Sunday, August 4, 2013

PANAS..PANAS!! PNDEDAHAN SURAT MISTERI. BERANI KE ANWAR DAN KARPAL SAMAN DR MAZLAN??

AHAD, 04 OGOS 2013
SOALAN, berani atau tidak?? Itu yang dilamparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh. Mereka berdua  dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pelbagai pendedahan melibatkan mereka menerusi 6,000 keping surat misteri semalam. IBM di fahamkan bekas Ahli Parlimen iaitu bekas kawan karib Anwar berkata, tindakan itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada kedua-dua pemimpin berkenaan. Apatah lagi, kata beliau, Karpal sendiri sudah menafikan tuduhan yang terkandung dalam surat-surat tersebut dengan dakwaan kandungannya tidak berasas.

Sebelum ini diberitakan Karpal juga telah memberi amaran kepada Dr. Mazlan untuk bersedia menghadapi akibatnya. Mengikut kata bekas Ahli Parlimen tersebut, memandangkan tuduhan itu serius, maka Anwar dan Karpal tidak perlu teragak-agak memulakan saman fitnah terhadap Dr. Mazlan sebagai usaha membersihkan nama mereka, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Begitulah pendapat beliau  mengulas kemunculan surat misteri itu yang mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang berkenaan yang menimbulkan tanda tanya penduduk di Permatang Pauh. Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Harap dengan tesebarnya surat-surat misteri tersebut, pengundi-pengundi di Permatang Pauh dapat menilai sendiri siapakah pembangkang sebenarnya dan mereka sendiri boleh menilaikan sendiri wakil rakyat yang mereka pilih semasa di PRU ke-13 lalu adalah pilihan yang salah. Selepas ini, terpulanglah kepda penduduk/para pengundi di Permatang Pauh membuat pilihan bagi menghadapi PRU yang akan datang, samada masih ingin menyokong pembangkang atau di humban sahaja mereka ke dalam longkang, terutamanya si penipu/pengkhianat negara Anwar Ibrahim dan juga Karpal Singh yang dah uzur dan nak mampus tu. Tak ada gunanya menyokong mereka, buat mengabihkan boreh jo.

Sekali lagi IBM nak tujukan soalan ini kepada Anwar dan Karpal Singh, beranikah korang saman Dr Mazlan??........Kepada Dr Mazlan, syabas dan tahniah di atas keberanian mendedahkan dokumen-dokumen tersebut. Kan apa, rakyat ingin tahu, betulkan Dr?? kita tunggu dan lihat. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Saturday, August 3, 2013

VIDEO '1 HARI DI HARI RAYA' DI SAHKAN HINA ISLAM

SABTU, 03 OGOS 2013
KINI terjawab sudah. Klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang di naik muat di youtube yang mendatangkan kemarahan umat Islam di negara ini yang mana pelakon didalam video tersebut adalah seorang 'tomboi' yang bernama Maznah Yusof. Aduh, betapa berkecainya hati mak bapak si tomboi ini apabila mengetahui perilaku anaknya yang menghina agama Islam yang mana beliau sendiri adalah penganut agama Islam. Tapi, perbutan yang si tomboi lakukan ini tidaklah merupakan beliau seorang Islam. Apa tidaknya, lihat sajalah di dalam video tersebut, sewenang-wenangnya beliau menyentuh anjing-anjing peliharaanya tanpa merasa apa-apa. Kalau beliau seorang yang beragama Islam, sudah tentu beliau tahu bahawa menyentuh anjing tanpa berlapik dan didalam keadaan basah adalah haram hukumnya.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan penerbitan klip video '1 Hari di Hari Raya' yang menggambarkan Hari Raya umat Islam boleh diraikan bersama anjing adalah tindakan menghina Islam dan perbuatan tidak bertanggungjawab. Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha (gambar bawah kanan) berkata pemilik video itu secara jelas menghina pegangan dan sensitiviti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada Mazhab Shafie bahawa umat Islam tidak boleh memegang atau menyentuh anjing atau keturunannya di mana jika tersentuh wajib disertu. Katanya takbir Hari Raya yang turut dijadikan muzik latar dalam video itu, juga merupakan satu tindakan penghinaan kerana takbir itu merupakan satu lafaz suci dalam memuji dan membesarkan Allah sedangkan pemilik video melakukan agenda yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Menurutnya lagi, penerbitan video tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh orang Islam yang menghormati perasaan beragama seorang Islam yang lain. Tindakan pemilik video itu seolah-olah memperlekeh dan mencabar pegangan umat Islam yang selalunya dilakukan dalam bentuk provokasi oleh segelintir orang bukan Islam, katanya semalam (Jumaat). Datuk Othman berkata satu laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Rabu lalu dan kini Jakim sedang menyiapkan satu laporan untuk dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan.
Difahamkan si tomboi@mak anjing itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor, semalam atas bon jaminan Mahkamah. IBM harap isu sensentif ini tidak diperam lama-lama kerana ianya amat-amat keterlaluan. Masak le kamu kali ini tomboi oii!!  IBM percaya umat Islam di negara ini sudah tidak tahan lagi apabila agama Islam dihina, dicaci, diperlekehkan hari demi hari dan kini ianya sukar dibendung. Tolong....tolonglah wahai pihak yang berwajib. Bertindaklah segera. Cukuplah dan hentikan perkara yang tidak menguntungkan sesiapa malah akan mengeruhkan suasana dan memudaratkan negara. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Friday, August 2, 2013

