Wednesday, January 9, 2013

Kempen "Jom Tolak Pakatan'.....Jommmm!!


MEMANG dah tiba masanya kita beramai-ramai turun padang, berdemo menentang pakatan pembangkang dari terus menghura-harakan negara. IBM di fahamkan seramai 150,000 ahli mewakali 40 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyatakan pendirian mereka menolak pakatan pembangkang yang disifatkan telah banyak merosakan rakyat dan negara kita ini.

Difahamkan, mereka turut menubuhkan sekretariat khas kempen "Jom Tolak Pakatan' secara besar-besaran bagi menyedarkan rakyat di negeri ini mengenai salah laku, penyelewengan, fitnah serta kegagalan pakatan pembangkang mentadbir Selangor hampir lima tahun lalu. Antara NGO yang terlibat mengangotai sekretarait tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor, Waris Malaya, Majlis Belia Selangor, Gagasan Anti Penyewelangan Selangor (GAPS), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Nambikai, Kelab Perpaduan Insan Selangor dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

IBM rasa, mereka-mereka ini dah cukup kuat bagi menantang pakatan pembangkang dari terus menfitnah dan membuat negeri Selangor ini menjadi hura-hara. Mereka di beri mandat oleh rakyat untuk menerajui negeri ini selama hampir sepenggal, tapi...apa mereka buat?? Tiada langsung kebaikan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negeri Selangor, hanya, berpolitiking dan memecah belahkan masyarakat. Itu je le yang mereka mampu.

Oleh itu dah tiba masanya kita semua, khususnya rakyat di negeri Selangor ini bangkit untuk bersama-sama Barisan Nasional (BN) menumbangkan kerajaan pakatan yang sedia ada sekarang di PRU ke-13 nanti. Mereka wajib di tumbang, dan di singkirkan dari negeri Selangor ini. Untuk melihatkanya berjaya, marilah kita sama-sama berganding bahu, jom kita bersama kumpulan NGO ini untuk menjayakan kempen "Jom Tolak Pakatan". Sekian dari saya ~ IBM

IBM sempat memetik dari keratan sebuah akhbar akan kenyataan mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir tentang bahayanya jika pakatan rakyat menang di PRU nanti (baca dibawah)



Begitu Juga Kenyataan dari bekas Naib Pengerusi DAP. Mari kita sama-sama baca dan renungkan :


Turut Sertai berkempen "Jom Tolak Pakatan" adalah sebuah NGO yang dikenali Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).


~ SAYANGI SELANGOR YAKINI BN ~

 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, January 8, 2013

Kehabisan Modal!!. Pembangkang Fitnah Kementerian Kesihatan Hentikan Ubat Percuma. Memang Keji Permbangkang Ni..Keji!!


BILA menjelangnya pilihan raya (PRU), bermacam-macam cerita dan fitnah yang kita dengan dari parti pembangkang. Ini, semata-mata untuk memancing undi di saat-saat akhir yang mana mereka tahu mereka terpaksa berbuat sedemekian kerana pembangkang tahu bahawa rakyat sudah mula menolak mereka. Maka, mereka terpaksa menggunakan taktik kotor mereka menabur fitnah dan mereka-reka cerita agar rakyat membenci kerajaan yang sedia ada.

Terbaru, mereka menfitnah Kementerian Kesihatan yang kononnya pengedaran ubat-ubatan secara PERCUMA kepada golongan yang berpendapat rendah akan dihentikan. Bayangkan betapa kotornya pemainan politik mereka. Terus terang IBM katakan di sini, pembangkang sudah ketandusan idea. Mereka sudah dapat rasakan bahawa PRU ke-13 ini, mereka akan tewas teruk. Mereka tiada pilihan. Maka, kerja mereka sekarang ini menabur fitnah sebanyak mungkin yang boleh.

Walauapa pun, perkara itu di sangkal oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin. Menurut kata Datuk Rosnah, kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) menetapkan ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh orang ramai dapat diperolehi secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Menurut beliau lagi, pada tahun lalu saja, perbelanjaan membiayai ubat-ubatan pesakit mencecah hampir RM1.8 billion namun rakyat tetap dibekalkan ubat secara percuma di semua fasiliti kementerian. Rakyat didahulukan, katanya.

