Saturday, January 4, 2014

ANGGOTA RELA YANG MEMALUKAN!!

SABTU, 04 JANUARI 2014

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Di Kucing, Sarawak berlakunya insiden yang memalukan. Ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi", begitulah yang dapat disimpulkan terhadap dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas menjaga kediaman rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu. Mereka bersama seorang lagi suspek yang disyaki cuba memecah masuk kediaman itu telah ditahan polis awal pagi kelmarin.


Wan Junaidi berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada polis yang cekap dan menjalankan tugas dengan baik. Menurutnya lagi, beliau akan membuat perbincangan dengan Rela bagi melihat mekanisme tertentu bagi memastikan anggota-anggotanya telah ditapis. Ini kerana tidak mahu kejadian yang berlaku seperti ini berulang dan terjadi pada orang lain, katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian itu selepas menyerahkan Bantuan Kecemasan Ahli Parlimen P193 Santubong di sini hari ini.

Dengan berlakunya insiden seperti itu, maka, nama baik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan tercemar. Kepercayaan orang ramai terhadap Rela akan menurun. Maka, sudah wajarlah jabatan tersebut mengambil satu tindakkan bagi membersihkan nama mereka dan pastikan pengambilan anggotanya baru nanti diteliti dan ditapis dengan sempurna. Betul, bukan semua anggotanya berperangai seperti itu, tapi, bak kata perpatah, disebabkan seekor kerbau semua lumpurnya terbalik. Oleh itu hati-hati. Sekian dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

ISU KALIMAH "ALLAH" : UMNO TIDAK AKAN BUAT BANTAHAN DI GEREJA!!

SABTU, 04 JANUARI 2014


KALIMAH 'ALLAH' HANYA UNTUK AGAMA ISLAM
Nampak isu ini bertambah hangat dan kritikal. Tapi, Umno Selangor tidak akan menyertai bantahan terhadap kenyataan seorang paderi Katolik bahawa gereja di negeri itu akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar (gambar bawah). Sebaliknya, Noh menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang.

Kata DS Noh , mereka tidak menyokong sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam bantahan di hadapan tempat-tempat ibadat kerana kita, Umno Selangor, hanya tidak berpuas hati dengan Paderi Lawrence Andrew, kata Noh apabila ditemui petang semalam. Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.
Berikut dengan Kenyataan padri tersebut menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor. Isu itu berlaku selepas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pegawai menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis. Jais sebelum ini mengingatkan semua gereja di Selangor untuk mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diperuntukkan di di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998.

Apapun IBM setuju dengan statement yang DS Noh buat. Buat apa nak buat kecoh-kecoh depan gereja, itu kan tempat orang beribadat, kenalah hormat sikit walaupun umat Islam tengah marah dik isu pengunaan kalimah "Allah' tersebut.  Kita bukan macam pembangkang yang tidak menghormati hak asasi orang lain, berdemo sana-sini hingga menimbulkan hura-hara. Itu bukan kerja orang-orang Umno. Walau bagimanapun, isu ini mesti diselesaikan walau dengan cara apa sekali pun. Sebelum ini Sultan Selangor telah memberi arahan bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan oleh orang-orang islam sahaja.  Apa mereka (org Kristian) tak faham-faham ke?

Tentang penyerbuan pihak JAIS dan merampas salinan naskah Bible yang dicetak ke dalam bahasa Melayu, dilaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada ura-ura untuk membubarkan JAIS dan akan diambil alih oleh kerajaan Selangor sendiri bagi menyelesaikan apa jua masalah tentang hal agama Islam. Jika ianya betul-betul berlaku, tepatkah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor, mana dia parti PAS yang dikatakan memperjuangkan agama Islam? Apatah lagi mereka mengelar parti mereka parti Islam. Kenapa mereka (Pas) berdiam diri, membisu seribu bahasa?

Tahniah di ucapkan kepada rakyat Selangor yang memberikan kemenangan 2/3 kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 yang lepas. Sekarang apa sudah jadi di negeri Selangor ini? Agama Islam terus dipersendakan, maksiat menjadi-jadi, rumah urut tumbuh macam cendawan putih, harga barang juga naik, gaji Menteri Besar dan wakil rakyatnya pun naik mendadak, rakyat terus merana. Maka, tidakkah terlintas di hati rakyat Selangor untuk memberontak atau mengulingkan kerajaan Selangor yang sedia ada dan tidakkah mereka rasa bahawa mereka telah ditipu??…Jangan nak salahkan kerajaan pusat (BN) je. korang fikirlah sendiri…Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 

Friday, January 3, 2014

KEADAAN SCHUMACHER TIDAK BERUBAH..

03, JUMAAT, JANUARI 2014

SUKAN
Schumacher masih stabil tetapi kritikal

Negara kita ada lahirkan jaguh sukan formula (F1) - Alex Yong - tak menjadi

SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN…SUKAN….