AWAS!! SYIAH ADALAH MUSUH UMAT ISLAM..HATI-HATI!!

JUMAAT, 02 OGOS 2013
UMAT Islam di negara ini dan juga di seluruh dunia sedang menghadapti satu lagi ujian yang besar selain dari di caci, dihina sejak akhir-akhir ini. Golongan dan kefahaman Syiah kini sedang menyular di negara kita ini. Kajian selidik telah dibuat. Memang pengaruh golongan fahaman Syiah ini telah lama bertapak, tapi, kini ianya sudah menjadi satu ancaman kepada umat Islam di dunia amnya. Di Malaysia ajaran dan kefahaman puak Syiah ini telah berkembang. Maka, sudah wajarnya kerajaan kita mengorak langkah bagi menggekang dari ianya merebak kerana ianya dianggap merbahaya sebagi penyakit kanser, malah lebih bahaya dari itu. Mereka-mereka ini adalah golongan yang sesat dan akan menyesatkan umat Islam. 

Bagi pandangan IBM ini merupakan satu ancaman buat umat Islam di seluruh dunia. Islam sebenarnya harus di pertahankan. Semalam, IBM terbaca dalam sebuah akhbar bahawa Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi (gambar) telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya. Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini. Dengan lantang beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah. "Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka. Beliau menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria, katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam sebuah akhbar tempatn.  Sementara itu, Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam. Seterusnya, Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil. Oleh itu, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

Di samping itu, beliau mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir. Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah, katanya. Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

Kesimpulanya, apa yang telah dikatakan oleh ulama tersohor,  Dr. Yusof al-Qardawi itu memang patut kita ambil iktibar dan sentiasa berwaspada kerana golongan Syiah ini akan terus menjalankan kegiatan haram mereka dan akan menyesatkan lagi umat Islam amnya. IBM rasa bersyukur kerana apa yang kita dengar di dada-dada akhbar bahawa kerajaan kita sudah memulakan langkah dan mengawal akan kemasukan golongan Syiah ini di Malaysia. Sokongan dari umat Islam di negara ini juga amat-amat diperlukan. Laporkan kepada pihak yang berwajib sekiranya mendapat maklumat akan kegiatan golongan Syiah ini. Cegah sebelum parah. Wasallam ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, August 1, 2013

LGE TAKUT KALAH, TOLAK PEMILIHAN (DAP) BARU. INI BARU BETUL PARTI ANAK BERNAK!!

