Wednesday, July 3, 2013

BENJY KANTOI LAGI KERANA DADAH!!

RABU, 03 JULY 2013

ELAKAN DIRI ANDA DARI DADAH. KERANA DADAH MUSUH NO 1 NEGARA

APA ke jadahnya anak Azean seko ni. Tak habis-habis buat hal dan tak habis-habis dengan kes dadahnya. Memalukan betui. Dulu dah kena sekali, buat lagi. Tak serik-serik. Pulak tu, anak kepada pelakon terkenal iaitu Azean Irdawaty seorang pelakun terkenal di era 80an. Apa si Benjy nak buat dadah tu, nak jual ke atau nak buat penyedap?...Kalau untuk jual, nak tampung kos rawatan emaknya, Azean yang kini sedang merana di hidapi penyakit kanser? begitu?

Maka, dik kerana kebodohannya,  Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu. Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman melainkan Zain Amir. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki satu beg kecil berzip yang mengandungi 4.7 gram syabu di rumah bernombor C-2-2 Oakleaf Park Kondo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan. Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

IBM tak tahu nak cakap apa. Agaknya apa le perasan kak Azean bila dengan khabar yang tak beberapa gembira tu? Dah le dia sakit, merana dik kena kanser, ada anak, anak pula buat hal. Apapun, kepada Kak Azean, banyakkan bersabar. Jaga diri tu elok-elok, kuatkan semangat dan lawan penyakit kanser tu dengan penuh yakin. Insyallah, Allah SWT bersama mu. Tentang Benjy tu, biar mahkamah yang menentukan nasibnya. dia yang cari penyakit, sekarang tanggung le sendiri ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

HARI INI DALAM SEJARAH

 (Gambar Hiasan)

Tuesday, July 2, 2013

NURUL IZZAH MAHU AKTA HASUTAN 1948 DI MANSUHKAN.??...DAN BOLEHLAH PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT RAKYAT. BETUL BEGITU??

HARI INI DALAM SEJARAH

ANWAR MEMALUKAN DIRI SENDIRI....

SELASA, 02 JULY 2013
(ANWAR RAJA LAWAK 2013)

SESUMPAH MACAM ANWAR NI MANA TAHU MALU ASALKAN DIA JADI PM

ANWAR JUGA DIIBARATKAN SEBAGAI MAT JENING. SUKA BERANGAN-ANGAN BERANGAN NAK JADI PERDANA MENTERI
UMNO menyifatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memperkatakan ketirisan berlaku dalam PRU13 lalu hanya tindakan memalukan diri sendiri. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apa juga dakwaan Anwar dilihat tidak memberikan sebarang impak negatif terhadap pemimpin kerajaan BN. Menurutnya, pemimpin luar negara sedia tahu perkara sebenar dan tidak mudah termakan tohmahan parti pembangkang. Baca (dibawah) apa kata Bung Mokhtar tentang Anwar : 


“Saya tidak hairan tindakan sedemikian. Itulah sikap sebenar mereka (PR) yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan mereka. “Saya percaya, pemimpin luar negara juga sudah mengetahui agenda tersebut. Jika ada yang tidak puas hati, selesai cara profesional di mahkamah,” katanya. Katanya, negara juga tidak terjejas dengan apa yang dilakukan Anwar kerana selama ini, kerajaan sudah melakukan tugas sebaik mungkin termasuk menjaga hubungan baik dengan pemimpin dari negara lain. “Jelas, rakyat masih percaya pada BN. Ini menunjukkan PR yang suka membawa perkara ini hingga ke luar negara. “Mungkin, mereka mahu menggambarkan Perdana Menteri Malaysia gagal dalam pentadbiran negara.  Walau apa juga cara yang dilakukan, dia hanya berjaya memalukan dirinya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata : tindakan Anwar tidak  mencerminkan seorang pemimpin berjiwa besar. “Beliau dilihat ‘kemaruk’ kuasa yang mana tidak kesampaian. Mengapa nak burukkan proses pilihan raya hingga ke luar negara tanpa asas bukti yang kukuh. “Adalah lebih baik jika didapati wujud kelemahan tertentu, failkan petisyen pilihan raya dan selesaikan di mahkamah,” katanya. Katanya, Anwar hanya memalukan diri dengan membawa cerita negara ke pengetahuan pemimpin luar.

Kelmarin, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Bali dan mengakui bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. Menurut sebuah portal Vivanews, Anwar bukan sahaja bincang perkara berkaitan Malaysia dan Indonesia, tetapi kepincangan semasa PRU13. Dah tentu Anwar akan memburuk-burukan nama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak telus, pembohong dan berbagi-bagai lagi. Isu 'dakwat kekal' dah tentu menjadi tajuk utama. Tapi, apa yang Anwar dapat dari pertemuan tersebut? Apakah Presiden Indonesia itu boleh merubah segala keputusan PRU ke-13 lalu? IBM pun sependapat dengan Bung Mokhtar dan Khairy Jamaluddin. Anwar memang bodoh dan memalukan dirinya sendiri.

Kepada pengikut setia Anwar yang bodoh, bangkit dan sedarlah bahawa Anwar mempermain dan memperbodokan korang semua. Buktinya semasa 'acara angkat sumpah' di Parlimen tempuh hari. Terang-terang korang di tipu oleh Anwar. Korang berbaring di jalan raya tanda protes, Anwar dan geng-gengnya terus mengangkat sumpah. Anwar minum teh semeja dengan Perdana Menteri DS Najib sambil bergurau senda pulak tu, korang makan nasi bungkus di luar dewan bak kera-kera yang kehilangan tuan. Kesian korang semua. Ada akal pakai, jangan di simpan kat lutut. Yang rugi korang. Fikir-fikirkan dan RENUING-RENUNGKAN ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...