punya pembangkang. Korang nak pergi jelajah ke nak mampus ke itu korang punya pasal. Jangan nak babitkan UMNO pulak. Pi lah pusing satu dunia, tiada hal punya.

Rakyat  dah tahu, rakyat dah jemu dengan kerenah korang. Menghabiskan duit rakyat. Itu kerja korang. Beli bas yang mahal-mahal, tapi rakyat diabaikan. janji-janji PRU yang lalu masih tidak ditunaikan. Apapun, selamat menjelajah, moga korang mendapat pengajaran yang setimpal dan berbaloi le penjelahan korang. Ini bukan doa khianat atau dengki, tapi...hanya Allah s.w.t je yang tahu. Sekian. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wow!! Lebih 100 Ribu Sertai Himpunan Merdeka 55 ~ "Janji Ditepati"

 Pemandangan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perhimpunan Merdeka 55 Tahun: Janji Ditepati sedang berlangsung.

 Orang ramai yang sesak tiba di setesen LRT Bukit Jalil untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini bagi memeriahkan sambutan ke 55 tahun Merdeka. 


Orang ramai yang sesak tiba di setesen LRT Bukit Jalil untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini bagi memeriahkan sambutan ke 55 tahun Merdeka. 
LEBIH 100,000 orang sudah memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga kira-kira pukul 7.45 malam ini bagi memeriahkan Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini. Merah mata pembangkang dibuatnya. Mereka betui-betui jelous dan ada yang kata (penyokong pembangkang) yang datang tu telah dibayar dan kerana nak menang hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur. Ada jer provokasi yang nak mereka cetuskan.   

Di khabarkan, ribuan lagi berasak-asak untuk masuk ke dalam Stadium bagi menyaksikan perhimpunan kemerdekaan yang pertama kali diadakan pada waktu malam. Himpunan Merdeka yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dn pemimpin negara akan dimulakan  dengan pengumuman acara 'Tweet' paling banyak dalam masa sejam di Malaysia pada pukul 8.15 malam oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tak ada pulak pengacau dan pencacai lalat 'kuning' datang mengacau untuk berdemo dan bawa bendera baru yang mereka reka mengantikan bendera yang lama. Baru memerintah di beberapa negeri je dah tunjuk lagak. Semuanya mereka nak tukar. Memang dasar pembangkang hati busuk, dengki dengan pencapaian yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN). Maka, jelas bahawa rakyat senang dengan pentadbiran DS Najib kerana beliau betul-betul mementingkan rakyat dan Janji Ditepi.

IBM rasa, penasihat pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim mesti tak tidur lena. Apa tidaknya, hari ke hari sambutan dan sokongan rakyat kepada DS Najib meningkat. Berbeza pula dengan sambutan hari kemerdekan di peringkat negeri Selangor yang turut dihadiri oleh ketua pembangkang, Menteri Besar dan serta semua exco negeri. Tapi.....sambutannya begitu mengecewakan. Hambar....cuma yang hadir tak sampai 2 ribu orang. Dah pasti mereka nafikan.

Apapun, tahniah kepada penganjur dan kepada rakyat sekalian, teruskan memberi sokongan pada Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional (BN). Insyallah...transformasi dan Janji Ditepati akan berterusan demi untuk rakyat semua. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...