LEGENDA Formula Satu (F1), Michael Schumacher masih berada dalam keadaan stabil selepas malam ketiganya di Hospital Universiti Grenoble, Perancis. Pengurus Schumacher, Sabine Kehm berkata, keadaan Schumacher tidak berubah iaitu masih stabil tetapi kritikal. "Berita gembira adalah apabila pakar bedah mengakui otak Schumacher menunjukkan sedikit perkembangan positif selepas pembedahan kedua pada Selasa lalu," katanya.

Juara dunia F1 tujuh kali itu diterbangkan ke hopital tersebut pada Ahad lalu selepas terlibat kemalangan ketika bermain ski di sebuah pusat peranginan di pergunungan Alps, Perancis. Pelumba kelahiran Jerman itu sudah menjalani dua pembedahan sejak kemalangan tersebut dan pembedahan kedua, iaitu untuk mengeluarkan darah beku di kepalanya yang dilakukan pada Selasa, berjalan dengan selamat. Sama-sama kita doakan agar legenda formula dunia F1 itu supaya cepat sembuh. ~ IBM
p/s ~ Bilalah agaknya negara kita boleh melahirkan jaguh/pelumba formula satu (F1) sekali mengharumkan nama negara kita Malaysia?
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KEBODOHAN ANAK MELAYU..KEUNTUNGAN KAUM LAIN..TAHUN BARU 2014!!! DAPIG BERJAYA MEMPERBODOHKAN MELAYU!!!..

JUMAAT, 03 JANUARI 2014









Salam, salam sejahtera dan salam Jumaat.
Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama. Tak percaya..? Mai lihat gambar di atas dan dibawah ni. Yang berdemo bangsa Melayu, yng terpaksa kerja lebih pun Melayu. Jika ada yang masih nak mempertahankan kebodohan ini, cuba buktikan ataun tunjukkan satu gambar mana kaum melebahi kaum Melayu turun berdemo??. Dan…kaum mana yang untung dengan menaikkan harga barang di kedai-kedai runcit??


 Kesian penguatkuasa tu…tapi, tugas tetap tugas….

 Tengokah betapa bodohnya melayu-melayu ni…ada nampak kaum lain?

 Kalau nak tengok konsert tu..kata aja le…

 Dia orang pulak (pendemo) yang naik pentas..naik syokkk le tu..

Kesimpuannya : "Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya…biarkan"….

Maka, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah….sekian . Ikhlas dari saya ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Thursday, January 2, 2014

APA JADAHNYA MUFTI PERAK NAK MINTA MAAF PADA MAHASEWEL ISLAM NI??

KHAMIS, 02 JANUARI 2014

DEMONSTARSI JALANAN TAJAAN OLEH PAKATAN HARAM

SEBELUM IBM  menulis artikel ini, IBM sempat merujuk kepada seorang 'ulama' yang tersohor juga akan kenyataan Mufti Perak yang menyindir dan menyatakan  para peserta perhimpunan ambang Tahun Baru sebagai 'bughah' atau pemberontak. Dan darah mereka halal di tumpahkan. Ini yang membuat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)  naik berang dan marah seterusnya mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) memohon maaf kepada rakyat di atas kenyataan yang mana mereka anggapkan keterlaluan. Tapi, sebenar-benarnya kenyataan tersebut ada kebenaranya. 
Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian berkata, Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata, Kerajaan juga harus di persalahkan. Tan Sri Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka “dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak. Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan 'bughuh', katanya lagi. Seterusnya, Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak alim tetpi tidak memahami al-Quran.
Seterusnya, Tan Sri Harussani dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu. Bagaimana pun, Bukhairy menyatakan tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan bahawa rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, bukannya untuk mengulingkan kerajaan. Adakah Mufti Perak itu tidak nampak perkara ini, tanyanya. Adakah itu Zalim? Disamping itu, Bukhairy mempersoalkan pendirian Mufti itu tentang konsert di Dataran Merdeka yang kos perbelanjaan mencecah sebanyak RM15 juta. Adakah Mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru? katanya.
Bagi IBM, soalan tersebut adalah soalan yang bodoh dari Bukhairy. Siapa dia yang ingin mempertikaikan hal tersebut?…Kenapa di tahun-tahun yang lepas, pembangkang, termasuklah si Bukhairy tidak mempersoalkan akan hal ini. Oleh itu, IBM berpendapat, Mufti Perak itu, tak perlu menjawab soalan bodoh dari pencacai pembangkang haram itu. Sekarang ini, isunya, adakah Mufti Perak ini akan memohon maaf kepada Mahasewel Islam tersebut di atas kenyataannya yang bernas dan tepat itu. IBM harap tidak. Jangan tunduk kepada kehendak mereka. biarkan mereka melalak seperti 'anjing menyalak bukit'…..bukit tidak runtuh, sebaliknya mereka yang jahanam.
Sekian dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...