KALIMAH 'ALLAH' HANYA UNTUK AGAMA ISLAM

Kata DS Noh , mereka tidak menyokong sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam bantahan di hadapan tempat-tempat ibadat kerana kita, Umno Selangor, hanya tidak berpuas hati dengan Paderi Lawrence Andrew, kata Noh apabila ditemui petang semalam. Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.
Berikut dengan Kenyataan padri tersebut menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor. Isu itu berlaku selepas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pegawai menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis. Jais sebelum ini mengingatkan semua gereja di Selangor untuk mematuhi larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diperuntukkan di di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1998.

Tentang penyerbuan pihak JAIS dan merampas salinan naskah Bible yang dicetak ke dalam bahasa Melayu, dilaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada ura-ura untuk membubarkan JAIS dan akan diambil alih oleh kerajaan Selangor sendiri bagi menyelesaikan apa jua masalah tentang hal agama Islam. Jika ianya betul-betul berlaku, tepatkah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor, mana dia parti PAS yang dikatakan memperjuangkan agama Islam? Apatah lagi mereka mengelar parti mereka parti Islam. Kenapa mereka (Pas) berdiam diri, membisu seribu bahasa?
Tahniah di ucapkan kepada rakyat Selangor yang memberikan kemenangan 2/3 kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 yang lepas. Sekarang apa sudah jadi di negeri Selangor ini? Agama Islam terus dipersendakan, maksiat menjadi-jadi, rumah urut tumbuh macam cendawan putih, harga barang juga naik, gaji Menteri Besar dan wakil rakyatnya pun naik mendadak, rakyat terus merana. Maka, tidakkah terlintas di hati rakyat Selangor untuk memberontak atau mengulingkan kerajaan Selangor yang sedia ada dan tidakkah mereka rasa bahawa mereka telah ditipu??…Jangan nak salahkan kerajaan pusat (BN) je. korang fikirlah sendiri…Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"