Thursday, February 27, 2014

ANWAR BERAHIM UMPAMA MELUDAH KE LANGIT KENA MUKA SENDIRI

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
SETIAP kali bila keputusan Pilihanraya diumumkan, samada Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) di umumkan, Anwar Berahim dengan lantang mengkritik dan menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan penipu apabila keputusan tidak memihak kepada partinya. Bermacam-macam tomahan yang beliau lontarkan kepada SPR. Tapi, senario itu kini berbeza. Ini jelas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sekali gus membuktikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan Ketua Pembangkang itu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini tidak benar. Anwar di ibaratkan umpama 'meludah ke langit terkena muka sendiri'.

Semalam IBM terbaca dalam sebuah artikel akan kenyataan dan komen dari seorang veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad (gambar kanan) yang menegaskan, tindakan Anwar itu sekali gus mengiktiraf dan meyakini peranan SPR sebagai sebuah badan bebas dan adil. Malah katanya, kalau kita imbas dan ingat kembali tuduhan yang tidak berasas daripada Anwar dan jika beliau berpegang pada prinsip dan penegasan bahawa SPR tidak bebas dan adil termasuk dakwaan wujudnya lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah pasti tidak akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.

IBM setuju dengan pendapat Tan Sri itu apabila Anwar bertanding, ini membetulkan fitnah terhadap SPR yang dikatakan sebagai tidak betul, tak telus. Ini juga membuktikan bahawa Anwar Berahim yakin dan mengesahkan SPR itu adil serta demokratik. Jadi, segala tuduhan selama ini tidak betul. Kalau kata SPR tak adil, sudah pasti Anwar tidak akan bertanding, betul tak?  Sebagai bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein berkata, sekiranya Anwar memenangi PRK itu, 'kemasukan' Anwar ke dalam DUN Selangor bakal mengancam kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Maka, dari pandangan beliau, jika ini berlaku apa yang diperjuangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selama ini untuk negeri dan parti akan menjadi sia-sia, ibarat 'habis madu, sepah dibuang', jelasnya. Atas dasar itu katanya, pengundi di Kajang perlu 'mengajar' Anwar dengan memberikan kemenangan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memiliki pengalaman serta memahami nasib masyarakat. BN untuk semua. Itulah yang kita perjuangankan selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Dalam perkembangan yang sama katanya, PRK itu juga memberi peluang kepada masyarakat Cina yang selama ini dikatakan memboikot BN untuk kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan penuh yakin perubahan akan berlaku iaitu BN kembali mendapat kepercayaan masyarakat Cina, katanya. Insyallah. Sementara itu, beliau memberikan nasihat berikut kepada Anwar: "Kalau kalah, jangan hendak kata macam-macam, tuduh itu ini. Kalau kalah, terima kekalahan itu dan jangan salahkan SPR lagi." Setuju dengan nasihat dan saranan dari Tan Sri Hussein itu. Hidup BN...tersungkur Anwar. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KU NAN YAKIN CHEW MEI FUN BOLEH TUMBANGKAN ANWAR BERAHIM PRK KAJANG

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008. "Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada epemberita selepas melakukan cabutan undi untuk Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya 2014 di sini Rabu. Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak. Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang. "BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak," katanya. Tengku Adnan juga berkata persiapan jentera BN untuk PRK DUN Kajang berjalan lancar dan hari ini beliau menghadiri mesyuarat pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat itu membincangkan mengenai persiapan dan perancangan parti komponen BN menghadapi PRK DUN Kajang, katanya. Mengenai kejohanan liga bola sepak itu, Tengku Adnan berkata ia akan dimulakan dengan kategori di bawah 18 tahun mulai 8 Mac hingga Jun depan dan bagi kategori 15 tahun dan 12 tahun pula akhir tahun ini untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pelajar. Sebanyak 10 sekolah menengah dan 11 sekolah rendah di Putrajaya menyertai kejohanan itu dengan hadiah RM10,000 untuk setiap kategori, katanya. Sumber - BERNAMA
P/S ~ Bukan setakat Ku Nan sahaja yang yakin, kita orang pun yakin yang Datik Paduka Chew boleh tumbangkan Anwar Berahim di Kajang nanti. Sayangi Selangor, Yakini BN. BN boleh!. Insyallah. ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, February 26, 2014

HAHAHA!! MACAM MANA ANWAR BERAHIM TAK TAHU MENAHU MOU SELANGOR - PUTRAJAYA??

RABU, 26 FEBRUARI 2014

PELIK juga bila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat hari ini. Katanya, beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu. Ini mesti kerja Khalid yang sengaja sembunyikan dari Anwar. Takut Anwar sabotaj kot. Hehehehe.