Semalam IBM terbaca portal berita pembangkang yang diterbitkan pada 2 Januari lalu memetik yang mana Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahari mendakwa kononnya orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta, berikutan dasar baru yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. Mana le si barua ni dapat ceita yang karut-marut ni ye? Dan....katanyanya lagi, kononnya Kerjaan Persekutuan menanggung RM1.2 billion untuk membiayai ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun dan oleh itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

Memang betul le kos pembiayaan ubat-ubatan terus meningkat, namun Datuk Rosnah menjelaskan kementerian akan terus memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada kesihatan yang berkualiti secara adil dan saksama. Dan sekali lagi beliau bahawa dakwaaan pembangkang itu membuktikan mereka sanggup berbuat apa saja, menyatakankan apa saja demi untuk meraih undi walaupun ianya satu fitnah semata-mata. Dan..harapan beliau supaya rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Satu Malaysia menolak fitnah. Ya, betul...IBM setuju dengan pendapat Datuk Rosnah tu. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama menolak Pakatan Pembangkang dari terus menhura-hara dan menghancurkan negara kita yang tercinta ini. Tolak pembangkang di PRU ke-13 ini. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tanah Diteroka, DAP Yang Dapat. Apa Jadahnya Kerajaan Kelate Ni??


DUA Peneroka Begitu Kecewa Apabila Tanah Yang Mereka Usahkan Sejak Pulohan Tahun Lalu Diberi Kepada Pihak Lain Di Relai, Gua Musang, semalam.

Siapa Yang tak geram. Berpuloh-puloh tahun tanah tu diusahakan, tiba-tiba dengan sekelip mata je, tanah tu dah bertukar milik, dah jadi hak orang lain. Kata nak tolong rakyat, negeri berkebajikan, tapi...kenapa ia boleh berlaku sedemekian rupa?. Apa dah jadi dengan Pok Nik yang begitu lantang mengatakan dialah Menteri Besar yang berjiwa rakyat. Tak tinggal pun di kediaman rasmi kerajaan. Kononnya nak bersama dan mendekati rakyat Kelantan. Podah!!..semuanya tu bohong belaka.

Tapi...apabila IBM baca di satu artikel yang paparkan oleh sebuah akhbar tempatan, jelas menunjukkan kerajaan Kelantan, terutama, Menteri Besarnya yang besar kepala, cakap tak serupa bikin. Kerajaan PAS Kelantan adalah kerajaan penipu. Mereka belajar menjadi penipu setelah berkawan dan berkongkol dengan parti DAP, parti 'rasis'. PAS memang dah jadi kuda tunggangan DAP. Kesian kat rakyat Kelantan yang menjadi mangsa politik kotor PAS yang terang-terang menipu rakyatnya.

IBM tak mahu nak kupas-kupas panjang lebar akan al-kisah tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan PAS Kelantan ni, cuma IBM nak ingatkan kepada rakyat kelate, bangunlah, bangkitlah, jom kita tukar kerajaan baru di PRU ke-13 nanti. Kepada rakan-rakan yang lain, baca le sendiri artikel di bawah ni, dan buat penilian sendiri. Ikhlas dari saya ~ IBM


~ PAS ADALAH PARTI AGAMA SESAT ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Isu "Kalimah Allah" : Anwar Makin Terjerut Dalam Politik Kanan Makan, Kiri Pun Makan..Jahanam Le Ko Nuar!!

