Monday, September 3, 2012

Lagi Bekas Pemimpin PAS Kata, PAS Bukan Parti Islam....APA KOMEN PAS??

MEMBONGKAR PEMBOHONGAN PAS YANG KONONNYA MEREKA PARTI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM....TAPI, ITU HANYA GIMIK POLITIK PAS.


HARI demi hari tembelang Pas di bongkar. Pembongkaran yang membabitkan penipuan yang dibuat oleh Pas yang kononnya mereka adalah perjuang Islam adalah bohong semata-mata. Sebaliknya Pas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat. Perkara ini dibongkar oleh bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Nakhael Ahmad (gambar). 

Menurut Mohd Nakhael, hasrat Datuk Seri Hadi Awang meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak, bercanggah dengan 'fatwa' yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas itu sendiri yang mana dulu tidak boleh melantik dan tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa itu adalah merupakan fatwa dari Haji Hadi sendiri. Jadi kafir kita bila tidak mengkafirkan orang kafir seterusnya nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh. Tapi...sekarang ini sudah terbalik. Bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, malah, Pas letak calon bukan Islam pula.

Pas dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam. Mereka menganggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang sebenarnya Pas perjuangkan? IBM setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Mohd Nakhael. Pas bukan perjuangan Islam. Perjuangan mereka menjurus kepada perjuangan untuk dapat kuasa, tiada lagi semangat perjuangan di kepala mereka. Kini, hanya tinggal nama saja parti Islam, tapi tidak pertahankan Islam.

IBM difahamkan, Haji Hadi ada membuat kenyataan , cuba nak berdalih le tu. Kononnya kegagalan Pas menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah. Podahhhhh le Pas. Tak habis-habis nak kelentung dan menipu rakyat. Terkini, Pas sekali akan mencuba dan membuat keputusan untuk bertanding di 80 kerusi dengan harapan Parti Ajaran Sesat (Pas) itu mampu melebarkan pengaruh mereka di negeri Borneo itu. Mimpi le korang Pas. Bawak le banyak-banyak duit tu. Ada yang balik dengan tangan kosong dan hilang wang pertaruhan nanti. Bukan cakap besar atau bongkak. Ini pendapat yang boleh dikira pakai dari ~ IBM 
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...