Wednesday, September 5, 2012

Perginya Seorang 'Bapa Sukan'...AL-FATIHAH!!

IMBAS...Hamzah (kiri) ketika menghantar kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972

MALAYSIA kehilangan tokoh sukan tersohor, Tan Sri Hamzah Abu Samah (gambar kecil) yang banyak mewarnai arena sukan tempatan serta membawa nama negara ke persada antarabangsa.
Berikutan penglibatan aktifnya dalam arena sukan tempatan dan antarabangsa, Allahyarham semasa hayatnya telah dilantik menjadi presiden bagi beberapa persatuan sukan tempatan dan pernah dipilih menjadi naib presiden Persekutuan Bola Sepak Antara- bangsa (FIFA).
Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pada kira-kira 3.30 petang semalam akibat sakit tua.
Adik ipar kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan bapa saudara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu meninggalkan isteri, Toh Puan Sri Zainun, adik kepada Abdul Razak, serta tujuh orang anak.
Presiden seumur hidup Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu, anak kelahiran Pekan, Pahang dan merupakan bekas anggota Parlimen Raub (1967-1978) dan Temerloh (1978-1980), adalah bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Gray's Inn, England pada 1953.
Bekas menteri kabinet sejak 1960-an hingga meletakkan jawatan sebagai menteri pada tahun 1980 selepas menjalani pembedahan 'pintasan koronari', dan pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan daripada 1971-1973, Menteri Pertahanan (Ogos 1973), Menteri Perdagangan dan Industri (September 1974) dan jawatan terakhir sebagai Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara.
Sebelum itu, Allahyarham pernah bertugas sebagai Penolong Penyelia Pilihan Raya Pahang, hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor serta Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia pada 1972, Allahyarham telah dilantik sebagai Menteri Pengiring kepada Ratu England itu.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Perhubungan UMNO Pahang dan anggota Majlis Tertinggi UMNO bukan sahaja seorang pemimpin politik tetapi juga pemimpin pelbagai badan sukan di dalam negara serta peringkat antarabangsa.
Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 1978 sehingga 1994 dan menjadi Presiden Kehormat AFC selepas itu.
SUMBER : Kosmo! Online
________________________________________________________________
Mari Kita Sama-sama Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Beliau. Al-Fatihah!. Sekian dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, September 4, 2012

TODAY IS MY BIRTHDAY.....NO POSTING TODAY...:)


SALAM TO ALL.


   THANK YOU FOR THE BIRTHDAY   WISHES!! (FOR FACEBOOK FRIENDS          AND OTHERS) ~ IBM 


HARI INI IBM CUTI SEHARI. NAK REHAT DAN AKAN BUAT NEW ENTRY LEWAT MALAM NANTI. IKHLAS DARI SAYA ~ IBM

Monday, September 3, 2012

Lagi Bekas Pemimpin PAS Kata, PAS Bukan Parti Islam....APA KOMEN PAS??

MEMBONGKAR PEMBOHONGAN PAS YANG KONONNYA MEREKA PARTI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM....TAPI, ITU HANYA GIMIK POLITIK PAS.


HARI demi hari tembelang Pas di bongkar. Pembongkaran yang membabitkan penipuan yang dibuat oleh Pas yang kononnya mereka adalah perjuang Islam adalah bohong semata-mata. Sebaliknya Pas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat. Perkara ini dibongkar oleh bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Nakhael Ahmad (gambar). 

Menurut Mohd Nakhael, hasrat Datuk Seri Hadi Awang meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak, bercanggah dengan 'fatwa' yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas itu sendiri yang mana dulu tidak boleh melantik dan tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa itu adalah merupakan fatwa dari Haji Hadi sendiri. Jadi kafir kita bila tidak mengkafirkan orang kafir seterusnya nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh. Tapi...sekarang ini sudah terbalik. Bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, malah, Pas letak calon bukan Islam pula.

Pas dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam. Mereka menganggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang sebenarnya Pas perjuangkan? IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Mohd Nakhael. Pas bukan perjuangan Islam. Perjuangan mereka menjurus kepada perjuangan untuk dapat kuasa, tiada lagi semangat perjuangan di kepala mereka. Kini, hanya tinggal nama saja parti Islam, tapi tidak pertahankan Islam.

IBM difahamkan, Haji Hadi ada membuat kenyataan , cuba nak berdalih le tu. Kononnya kegagalan Pas menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah. Podahhhhh le Pas. Tak habis-habis nak kelentung dan menipu rakyat. Terkini, Pas sekali akan mencuba dan membuat keputusan untuk bertanding di 80 kerusi dengan harapan Parti Ajaran Sesat (Pas) itu mampu melebarkan pengaruh mereka di negeri Borneo itu. Mimpi le korang Pas. Bawak le banyak-banyak duit tu. Ada yang balik dengan tangan kosong dan hilang wang pertaruhan nanti. Bukan cakap besar atau bongkak. Ini pendapat yang boleh dikira pakai dari ~ IBM 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

Tarian 'Ghairah' Dan Pesta Dadah Diambang Merdeka!!