SALAM, salam 1 Malaysia dan salam perpaduan kepada semua pembaca blog yang dihormati. Baru hari minggu yang lepas, IBM menghadiri taklimat khas, iaitu 'Gendang Pilihan Raya' dan isu-isu semasa anjuran Biro Penerangan UMNO Negeri Selangor yang diadakan di komplek Angkasa, Kelana Jaya.  Memang best, kerana pencermah-pencermahnya begitu bersemangat dan mengeluarkan hujah-hujah yang begitu berisi tentang masalah dalaman Pakatan Pembangkang di negeri Selangor ini. Antara isu hangat yang dibentangkan oleh salah seorang penceramah itu, isu "kalimah Allah' yang cuba di permain dan dikelirukan oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. ~ IBM


IBM juga dapat sedikit Info yang di paparkan oleh seorang penulis di dalam blog Umnoline.com. Mai kita baca :

Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipersoalkan lagi berhubung isu kalimah penggunaan nama Allah yang cuba ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini.
Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata apakah Anwar terjerat dengan gaya politik sesumpahnya setelah sehingga ke hari ini pendirian rasmi berkenaan perkara tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kepada umum.
Soal beliau lagi apakah gara-gara untuk menjaga hati DAP dan Pas, maka Ketua Pembangkang berkenaan mengambil jalan selamat dalam usaha memastikan politik parti berkenaan khususnya kalangan pembangkang tidak diperkatakan pelbagai pihak.
“Apakah beliau terjerat dengan gaya politiknya sendiri sehingga menyebabkan isu ini masih lagi sepi hingga ke hari ini. Inilah yang menjadi persoalan umum.
“Apa pun saya tidak pelik…. Anwar sememangnya mengamalkan politik sesumpah dan kini terpaksa bersilat kerana makin terjerat dengan permainan politik kiri makan, kanan makan. Jadi kita tidak pelik dengan apa yang berlaku ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Mengulas lebih lanjut Ustaz Afandi seterusnya berkata isu kalimah Allah ini adalah isu agama dan sepatutnya perlu didahulukan.
“Takkanlah perlu ada mesyuarat bersama dengan rakan pakatan pembangkang lain dalam isu seumpama ini. Sepatutnya Anwar sekadar berbincang dengan tokoh agama dan ulama yang diwar-warkan berada di dalam Pas dan sebagainya.
“Itu yang sepatutnya jika Anwar ingin mengambil ketetapan bersama. Takkanlah bincang dengan orang yang tidak sepatutnya. Inilah pada bila amalkan politik sesumpah, kiri makan kanan pun ~    MediaUMNO



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, January 7, 2013

Antara DAP Dan SPR Yang Mana Lebih Bersih??..Pak Samad Ada Jawapannya..



Salam Semua. Maaf dah lama IBM tidak menulis di blog IBM ni kerana ada beberapa sebab yang tak dapat di elakan. Tapi....ini tak bermakna IBM dah lupa kepada dunia BLOGGER. Kini IBM kembali untuk bersama-sama rakan-rakan blogger dan peminat juga pembaca yang budiman. Rasanya belum terlambat IBM nak ucapakan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua, moga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang sudah.
Buat permulaan ni, IBM ingin kongsikan dan paparkan sedikit kemelut yang berlaku di dalam parti pembangkang, iaitu parti DAP semasa pilihanraya mereka yang lepas. Bukan IBM nak buat provokasi terhadap  parti yang 'rasis' ini, tapi, ianya memang terjadi dan segala apa yang berlaku semasa di pilihanraya parti tersebut, jelas menunjukkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang 'rasis', bukan sebuah parti untuk semua seperti yang mereka laung-laungkan.
Mereka mengkritik bahawa SPR tidak telus, tidak adil di dalam menjalankan pilihan raya di negara kita ini, SPR kotor, tidak bersih. Itulah anggapan dan tuduhan mereka. Tapi, tuhan itu maha adil. Apa sudah jadi dengan pilihan raya parti mereka baru-baru ini?...IBM nak minta Pak Samad, orang kuat Bersih untuk memberi sedikit penjelasan tentang hal DAP ini. Boleh ke Pak Samad?.....IBM ada ceduk sikit dari rakan blogger tentang perihal DAP ini. Jom baca  ~ IBM
PETIKAN DARI SELANGOR DAILY.COM : 

















P/S : Apa lagi Pak Samad, kerah dan kumpullah seberapa ramai orang yang boleh. Berdemolah wahai Pak Samad ooi demi DAP yang kau sayangi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...