KHAMIS 01 OGOS 2013
JELAS, apabila dikaji secara mendalam memang DAP mengamalkan politik kuku besi dan parti anak beranak. Oh ya, terlupa pulak.  DAP juga merupakan sebuah parti 'rasis'. Ini semua diambil kira apabila DAP menolak mentah-mentah keputusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang meminta supaya parti itu mengadakan semula pemilihan baru. 
Seperti diduga, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan ROS berhubung pertikaian yang ditimbulkan terhadap pemilihan parti itu Disember tahun lalu. ROS perlu nyatakan peruntukan undang-undang mana yang digunapakai bagi meminta DAP mengadakan pemilihan baru, katanya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang diadakan pada Rabu (semalam).
Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut. Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Disini, boleh kita mengambil kesimpulan bahawa Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya sengaja mengingkari keputusan ROS kerana sekiranya pemilihan semuala diadakan, beliau dan kuncu-kuncunya akan kalah dan terus disingirkan dari DAP. Itu perkara yang sebenarnya, kerana IBM mendapat maklumat dari salah seorang rakan cina (DAP) dari Petaling Jaya Utara. Maka, jika pernah satu ketika dulu ramai yang mempertikaikan dan mengelar bahawa parti DAP adalah 'parti anak beranak', kini kebenarannya terserlah. 
Kalau beginilah sikap Lim Guan Eng dan DAP, bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh DAP ini memerintah negara. apa akan jadi? Kalau ahli parti mereka boleh tipu, apatah lagi rakyat. Maka, dimanakah yang dikatakan DAP sebuah parti yang memperjuangkan rakyat dan ingin membuat perubahan kepada negara sekiranya mereka memerintah kelak? Didalam parti sndiri penuh dengan penipuan, kronisme, rasuah, ada hati nak memerintah negara. Lupakan segala hasrat kamu itu wahai Lim Guan Eng dan DAP. Lojiknya episod DAP ini adalah kerana pemimpin-pemimpin DAP yang lama, termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang, Presidennya Karpal Singh (Parpet) dan SU nya, Lim Guang Eng mengetahui bahawa sekirannya pemilihan baru dibuat, mereka akan tewas kerana ada sekumpulan yang dikatakan begitu kuat dan berpengaruh sedang menunggu untuk mengulingkan mereka-mereka itu.
Oleh kerana takut tewas dan takut dengan bayang-bayang mereka, melalui Setiausaha Agung nya, Lim Guan Eng, DAP tolak keputusan yang telah dibuat oleh ROS. Itulah DAP, parti yang begitu rasis dan dimonopoli oleh anak bernak yang ingin terus menerajui parti DAP, tapi hakikat sebenarnya mereka telah ditolak oleh ahli parti dan disarankan supaya bersara terus dari politik. Itulah realitinya. Kita tunggu dan lihat apa kesudahan sendiwara DAP ini. Kadang-kadang seronok juga tengok telatah pemimpin-pemimpin DAP ini apabila mereka tertekan dan ditekan. Melenting habis.  Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

BETINA RUPANYA. INGATKAN JANTAN@CHETZ YUSOF

KHAMIS 01 OGOS 2013
SIAL punya betina. Mati-mati ramai yang ingat pembikin video yang menghina Islam baru-baru ini seorang lelaki. Apa tidaknya. Dengan berbaju melayu berwarna hitam lagaknya memang seperti seorang lelaki. Episod penghinaan ini telah terjawab apabila polis menahan seorang wanita (betina) melayu yang bernama Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ ditahan polis petang ini.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Kalau boleh, tahan sahaja betina sial ini di dalam lokap. Manusia seperti dia ini harus di ajar kerana begitu biadap menghina agama Islam. Memang perbuatannya menguris hati umat Islam di negara ini. Ramai yang mengeluh dan bertanya, kenapalah sejak kebelakangan ini Islam selalu dicemuh dan dihina?

Oleh itu, untuk menyedarkan semua bangsa di negara ini, supaya berhati-hati dan jangan terlalu celupar dan mengambil kesempatan menghina agama bangsa lain. Sebagai sebuah yang negara yang majmuk dan berbilang kaum, pengamalan dan kepercayaan kepada agama-agama masing-masing tidak disekat. Rakyat di negara ini bebas menganut apa juga agama yang mereka kehendaki, tetapi, orang-orang melayu adalah penganut agama Islam dan agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Ini tidak boleh dinafikan. 

Dalam kes yang memalukan ini, IBM harap kerajaan dapat bertindak  dan menghukum betina bangsat ini dengan hukuman yang berat supaya ianya menjadi tauladan kepada individu-individu yang lain yang berhajat untuk menghina agama Islam. Bagi pandangan IBM, cukupalah penghinaan terhadap agama Islam ini. Ianya mesti diberhentikan. Jangan cabar kesabaran kami umat Islam. Kalau ianya berterusan, dan apabila umat Islam di negara ini sudah hilang sabar.....buruk padahnya. Oleh itu, fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...