Maka, itu sebabnya beliau keberatan untuk mengulasnya, kata Anwar selepas sesi minum petang di Kajang hari ini. Katanya, walaupun secara prinsipnya bersetuju dengan rundingan itu, beliau masih mengkaji maklumat yang diperolehnya daripada kerajaan negeri dan tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini. Beliau juga berkata akan menjadi penyelesaian segera terhadap isu air di negeri itu. Isss...isss..betui ke nuar oiii. Kot cakap mulut je, tapi hati tu bengkak habis. Maklumlah ianya seolah-olah Khalid mempermainkan ko yang akan mengambil alih sebagai Menteri Besar selepas PRK Kajang nanti. Khalid bukan bodoh Nuar oiii.

Akhirnya, hari ini Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai persetujuan yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih Pengurusan Syarikat-Syarikat bekalan air dan menerima pampasan RM9.65 bilion. Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu Selangor menguruskan Syarikat-Syarikat berkenaan. Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2. Samada Anwar Berahim setuju atau tidak, itu tidak menjadi soal. Siapa Anwar Berahim? Belum pun jadi Menteri Besar lagi. Tapi....itu hanya mimpin Anwar. Beliau tidak layak jadi Menteri Besar Selangor, kata orang.

Alhamdulillah, akhirnya Kerajaan Selangor akur dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditanda-tangani oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Berahim di saksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin di Putrajaya hari ini. Wasallam.

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PKR DILANDA DEMAM SAMAN MENYAMAN PETANDA PARTI NAK ROBOH!!

RABU, 26 FEBRUARI 2014


PAKATAN RAKYAT DIAMBANG PERPECAHAN
AZMIN SAMAN 'SUARA KEADILAN'

BELUM lagi reda pasal seorang bekas wakil rakyat PKR menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Haji Awang, kini timbul pula lagi satu mala pertaka yang mana diberitakan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkemungkinan akan menyaman portal rasmi PKR iaitu, 'Suara Keadilan'. Ramai dikalangan orang-orang kuat dan ahli-ahli PKR terkejut dengan tindakan Azmin itu. Untuk meredakan keadaan, ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya itu, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah. 
Kerataan akhbar Hj Hadi kena saman :
HJ HADI KENA SAMAN RM2JUTA..HJ HADI KENA SAMAN RM2JUTA..
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu. Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar bawah kiri) masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan. Mengikut sumber, perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais (gambar bawah kanan) di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin. Keputusan dari MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka, katanya  hari ini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu. Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini beliau belum terima apa-apa lagi. Tentang saman yang disuarakan oleh Azmin Ali  tidak begitu jelas (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi, beliau sendiri belum tengok lagi surat peguam itu, katanya. Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu. Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP. Tapi, maklumat terkini yang IBM dapat dari rakan PKR yang boleh dipercayai, bahawa tujuan Azmin berbuat demekian kerana Azmin merasakan bahawa beliau akan disingkirkan dari PKR. Sebelum beliau disingkir atau tersingkir semasa pemilihan parti PKR tak lama  lagi, baik beliau meneruskan saman fitnah terhadap beliau.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dalam PKR sudah tidak sehaluan lagi. Bak kata perpatah, 'retak menanti belah'. Akan berkecaikah PKR? Kalau umur panjang, kita semua boleh saksikan yang juga berkemungkinan PKR akan dibubarkan. Tunggu!! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERKINI : KEADAAN A RAHMAN HASSAN STABIL DI HKL..ALHAMDULILLAH

RABU, 26 FEBRUARI 2014

DUNIA HIBURAN
KUALA LUMPUR: [Lanjutan berita semalam]. Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa. Menurut menantunya Siti Jasmina Ibrahim, keadaan bapa mertuanya itu stabil dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian rebah itu.
"Doktor akan buat ujian sinar x pada bahagian kepala bapa saya untuk mengetahui punca dia rebah. "Bagaimanapun keadaan jantung dan tekanan darahnya dalam keadaan normal," katanya ketika ditemui di HKL di sini pada Selasa. Siti Jasmina juga isteri kepada pelakon Khir Rahman. Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, A. Rahman rebah ketika sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.
Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut. Penyanyi itu dikejarkan ke HKL apabila sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian. A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.
P/S ~ Alhamdulillah. Sama-sama kita mendoa agar penyanyi sensasi di era 60-an ini cepat sembuh. Semalam ada juga rakan-rakan IBM bertanya, betul ke A Rahman Hassan masuk Hospital? IBM kata yele...betui le tu. Berihatlah bang Rahman. Dunia seni tak akan lari. Sembuh nanti, sambung balik. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...