Wow!! seksinya. Lebih kurang begini kot tarian ghairah yang mencemar perayaan ambang Merdeka di Pulau Tioman, Jumaat lepas ( Gambar Hiasan)

APA nak jadi dengan remaja-remaja kita sekarang ini. Mangkin lama mangkin teruk perangai depa-depa ni. Tengah keseronokan seluruh rakyat Malaysia untuk menyambut hari kemerdekaan ke-55 tahun, lain pulak yang depa buat. Cara menyambut dan meraikan ambang Merdeka di sajikan dengan perkara yang tak senonoh, maksiat dan menjolok mata juga dihidang dengan pengambilan dadah.  Masya-allah.

Sekumpulan 28 individu dari ibu negara menyambut perayaan ambang Merdeka dengan cara keji apabila masing-masing melakukan tarian ghairah sambil berpesta dadah dalam satu parti liar di tepi pantai Teluk Juara di Pulau Tioman, Jumaat lalu.

PEMANDANGAN Teluk Juara, Pulau Tioman yang menjadi tempat sekumpulan 28 individu mengadakan pesta liar sambil khayal dadah 31 Ogos lalu.

Menurut jurucakap dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang,  berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati, empat lelaki memiliki pil khayal serta serbuk dipercayai dadah. Sebaik mendapat maklumat awam, sepasukan polis dikerah ke pulau berkenaan untuk memantau. Selepas memastikan mereka berkelakuan seperti yang didakwa, mereka telah membuat serbuan dalam keadaan peserta parti itu tidak menyedarinya kerana khayal dadah.
Maka, elok bebeno le mereka-mereka tu di sumbat ke dalam penjara, biar mereka rasakan kehidupan dalam penjara. Memang memalukan. Sial punya manusia. Kalau IBM jumpa depa-depa  ni semua, bagi penendang seko-seko. Geram, memang geram ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Arsenal Malukan Liverpool!!

SEMBANG-SEMBANG BOLA...DAN MENILAI KEMAMPUAN THE REDS MUSIM INI.


MINGGU lepas, pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel, hampir memalukan The Reds dengan tiba-tiba tanpa digugat oleh pihak lawan mengumpan bola kebelakang kepada penjaga golnya, Pape Reina, ketika menentang Man. City di Anfield tapi dapat di sambar oleh penyerang City, Carlos Treves, dan terus menjaringkan gol penyamaan sekali gus gagal mengutip 3 mata penuh. Sampai bila Liverpool akan berkeadaan begini?  Tewas  ditempat sendiri dan apatah lagi ditempat lawan, dah tentu kena tibai.  Mesti ada yang tak kena ni.

Malam tadi, giliran Arsenal pula memalukan Liverpool juga di gelanggang sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-0 dalam saingan Liga Perdana England di Stadium Anfield malam tadi. Ia merupakan kemenangan sulung yang diraih skuad kendalian Arsene Wenger itu musim ini. Sebelum ini, skuad The Gunners sekadar seri tanpa jaringan dengan Sunderland dan Stoke City dalam dua perlawanan awal.

Pada aksi malam tadi, bintang baru skuad The Gunners, Lukas Podolski mula menunjukkan taringnya apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-31. Seorang lagi muka baru yang dibawa masuk Wenger musim ini, Santi Cazorla turut berjaya mencetuskan impak positif apabila meledak gol kedua buat Arsenal pada minit ke-68. Kemenangan itu sudah pasti memberikan kelegaan buat Wenger yang sebelum ini resah dengan persembahan tidak menentu anak-anak buahnya apabila gagal meledak gol dalam dua perlawanan awal.
Ketiadaan bekas kapten, Robin van Persie yang membuat keputusan untuk berhijrah ke Manchester United juga sudah boleh dilupakan berdasarkan prestasi membanggakan Podolski dan Cazorla. Sementara itu, kekalahan di laman sendiri yang dialami Liverpool sudah pasti membuatkan pengendali kelab itu, Brendan Rodgers tidak senang duduk. Selepas dimalukan dengan kekalahan 0-3 oleh West Bromwich Albion pada aksi pembukaan liga 18 Ogos lalu dan sekadar seri 2-2 dengan Manchester City minggu lalu, Rodgers masih belum mampu mencetuskan impak positif buat skuad The Reds selepas dilantik selaku pengurus bagi menghadapi saingan musim ini. Sesuatu perlu dilakukan Rodgers agar anak-anak buahnya tidak terus kemarau kemenangan atau beliau perlu bersedia untuk dipecat.
Walaupun perjalanan masih jauh, tapi, kalau itulah cara pemain-pemain The Reds bermain, jangan harap Liverpool akan memperolehi kejayaan dan menjulang piala BPL bagi musim 2012-2013. Malah, mungkin Liverpool akan jadi pasukan belasahan oleh pasukan-pasukan yang lain.  Oleh itu, ayuh Liverpool, bangkit, buktikan Liverpool adalah kelab yang masih digeruni oleh pasukan-pasukan lain di liga inggeris dan juga kejohanan di Eropah.
IBM masih lagi setia dan sentiasa bersama-sama Liverpool. Don't worry Liverpool, "You'll Never Walk Alone". Sekian dari peminat bolasepak tanah air dan Liverpool ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...