ELAKAN DIRI ANDA DARI DADAH. KERANA DADAH MUSUH NO 1 NEGARA

Maka, dik kerana kebodohannya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu. Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan. Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
IBM tak tahu nak cakap apa. Agaknya apa le perasan kak Azean bila dengan khabar yang tak beberapa gembira tu? Dah le dia sakit, merana dik kena kanser, ada anak, anak pula buat hal. Apapun, kepada Kak Azean, banyakkan bersabar. Jaga diri tu elok-elok, kuatkan semangat dan lawan penyakit kanser tu dengan penuh yakin. Insyallah, Allah SWT bersama mu. Tentang Benjy tu, biar mahkamah yang menentukan nasibnya. dia yang cari penyakit, sekarang tanggung le sendiri ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA